Khamis, 28 Julai 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lepas tumpang kebas suami

Posted: 27 Jul 2011 10:16 AM PDT

BANTING: "Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas," rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.

Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.


"Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.

"Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah," katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.


"Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.


"Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.

"Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu," kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.


Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.

"Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja," katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Padah zalimi tiga kucing

Posted: 27 Jul 2011 10:15 AM PDT

PETALING JAYA: Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Februari lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.


Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti dua kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Chow juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Veterinar, Jamadi Badri, manakala Chow tidak diwakili peguam bela. Penganiayaan Chow terhadap tiga kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya pencinta haiwan sehingga mendorong mereka menggerakkan usaha 'mencari seorang pembunuh kucing'.

Rakaman video itu menunjukkan perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak hingga menyebabkan seekor kucing mati.


Selepas pelbagai usaha dijalankan, Chow yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu akhirnya dikesan di facebook melalui pakaiannya dalam video yang disebarkan.


Chow yang menyedari identiti dirinya terbongkar meminta maaf secara terbuka dengan memaklumkan dia sedang menjalani rawatan psikologi kerana tekanan yang dikatakan dihadapinya akibat perceraian ibu bapanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen