Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Prima: Golongan muda ada tempat

Posted:

Prima: Golongan muda ada tempat

Prima: Golongan muda ada tempat


NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melihat model kondominium mewah selepas perasmian BN Youth Hope 'Rumah Pertamaku' di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Khairy Jamaluddin.


KUALA LUMPUR 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memastikan sebahagian daripada rumah mampu milik di bawah program Projek Perumahan 1Malaysia (Prima) turut diperuntukkan kepada golongan muda.

Kata Perdana Menteri, ia selaras dengan dasar dan agenda kerajaan dalam pemilikan rumah di kalangan rakyat termasuk menerusi Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan golongan muda di bawah umur 35 tahun dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan dan ditawarkan pinjaman 100 peratus.

"Malah kerajaan dalam dasar pemilikan rumah di kalangan rakyat juga tidak mengabaikan golongan yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan yang mana sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) misalnya, kerajaan telah membina 111,000 buah rumah mampu milik dengan 75 peratus daripadanya disasarkan kepada golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen Pameran Program Pemilikan Rumah (Hope) 2011 anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pemuda BN, Khariy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan satu bentuk kuota khas kepada golongan muda untuk memiliki rumah di bawah program Prima yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Hope 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad ini bakal memberi peluang kepada golongan muda mendapatkan rumah idaman menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Kata beliau, program itu yang menghimpunkan pembeli, pemaju dan syarikat kewangan di bawah satu bumbung bakal memudahkan golongan muda mendapatkan maklumat mengenai rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka di bawah skim tersebut.

"Kita menjangkakan pameran ini akan mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 15,000 kumpulan sasar iaitu golongan muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

Posted:

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

PM nafi lulus Projek Gas Trans-Asian

KUALA LUMPUR 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan beliau memberi persetujuan kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan saluran paip gas dari Mersing, Johor ke China.

Beliau yang tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut ketika diajukan soalan oleh pemberita berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai keputusan untuk membenarkan syarikat tempatan berkenaan ketika ini.

"Tidak ada. Perkara ini kita tidak pernah bincangkan," katanya ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lima beradik dapat sijil lahir

Posted:

Lima beradik dapat sijil lahir

Lima beradik dapat sijil lahir


ABU Seman Yusop (tengah) dan Amir Hamzah Aziz (kanan) bermesra dengan lima beradik dan ibu bapa mereka selepas menyerahkan sijil lahir di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 29 Julai - Penantian sepasang suami isteri bagi memperoleh sijil kelahiran untuk lima anak mereka sejak hampir 10 tahun lalu berakhir hari ini.

Jamilah Zulkifli, 37, dan suaminya, Adnan Darus, 49, yang tinggal di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini berkata, pendaftaran kelahiran kelima-lima anak mereka tidak dapat dilakukan sebelum ini berikutan sijil nikah mereka hilang.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan penggantian juga masih belum berhasil.

Bagaimanapun, katanya, dia dan suami bersyukur kerana dua daripada lima anaknya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana mendapat surat sokongan daripada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri.

"Dua anak saya tidak menghadapi masalah untuk bersekolah kerana Pembela BN telah mengeluarkan surat yang menyatakan sijil kelahiran untuk anak saya sedang diproses," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sijil kelahiran bagi kesemua anaknya berusia setahun hingga sembilan tahun itu di rumahnya di Kampung Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Sijil berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop. Turut hadir Ketua Penyelia Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Menurut Jamilah, dia kini tidak lagi bimbang terhadap masa depan anak-anaknya terutama apabila mereka semakin meningkat dewasa.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Pembela BN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Datuk (Abu Seman) kerana datang ke rumah saya bagi menyampaikan sijil kelahiran anak-anak saya ini," katanya.

Sementara itu, Abu Seman berkata, setiap ibu bapa perlu peka dan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada agensi berkaitan seperti Pembela BN sekiranya gagal untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi anak mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Kes ini berjaya diselesaikan cepat kerana lima beradik ini berusia bawah 12 tahun dan bagi kes orang dewasa, ia memerlukan prosedur tertentu yang memakan masa lebih lama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan