Khamis, 28 Julai 2011

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Peguam Negara teliti kes BERSIH

Posted: 28 Jul 2011 04:48 PM PDT

Nasional

PENDANG: Peguam Negara sedang meneliti bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap kumpulan terbabit dalam perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu berdasarkan keseriusan pelanggaran undang-undang dilakukan oleh mereka yang terbabit dalam perhimpunan berkenaan.

"Perkara ini dalam tangan Peguam Negara dan saya percaya beliau akan melihat kes itu dan akan buat keputusan dalam masa terdekat berdasarkan kategorinya, (sama ada) mereka benar-benar dan terang-terang melakukan provokasi atau mereka yang jadi pengikut," katanya selepas merasmikan perhimpunan Belia 1Malaysia peringkat negeri di sini, semalam. Mengenai dakwaan ada laporan palsu dibuat terhadap polis ketika perhimpunan haram itu, Perdana Menteri berkata, jika terbukti laporan dibuat tidak benar, Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti yang ada.

"Jika begitu terang buktinya dan serius, saya percaya Peguam Negara akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika ditemui menyifatkan mahkamah adalah cara paling adil untuk menentukan kebenaran mengenai kesahihan video rakaman perhimpunan haram itu.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan kira-kira 100 rakan facebook Kedah/Perlis di Hotel Holliday Villa, Alor Setar, berkata pertemuan seumpama itu adalah amat penting baginya kerana ia memberi kesempatan kepadanya bertemu dengan rakyat secara langsung.
Di GENTING HIGHLANDS, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung perhimpunan haram itu, termasuk dakwaan Mohamad Sabu cedera dirempuh kenderaan polis kepada Peguam Negara.

"Kami kini menunggu arahan lanjut berhubung perkara itu sebelum tindakan susulan diambil," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Ku Li dipelawa ganti Anwar’

Posted: 28 Jul 2011 04:45 PM PDT

Nasional

Tawaran jadi ketua pembangkang

PETALING JAYA: Parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Pagi tadi (semalam) saya mendapat maklumat daripada rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bimbang apabila mendapat tahu mengenai adanya beberapa pemimpin tertinggi parti itu, DAP dan PAS sudah mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Ku Li berhubung perkara itu. "Saya terkejut mendengarnya kerana kenapa perlu memilih Ku Li untuk dijadikan kuda tunggangan seolah-olah PKR 'dijual' kepada Ku Li dan kenapa tidak lantik Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ini permainan politik yang aneh dan luar biasa yang didalangi DAP untuk memecahbelahkan Melayu di negara ini, dan bukan semata-mata isu untuk melantik Ku Li sebagai ketua pembangkang saja," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zahrain berkata, sebagai pemimpin politik veteran negara, Ku Li seharusnya memikirkan kesan terhadap masyarakat Melayu jika beliau menerima pelawaan parti pembangkang itu.

"Jika Ku Li tidak waras beliau akan terima pelawaan itu dan ini satu keadaan di mana ahli PKR diperkotakkatikkan.
"Oleh itu, jika Ku Li seorang pemimpin yang berpendirian dan membela kepentingan Melayu, beliau perlu tampil memberi penjelasan dan tidak berkelakuan seperti Anwar," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mlsepetsepet

siapapun yang menjadi pemimpin mestilah telus dan jujur.

abdullah b.mahmood

Jika benar apa yang dimaklumkan,ini bermakna PKR ketandusan pemimpin. Amat malang sekali jika Ku Li menerima tawaran ini, kerana semasa Ku Li memimpin Parti Semangat 46, beliau telah gagal menerajui parti yang dibinanya sendiri. Pada pendapat saya, Ku Li akan menerima kegagalan kali ke 2 jika dia beralih kepada pembangkang. Mungkin PR menjanjikan jawatan PM kepada Ku Li jika PR memenangi PRU ke13...siapa tahu. Sebagai seorang ahli politik yang banyak pengalaman, Ku Li pasti tahu apa yang perlu untuk dirinya. Wallahualam...

Wiranas

Kita perlukan pembangkang yg bagus untuk check & balance. Ku Li mungkin boleh menjadikan pembangkang lebih matang & baik. Tidak seperti sekarang pembangkang tidak layak pun bergelar pemabngkang. Minta dijauhkan pembangkang jadi pemerintah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen