Sabtu, 30 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


MIC minta EPU tubuh jawatankuasa khas tingkat ekonomi kaum India

Posted: 30 Jul 2011 02:18 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: MIC hari ini mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa berprofil tinggi untuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi masyarakat India.

Presidennya, Datuk G. Palanivel, berkata jawatankuasa itu perlu dianggotai perancang, pemikir, penggubal dasar dan kumpulan pakar.

"Jawatankuasa ini mestilah mempunyai para pemimpin MIC sebagai anggotanya. Program yang dilaksanakannya pula perlu mampu memikat hati dan minda masyarakat India," kata Palanivel dalam ucapan dasarnya pada mesyuarat Agung Tahunan ke-65 MIC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. Mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak itu turut dihadiri bekas presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Palanivel berkata walaupun rancangan serta program yang diperkenalkan kerajaan adalah baik, tetapi ada kalanya ia tidak sampai kepada kumpulan yang amat memerlukannya atau kumpulan sasaran.

"Apabila sesuatu rancangan tidak sampai kepada kumpulan sasaran, mereka berasa dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata MIC sedang membina sebuah "Kenderaan Pelbagai Guna" yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi masyarakat India dan untuk menjayakannya, parti itu memohon beberapa bentuk bantuan daripada kerajaan seperti peruntukan 20,200 hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit dan komoditi lain serta pembinaan sebuah kilang memproses minyak sawit berharga RM60 juta.
MIC juga memohon tambahan 1,000 tempat dalam peruntukan tahunan untuk membolehkan pelajar kaum India mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, katanya.

"Kami memerlukan dana daripada kerajaan untuk tujuan ini dan sektor swasta bersedia menyediakan tempatnya. Pembiayaan besar juga diperlukan untuk membina dan mengubah suai sekolah Tamil di seluruh negara," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang

Posted: 30 Jul 2011 02:15 AM PDT

Mutakhir

PAGOH: Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu. Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan