Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

Posted:

Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

Semangat sambut kemerdekaan luar biasa

KUALA LUMPUR 27 Julai - Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, warna kulit, kaum serta agama perlu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 dengan semangat yang luar biasa, kerana negara ini masih lagi berdepan dengan ancaman luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selepas fasa kemerdekaan, negara berdepan dengan penjajahan minda sehingga boleh menghakis jati diri rakyat dan ancaman tersebut dapat diatasi dengan semangat perpaduan serta akal budi yang tinggi.

Pada masa sama, beliau mahu seluruh rakyat Malaysia memahami erti sebenar kemerdekaan dan menyemat kukuh pengertian tersebut dalam hati masing-masing, di samping mengibarkan Jalur Gemilang kerana terkandung di dalamnya empat prinsip utama negara.

"Sambutlah kemerdekaan tahun ini dengan semangat yang luar biasa. Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara dengan semangat perjuangan. Seluruh rakyat Malaysia perlu ada semangat sanggup berjuang habis-habisan demi negara sempena kemerdekaan kita ini.

"Jangan ingat kita tiada ancaman. Ancaman selepas merdeka adalah penjajahan minda. Jadi generasi hari ini perlu berjuang dengan minda dan jati diri yang kental. Kita perlu meneruskan segala perjuangan generasi terdahulu bagi membawa Malaysia ke arah negara yang lebih baik.

"Ayuh kibarlah Jalur Gemilang kerana terkandung dalamnya empat tonggak utama yang mewakili empat jalur iaitu perpaduan nasional; nilai sanggup berjuang dan berkorban untuk negara; nilai keharmonian dan keamanan serta nilai jati diri, harga diri dan akal budi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, di Stesen KL Sentral di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, para menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih istimewa berbanding sambutan terdahulu kerana buat pertama kalinya menteri Kabinet menaiki Express Rail Link (ERL) dari Putrajaya ke KL Sentral untuk melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Posted:

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Bekalan ayam tempatan dikacau?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Julai – Isu kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini didakwa berpunca daripada tindakan pengendali industri makanan segera yang 'mengaut' sumber bekalan daripada penternak tempatan.

Menurut sumber, tindakan pengendali industri itu menyebabkan bekalan ayam untuk pasaran tempatan berkurangan sehingga membuatkan penjual menaikkan harga dari RM7.50 kepada RM8 hingga RM8.20 sekilogram sejak seminggu lalu.

''Pengendali industri makanan segera itu sebenarnya memiliki ladang sendiri di luar negara. Namun, disebabkan ayam ternakan diserang penyakit dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini, mereka terpaksa mendapatkan bekalan domestik.

''Hal tersebut menjadi punca bekalan ayam tempatan di pasaran berkurangan hingga menyebabkan penjual menaikkan harga,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, menurut maklumat mereka sedang berunding dengan penternak tetapi difahamkan penternak, tidak setuju dan menyatakan bahawa permintaan bekalan ayam ketika ini tinggi.

''Rupa-rupanya mereka mendapat permintaan daripada pengendali industri makanan segera dan mengetepikan peruncit serta pengguna tempatan,'' ujarnya.

Atas dasar itu, kata sumber tersebut, kerajaan dicadang supaya membuka permit import (AP) kepada industri makanan segera bagi membolehkan mereka mengimport bekalan ayam dan tidak mengganggu bekalan tempatan.

''Bekalan ayam dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, manakala AP dikawal oleh Jabatan Veterinar.

''Bukalah AP untuk mereka (pengendali industri makanan segera) supaya hak pengguna tidak diketepikan,'' tambah sumber berkenaan.

Sumber itu menambah, sempena musim perayaan nanti, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyenaraikan ayam di bawah Skim Kawalan Harga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10,000 al-Quran ke Kemboja

Posted:

10,000 al-Quran ke Kemboja

10,000 al-Quran ke Kemboja

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my


Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima sumbangan naskhah al-Quran daripada Abdul Latiff Mirasa pada Majlis Penyerahan al-Quran Wakaf Minoriti Islam Kemboja di Pangkalan Udara TUDM, Subang, semalam.


SUBANG 27 Julai - Kerajaan serta rakyat Malaysia terbukti komited memperjuangkan syiar Islam bukan sahaja dalam negara malah usaha itu turut disebarkan ke negara luar.

Buktinya, kerajaan melalui para petugas Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Yayasan Restu hari ini bertolak ke Kemboja bagi menyampaikan sumbangan 10,200 naskhah al-Quran, 500 muqaddam dan 1,000 sejadah kepada para penduduk Islam di sana.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan berikutan janji beliau dan kerajaan kepada Mufti Kemboja, Kamarudin Yusof pada tahun lalu.

''Sumbangan itu dapat membantu umat Islam di Kemboja yang merupakan golongan minoriti untuk mempelajari al-Quran secara lebih mendalam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas ke Kemboja bagi mengetuai rombongan kementerian, ATM, Yayasan Restu dan sekumpulan wartawan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Lebih menarik, naskhah al-Quran yang disumbangkan itu merupakan hasil tulisan khat pemuda dan pemudi Islam Malaysia yang diluluskan jawatankuasa khas Kementerian Dalam Negeri serta diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Ia diperolehi melalui pengumpulan derma rakyat Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan sejak tahun lalu.

Program Pengumpulan Dana Wakaf al-Quran Sinar Sejagat 2 yang diusahakan Yayasan Restu turut mendapat kerjasama Kumpulan Utusan yang bertanggungjawab menyediakan ruang bagi memaparkan nombor SMS program berkenaan di muka hadapan akhbar dan semua penerbitan keluaran kumpulan itu.

Kumpulan Utusan juga bertanggungjawab mencetak al-Quran berdasarkan jumlah dana wakaf yang terkumpul tahun ini selain memperkenalkan Akademi Jawi dan Kaligrafi menerusi ruangan Mari Belajar Khat.

Yayasan Restu dan pihak terlibat kini berusaha menterjemahkan naskhah al-Quran ke dalam bahasa Khmer pula bagi membantu masyarakat Islam Kemboja mempelajari kitab suci itu dengan lebih efektif.

"Selepas Kemboja, kami bercadang meluaskan usaha ini ke Afrika Selatan, China, Jepun, Korea, Sri Lanka dan beberapa negara Eropah Timur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen