Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Tanah generasi kedua Felda

Posted:

Tanah generasi kedua Felda

Tanah generasi kedua Felda

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my


ZAMBRY Abd. Kadir menyerahkan surat hak milik kepada salah seorang peneroka Felda di Lenggong, kelmarin.


LENGGONG 27 Julai - Perak sedia menyediakan tanah kepada generasi kedua peneroka Felda di negeri ini untuk membolehkan mereka membina tempat tinggal masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu penting memandangkan jumlah kedua generasi tersebut semakin bertambah.

"Ingin saya ingatkan di sini supaya jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan putar belit pembangkang yang menjanjikan tanah untuk generasi kedua sedangkan ia hanyalah politik singkat mereka untuk menarik sokongan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penyerahan Surat Hak Milik kepada 446 peneroka Felda Lawin Utara, Lawin Selatan dan Papulut di Dataran Lawin di sini semalam.

Zambry berkata, peneroka perlu berfikir secara waras bagi menilai janji kosong yang ditaburkan oleh pembangkang yang kononnya berjaya mengeluarkan 100,000 geran tanah kepada rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan mereka memerintah.

"Kita juga mendapat maklumat pembangkang cuba menarik sokongan rakyat di sekitar Lenggong terutamanya generasi kedua Felda, pesara polis, kakitangan bawahan Felda dan golongan belia dengan mengedarkan borang memiliki tanah milik Felda yang dianggarkan seluas kira-kira 4,000 hektar.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka hanya ingin meraih sokongan golongan sasaran sedangkan pada hakikatnya 51 peratus pemegang saham Felda Plantations itu adalah peneroka sendiri," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, kira-kira 90 peratus peneroka Felda di negeri ini sudah mendapat surat hak milik daripada kerajaan negeri, sekali gus menjadi negeri yang paling banyak mengeluarkan dokumen itu berbanding negeri lain.

Katanya, sejak dua tahun lalu, kerajaan negeri mengarahkan supaya segala urusan berkaitan penyerahan surat hak milik kepada peneroka disegerakan selepas mereka berjaya melunaskan bayaran kembali kepada Felda.

"Arahan dikeluarkan kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk menyegerakan proses itu agar ia tidak memakan masa yang terlalu lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

Posted:

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

Peladang perlu sedia berubah - MB Perlis

KANGAR 27 Julai - Perlis kini melangkah ke arah transformasi pertanian dalam usaha menjadikan bidang berkenaan sebagai antara produk yang mampu menjana pendapatan khususnya bagi penduduk di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, ini kerana petani perlu mempertingkatkan hasil kerja termasuk menggunakan kaedah terkini dalam usaha menambahkan hasil produk masing-masing.

"Dalam zaman sekarang, peladang, penternak dan nelayan tidak boleh lagi terlalu bergantung semata-mata kepada sistem yang dijalankan pada masa kini, sebaliknya mereka perlu menambah baik sistem sedia ada itu menerusi kaedah terkini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2011 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad, di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program selama empat hari itu seperti pameran dan jualan hasil pertanian dan ternakan, pameran agensi-agensi berkaitan pertanian, pameran kuda, bonsai, keldai serta pertunjukan ular.

Selain itu, pertandingan burung merbah jambul dan beruk memetik kelapa turut menjadi acara tumpuan sempena dengan hari berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad berkata, penduduk Perlis seharusnya merebut peluang untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian yang kini merupakan antara industri penting bukan sahaja di Perlis malah di negara ini.

"Pertanian merupakan industri yang berpotensi untuk diceburi oleh rakyat di negeri ini dan peluang seumpama ini seharusnya direbut," tambah beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, peladang perlu sentiasa bersedia untuk membuat perancangan termasuk perubahan dalam bidang diceburi supaya ia selaras dengan tuntutan semasa.

"Di samping itu, semua agensi berkaitan pertanian perlu berganding bahu dalam menjayakan transformasi pertanian di negeri ini supaya setiap hasrat dapat dicapai," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

Posted:

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

Pusat bayar RM4.7 juta elaun sara hidup nelayan Kedah

JERLUN 27 Julai - Kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM4.7 juta untuk pemberian bantuan elaun sara hidup nelayan di negeri ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Noor Had (gambar) berkata, pembayaran tersebut melibatkan lebih 5,000 nelayan berdaftar di seluruh negeri yang menerima elaun sebanyak RM200 seorang setiap bulan.

Katanya, secara purata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap bulan bagi tujuan tersebut.

"Bantuan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Pusat dalam membantu mengekalkan kesejahteraan dan mengukuhkan ekonomi masyarakat nelayan," katanya selepas majlis bayaran elaun sara hidup kepada 261 nelayan Parlimen Jerlun di Dewan UMNO Jerlun, di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberikan pelbagai lagi bentuk bantuan lain kepada golongan itu seperti subsidi, kelengkapan penangkapan ikan dan bayaran insentif hasil tangkapan ikan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat nelayan supaya menghargai dan memanfaatkan segala bantuan yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, beliau berkata, tahap penyelewengan diesel bersubsidi oleh nelayan di negeri ini adalah terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, LKIM dengan kerjasama agensi penguat kuasa tempatan yang lain sentiasa memantau kegiatan berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini itu daripada berlaku.

"Hanya sekitar satu atau dua peratus sahaja daripada kira-kira 5,000 nelayan yang dikesan terlibat menyeleweng diesel bersubsisi dan nama mereka telah disenarai hitam bagi tempoh tertentu sebagai hukuman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan