Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Posted:

Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Kerajaan negeri tidak membazir – MB

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@Utusan.com.my

BENTONG 27 Julai – Kerajaan Pahang menafikan kononnya melakukan pembaziran terhadap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat digunakan sebaik mungkin untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri membazirkan wang tidak benar sama sekali kerana wang tersebut digunakan untuk meningkatkan kemudahan insfrastruktur dan keselesaan rakyat.

"Tiada istilah pembaziran sebagaimana dakwaan pembangkang, malah semua kerajaan negeri termasuk yang diperintah pembangkang turut dibantu oleh kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelangai dekat sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan.

Adnan menegaskan, rakyat negeri ini tidak seharusnya terikut dengan rentak pembangkang yang melakukan provokasi terhadap kerajaan termasuk dengan mengadakan perhimpunan haram sebagaimana yang berlaku di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, tujuan kumpulan itu menganjurkan perhimpunan haram tersebut tidak ikhlas dan berniat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan.

Katanya, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat merampas kuasa dan mengguling kerajaan sedia ada.

"Mereka bukan sayangkan perpaduan dan keamanan negara tetapi kerana gila dan tamak kuasa, mereka sanggup lakukan apa sahaja, bagi mereka semuanya halal walaupun menyalahi undang undang negara," katanya.

Adnan berkata, rakyat perlu meningkatkan lagi perpaduan kaum kerana ia adalah senjata utama yang paling berkesan untuk membanteras niat jahat golongan yang mahu memporakperandakan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MPK larang wanita Islam jadi GRO

Posted:

MPK larang wanita Islam jadi GRO

MPK larang wanita Islam jadi GRO

KUANTAN 27 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan umat Islam di daerah ini bekerja di pusat hiburan sebagai pelayan atau gadis pelayan pelanggan (GRO).

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan semua ahli majlis MPK dalam mesyuarat hari ini selepas menerima cadangan dan pandangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Kalau semuanya berjalan lancar, peraturan ini berkuat kuasa menjelang tahun depan dan menjadi dasar baru MPK.

"Kita akan mengeluarkan syarat tidak membenarkan orang Islam bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh MPK di sini, hari ini.

Zulkifli menegaskan, kerjaya GRO sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Kajian mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu Islam. Secara tidak langsung, ia memberi kesan negatif kepada masyarakat mengenai kebebasan orang Islam mengangkat, menghidang dan meminum minuman keras," katanya.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan bersama JAIP, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), polis dan Jabatan Imigresen, mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat dalam minuman keras.

Katanya, kajian juga mendapati 70 peratus GRO Islam di sini bekerja sepenuh masa dengan pendapatan antara RM2,000 dan RM3,500 sebulan.

"Tempoh masa bekerja pula antara pukul 8.30 malam hingga 1.30 pagi dengan purata umur pekerja antara 21 dan 45 tahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta

Posted:

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta

Curi kabel: TM Pahang rugi RM4.3 juta


MD. Rasidin Kadak (kiri) menyerahkan memorandum kepada Wan Abdul Wahid Wan Hassan selepas majlis menandatangani perjanjian antara MUIP dan TM Berhad di Kuantan, semalam.


KUANTAN 27 Julai - Syarikat pembekal telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) Berhad Pahang kerugian sebanyak RM4.3 juta akibat kecurian kabel dalam tempoh tiga tahun sejak 2009.

Pengurus Besar TM negeri, Md. Rasidin Kadak berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya mengesan sebanyak 819 kes kecurian kabel di seluruh negeri ini sehingga bulan lalu.

Katanya, jumlah tersebut termasuk 143 kes kecurian pada 2009, 343 kes pada tahun lalu dan dan 343 kes sejak Januari hingga Jun lalu.

"Kos kerugian yang kami tanggung semakin meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak RM830,911 pada 2009, RM2 juta pada tahun lalu dan RM1.4 juta pada enam bulan pertama tahun ini.

"Justeru, kami sedang mengambil langkah mengekang kecurian itu seperti memasang sistem penggera dan menanam kabel di bawah tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan 'Rangkaian Persendirian Maya Internet' (IPVPN) dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, semalam.

Pada majlis perjanjian itu, TM Pahang diwakili Md. Rasidin manakala MUIP diwakili Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Mengulas perjanjian tersebut, Md. Rasidin memberitahu, IPVPN digunakan sebagai medium komunikasi antara ibu pejabat dengan cawangan bagi pertukaran data dan maklumat.

"Dengan sambungan dan perkhidmatan ini, MUIP mampu memantau dan mengurus rangkaian infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) kerajaan negeri dengan lebih cekap, berpusat dan terjamin selamat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen