Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Koperasi masjid jana pendapatan

Posted:

Koperasi masjid jana pendapatan

Koperasi masjid jana pendapatan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 30 Julai - Peranan masjid hari ini tidak lagi terbatas sebagai tempat beribadat sebaliknya mampu menjadi institusi perniagaan melalui penubuhan Koperasi Kariah Masjid kendalian Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, melalui penubuhan koperasi di setiap masjid, pihaknya akan membantu menyediakan khidmat pengurusan dan kemudahan bank kewangan untuk perniagaan yang diwujudkan oleh koperasi masjid.

Menurutnya, Angkasa menawarkan pelbagai bentuk perniagaan yang sesuai dijalankan oleh koperasi masjid yang dikenal pasti mampu menjana pendapatan untuk koperasi.

"Misalnya, koperasi masjid boleh juga menawarkan khidmat pinjaman persendirian kepada mana-mana ahli kariah masjid dan panel bank di bawah Angkasa akan menyalurkan sumber kewangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid peringkat negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, masjid di Pahang dan Selangor berjaya menubuhkan koperasi kariah masing-masing yang kini berjumlah 70 buah.

"Kita menyasarkan pada tahun ini, 50 masjid di Melaka akan mewujudkan koperasi kariah masing-masing," katanya.

Kata beliau, antara bentuk peniagaan yang dianggap sesuai dijalankan mengikut keperluan masyarakat ialah seperti pusat hemodialisis dan gelanggang futsal yang semakin mendapat sambutan ramai.

Kata Mohd. Ali, projek perniagaan yang dirancang koperasi masjid akan digerakkan melalui Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (Kopsya) termasuk membiayai projek terlibat.

Katanya, usaha itu bertujuan mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadat dan pusat penggerak ekonomi umat Islam melalui penubuhan koperasi kariah masjid itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami

Posted:

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami


Ahmad Hamzah menyampaikan sumbangan wang tunai dan beras kepada salah seorang penduduk miskin di kawasan Parlimen Jasin di Melaka, baru-baru ini.


JASIN 30 Julai - Tiada apa yang lebih menggembirakan buat Rosnah Harun, 45, dari Ulu Duyong di sini sebelum ini, daripada mengimpikan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.

Namun, harapan Rosnah itu hanya tinggal impian semata-mata kerana dia terpaksa menerima hakikat menjalani hidup sebatang kara tanpa suami yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Lebih malang bagi wanita itu, ketiadaan zuriat menambah keperitan hidup yang sedia dihimpit kemiskinan.

Dengan bergantung kepada bantuan makanan sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) setiap bulan, Rosnah hanya mampu mengharap belas kasih sayang dan perhatian daripada jiran dan ahli keluarganya yang lain.

''Sejak arwah suami meninggal dunia lebih 10 tahun lalu, saya hilang tempat bergantung. Sudahlah miskin, hidup pula sebatang kara," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kebajikan anjuran MAIM yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di sini, baru-baru ini.

Ibu tunggal itu merupakan antara 256 orang miskin dalam Parlimen Jasin yang menerima bantuan tahunan tersebut.

Kesedihan Rosnah turut dikongsi Asmah Samion, 60, dari Tehel yang juga telah kematian suami kira-kira 15 tahun lalu akibat penyakit kronik.

Menurut Asmah, wang pencen bulanan arwah suaminya sebanyak RM400 sebulan merupakan satu-satunya harta yang dimiliki untuk meneruskan kehidupan sendirian memandangkan seorang anaknya telah mempunyai keluarga sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TBS, Batas sampai sumbangan

Posted:

TBS, Batas sampai sumbangan

TBS, Batas sampai sumbangan

BETONG 30 Julai - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Masjid Betong, di sini.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai itu disampaikan Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap.

"Saya harap mangsa terbabit bersabar memandangkan setiap perkara berlaku, pasti ada hikmah lebih baik.

"Kita berharap pertubuhan bukan kerajaan atau pihak individu turut prihatin malah, berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah," katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Halimah Alif bersama tiga anak beserta tiga cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran.

Pada majlis sama, Badan Amal Tarbiah Sejagat Ranting Sri Aman (Batas) turut tampil menghulurkan bantuan menerusi wakilnya iaitu Hendric Junan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen