Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


ATM, PDRM cipta sejarah

Posted:

ATM, PDRM cipta sejarah

ATM, PDRM cipta sejarah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tabik hormat pada Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 yang pertama kali melibatkan anggota tentera dan polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, semalam. – MINGGUAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Malah, beliau turut menyifatkan perbarisan yang berasaskan strategi lautan biru itu sebagai titik permulaan ke arah menyatukan dua pasukan keselamatan itu demi memelihara keamanan dan keharmonian negara ini.

Selama ini, katanya, pasukan tentera dan polis bergerak berdasarkan haluan masing-masing, tetapi dengan adanya perbarisan secara bersama itu ia dapat memecahkan tembok pemisah antara dua pasukan berkenaan.

"Selepas ini, tentera dan polis tidak lagi bergerak dalam 'cylo' (haluan) masing-masing. Mereka kini boleh berjabat tangan, bermuafakat, berbincang dan bersetuju bahawa tentera dan polis adalah rakan kongsi yang saling bantu-membantu demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Inilah yang dikatakan situasi menang-menang. Polis akan dapat mencapai objektif mengurangkan kadar jenayah, tentera pula mendapat pulangan manakala negara mendapat keuntungan kerana berjaya menjimatkan belanja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perdana melibatkan pasukan tentera dan polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Seramai 2,107 perajurit muda yang terdiri daripada 1,913 pelatih lelaki dan 194 pelatih wanita serta 984 pelatih konstabel polis menyertai Perbarisan Tamat Latihan Perdana siri pertama kali ini.

Perdana Menteri di dalam ucapannya turut menyatakan pentingnya kedua-dua pasukan itu kepada Malaysia sehingga menggelarkan mereka sebagai tiang seri negara.

''Kedua-duanya merupakan institusi yang amat penting bagi negara kerana mereka adalah tonggak yang selama ini menjaga keselamatan dan keamanan negara.

''Sebab itu peristiwa hari ini menjadi satu lipatan sejarah kerana sederap mereka melakukan perbarisan telah menandakan tentera dan polis kini telah menjadi satu pasukan yang benar-benar bersatu padu," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, melalui pendekatan terbaru itu, kerajaan boleh menjimatkan berjuta ringgit kerana tidak perlu membina pusat latihan asas untuk pasukan polis sebaliknya boleh menggunakan kemudahan dimiliki oleh pasukan tentera.

Beliau berkata, bagi membina sebuah pusat latihan asas untuk polis yang baru ia memakan belanja sehingga RM150 juta dan terpaksa memakan masa selama dua tahun setengah sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

''Namun, melalui penghantaran pasukan itu menjalani latihan di Pusasda belanja yang dikeluarkan hanya RM1 juta sahaja. Dalam masa sama, pusat ini mampu menampung jumlah pelatih polis sehingga 1,000 orang," katanya lagi.

''Sudah tentu apa yang kita lakukan ini memberi keuntungan kepada negara. Kita tidak perlu bina pusat latihan yang baru sebaliknya kita gunakan kemudahan yang ada pada pasukan yang lain yang akhirnya memberi keuntungan kepada semua pihak," katanya lagi.

Beliau berkata, meskipun kosnya jauh lebih murah pasukan polis tetap menjalani latihan yang berkualiti sehingga melayakkan mereka dipilih menyertai pasukan keselamatan tersebut.

Perdana Menteri di dalam ucapannya turut menyentuh tentang cabaran yang bakal dihadapi oleh tentera dan polis pada abad ke 21 dan apa yang paling penting mereka perlu mendekati rakyat.

Beliau berkata, ketika rakyat mempunyai pengetahuan yang cukup luas segala tindak tanduk dan perbuatan kedua-dua anggota keselamatan itu sentiasa dinilai.

''Sehubungan itu setiap perbuatan mereka hendaklah dipastikan sentiasa terpelihara. Jangan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai rakyat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

Posted:

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusann9@utusan.com.my

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Segak dengan satu gerakan yang seragam dan begitu kemas, pelatih kedua-dua pasukan itu berjaya menambat hati para pengunjung hasil daripada latihan asas selama enam bulan.

Perbarisan itu diiringi pancaragam gabungan dari Kor Armor Diraja dan Pancaragam PDRM.

Seramai 12 pelatih menerima anugerah pelatih terbaik antaranya Mohd. Nur Amirul Muntil, 20, bagi Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik; Mas Erma Md. Sharif, 21, (Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik) dan Md. Kairul Razee Ramli, 25, (Pelatih Konstabel Keseluruhan Terbaik).

Polisi mengadakan program latihan asas kepolisan menggunakan kemudahan tentera adalah sebahagian daripada susulan dasar pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga merupakan salah satu daripada tiga perkara yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2 (NBOS2) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hasan.

Dua perkara lagi yang terkandung dalam NBOS2 ialah pelantikan bekas anggota tentera untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tugas rondaan polis bersama anggota tentera.

Dengan adanya strategi terbaru itu, ia dapat membentuk satu pasukan keselamatan yang lebih berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat sekali gus melindungi negara.

Majlis perbarisan yang diadakan hari ini merupakan satu manifestasi kepada kejayaan kerajaan menggabungkan dua pasukan keselamatan negara selepas terlaksananya strategi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

Posted:

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

TELUK KEMANG 30 Julai - Latihan Perdana melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi satu pengalaman baru kepada semua pelatih selain mewujudkan persefahaman antara kedua-dua pasukan keselamatan itu.

Kalangan pelatih konstabel dan perajurit muda yang ditemui Mingguan Malaysia berkata, program sebegitu perlu diteruskan agar dapat mewujudkan kesepakatan dalam memelihara dan menjaga kesejahteraan negara.

Bukan itu sahaja, program seumpama itu adalah landasan terbaik buat mereka berkongsi pengalaman melalui asas latihan yang dikendalikan oleh ATM dan PDRM.

Bagi Konstabel Lelaki Terbaik Keseluruhan, Md. Khairul Razee Ramli, 25, program latihan itu amat berharga buatnya kerana ia memupuk semangat berdaya saing yang positif antara kedua-dua pasukan keselamatan.

"Saya melihat program ini amat berkesan dalam membina keyakinan diri selain memupuk semangat berpasukan selaras dengan pemikiran Strategi Lautan Biru.

"Hasilnya, kami dapat pengalaman yang begitu berharga hasil usaha dilakukan oleh kerajaan," katanya yang gembira selepas menerima anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Bagi pelatih konstabel yang menerima Anugerah Akademik Terbaik, Chee Seong Khoon, 24, dia bangga menyertai program itu kerana ia memberikan asas disiplin yang kukuh untuknya menyertai PDRM.

"Saya juga dapat mengenali rakan-rakan di ATM yang turut sama berlatih sepanjang enam bulan kami berada di sini. Walaupun kami mempunyai cara tersendiri, namun ia tidak membataskan saya untuk bercampur-gaul dengan mereka dan bagi saya program seperti ini adalah terbaik untuk semua," ujarnya.

Bagi penerima anugerah Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik, Mas Erma Md. Sharif, 21, hubungan dengan pelatih konstabel PDRM yang dikatakan renggang dapat dieratkan walaupun mereka mempunyai cara bertugas yang berbeza.

"Secara keseluruhannya kami tidak mempunyai masalah dan inisiatif yang dilakukan ini merupakan satu cara yang baik dalam mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan keselamatan dan hasilnya kita boleh saksikan pada hari ini," katanya.

Penerima anugerah Perajurit Wanita Jasmani Terbaik, Annie Semboi, 20, berharap segala latihan yang diperolehnya dapat digunakan sebaiknya ketika menjalankan tugas kelak.

"Saya bangga kerana dua sebab iaitu pertama dapat menamatkan latihan selama enam bulan dan kedua saya berpeluang mengikuti program yang pertama kali diadakan ini bukan sahaja di negara ini, malah di dunia," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan