Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Buruh simbah asid dihukum penjara 8 tahun, 4 sebatan

Posted:

Buruh simbah asid dihukum penjara 8 tahun, 4 sebatan

Buruh simbah asid dihukum penjara 8 tahun, 4 sebatan


MOHAMMAD Hafiz Ismail di Mahkamah Seksyen, Temerloh, semalam.


TEMERLOH 26 Julai - Seorang buruh ladang dihukum penjara lapan tahun dan sebatan empat kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap dua beradik dengan menyimbah cuka getah terhadap kanak-kanak tersebut di Felda Jengka 9, Maran, tujuh hari lalu.

Mohammad Hafiz Ismail, 31, yang berbadan kurus dan memakai baju lokap kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan oleh Hakim Dazuki Ali terhadapnya yang menghadapi dua pertuduhan.

Lelaki itu mengaku menyebabkan kecederaan parah ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya, Syaffiy Aiman, 10, dengan menyimbah cecair disyaki cuka getah di bahagian muka dan badan kedua-dua mangsa tersebut.

Kejadian didakwa berlaku berhampiran rumah beralamat No. 149, Felda Jengka 9 kira-kira pukul 7.30 malam dan 8.30 malam, 19 Julai lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Mohammad Hafiz didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Dazuki menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebatan dua kali bagi setiap pertuduhan serta diperintahkan berjalan serentak, berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada hari kejadian.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Mohammad Hafiz yang tidak diwakili peguam bela merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menjaga ibunya di Felda Jengka 9 yang menghidap penyakit jantung.

"Saya perlu menanggung ibu yang sakit jantung dengan pendapatan hanya RM300 sebulan sebagai buruh ladang. Ayah saya pula sudah tiga tahun meninggal dunia," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Rashidi Abd. Rahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Beliau juga meminta mahkamah mengambil kira kesan tindakan tertuduh yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan kekal sepanjang hidup mereka.

Mengikut fakta kes, pada masa kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan menaiki motosikal menuju ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran.

Ketika melalui jalan di hadapan rumah tertuduh, tiba-tiba lelaki itu telah menyimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah dan terkena badan serta muka kedua-dua mangsa.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kayu untuk bakar, zink alas mayat

Posted:

Kayu untuk bakar, zink alas mayat

Kayu untuk bakar, zink alas mayat

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


N. Pathmanabhan (depan) bersama R. Matan di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 26 Julai – ''Saya dan Suresh alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang di satu sungai di ladang kelapa sawit. Saya boleh tunjuk. Di sini kami buang enam zink itu.''

Itu kata-kata T. Thilaiyalagan, iaitu tertuduh kedua yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi berhubung penemuan zink di sebuah sungai di Jalan Kenangan, Kampung Kelanang, Banting pada pukul 5.25 petang, 14 September tahun lalu.

Thilaiyalagan semasa di atas jambatan Sungai Kampung Endah pada 13 September tahun lalu juga berkata: ''Kami buang kayu yang digunakan untuk bakar mangsa di kelapa sawit Sungai Arak.''

Ketika 14 batang sisa kayu bakar ditemui di tempat pembuangan sampah Sungai Arak pada pukul 7.30 malam hari yang sama, Thilaiyalagan sekali lagi berkata: ''Kayu ini digunakan bakar mereka.''

Kata-kata tersebut dimaklumkan oleh pegawai soal siasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan, 45, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurutnya, kata-kata tertuduh itu disebutkan kepadanya dalam bahasa Tamil.

Perkataan yang digunakan oleh pekerja ladang itu diterjemahkan secara terus oleh jurubahasa selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir menerima permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon agar ia disebut dalam bahasa asal.

Menurut saksi pendakwaan ke-32, beliau dan pasukannya menemu bual tiga tertuduh, Thilaiyalagan, R. Matan, R. Kathavarayan serta seorang lagi pekerja ladang, U. Suresh di bilik soal siasat lokap, Balai Polis Selayang antara pukul 12.10 tengah hari dan 4 petang, 11 September tahun lalu.

Hasil temu bual lanjut dengan Kathavarayan pada keesokan hari, beliau bersama pegawai dan anggota polis yang lain dipandu arah oleh Suresh dan Matan ke Ladang Gadong di Lot 2001, Kampung Layang, Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

''Hasil pemeriksaan di kawasan itu, kami menemui satu penyodok tanah, serpihan tulang, sembilan kesan darah, enam kesan timbul cap jari, tujuh keratan atau potongan dawai.

''Kami turut menemui dua puntung rokok, satu kayu kriket, sampel tanah berbau petrol, satu tong cecair letupan serta sarung dan potongan kusyen yang ada kesan darah,'' jelas beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Govindan, semasa berada di Ladang Gadong pada pukul 3 petang, 12 September tahun lalu, Kathavarayan berkata: ''Abu mayat buang ke Sungai Panchau. saya boleh tunjuk tempat tersebut.''

Setelah dipandu arah oleh Thilaiyalagan dan Kathavarayan dan tiba di paip besar Air Selangor Tanjung Sepat, dakwa beliau, tertuduh keempat berkata:''Ini adalah Sungai Panchau.''

''Pukul 5.45 petang semasa berada di Sungai Panchau, Kathavarayan berkata: ''Saya buang tiga telefon bimbit mangsa dekat kunci air berhampiran Pasar Besar Banting.''

''Dengan dipandu arah oleh Kathavarayan dan Thilaiyalagan, kami dibawa ke kunci air Pasar Besar Banting dan di sana Kathavarayan berkata: ''Di tempat ini, parit kunci air telefon bimbit dibuang'',''katanya.

Jelas saksi, semasa temu bual di bilik pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada pukul 3 petang, 13 September 2010, Kathavarayan berkata: ''Kami buang tiga jam tangan mangsa di sungai berhampiran Kampung Endah. Tempat kami boleh tunjuk.''

Dengan dipandu arah oleh Kathavarayan, Thiaiyalagan dan Suresh, pasukannya tiba di jambatan Sungai Kampung Endah pada pukul 4.35 petang dan Kathavarayan berkata: ''Di sini kami buang jam tangan.''

Pada prosiding hari ini, saksi turut mengecam barang-barang kes yang dijumpai di semua lokasi termasuk enam keping zink yang mempunyai kesan terbakar serta sisa kebakaran yang masih melekat padanya.

Perbicaraan yang masuk hari ke-11 bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan