Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri

Posted:

Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri

Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri


Najib Tun Razak bersalaman dengan G. Palanivel sambil diperhatikan oleh S. Samu Vellu (kanan) pada Perhimpunan Agung MIC ke 65 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 30 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, portfolio dan tugas Palanivel akan diumumkan selepas majlis angkat sumpah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Ia sebagai satu penghargaan kerajaan kepada masyarakat India dan juga sumbangan MIC kepada Barisan Nasional (BN). Kita kembali ketika pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri kedua) yang pada ketika itu terdapat dua menteri daripada kalangan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di sini, hari ini.

Turut hadir bekas Presiden MIC yang juga Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Tenggara, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pada masa ini Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Sementara itu, Palanivel yang ditemui selepas sidang akhbar itu menyifatkan pelantikannya sebagai pengiktirafan kepada MIC dan masyarakat India di negara ini.

"Saya agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri yang dibuat di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan MIC yang hadir hari ini. Apa pun, pelantikan ini diharap dapat memenuhi harapan dan hasrat masyarakat India," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Minta tubuh jawatankuasa khas

Posted:

Minta tubuh jawatankuasa khas

Minta tubuh jawatankuasa khas

PUTRAJAYA, 30 Julai - MIC hari ini mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri supaya menubuhkan sebuah jawatan kuasa berprofil tinggi untuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi masyarakat India.

Presidennya, Datuk G. Palanivel berkata, jawatan kuasa itu perlu dianggotai perancang, pemikir, penggubal dasar dan kumpulan pakar.

"Jawatan kuasa ini mestilah mempunyai para pemimpin MIC sebagai anggotanya.

Program yang dilaksanakannya pula perlu mampu memikat hati dan minda masyarakat India," kata Palanivel dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC Ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut dihadiri bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Palanivel berkata, walaupun rancangan serta program yang diperkenalkan kerajaan adalah baik, tetapi ada kalanya ia tidak sampai kepada kumpulan yang amat memerlukannya atau kumpulan sasaran.

"Apabila sesuatu rancangan tidak sampai kepada kumpulan sasaran, mereka berasa dipinggirkan," katanya. - Bernama

Beliau berkata, MIC sedang membina sebuah "Kenderaan Pelbagai Guna" yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi masyarakat India dan untuk menjayakannya.

Katanya, parti itu memohon beberapa bentuk bantuan daripada kerajaan seperti peruntukan 20,200 hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit dan komoditi lain serta pembinaan sebuah kilang memproses minyak sawit berharga RM60 juta.

MIC juga memohon tambahan 1,000 tempat dalam peruntukan tahunan untuk membolehkan pelajar kaum India mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, katanya.

"Kami memerlukan dana daripada kerajaan untuk tujuan ini dan sektor swasta bersedia menyediakan tempatnya. Pembiayaan besar juga diperlukan untuk membina dan mengubah suai sekolah Tamil di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

Posted:

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

PAGOH 30 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan berhubung pelawaan pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan tersebut.

Beliau sendiri menyatakan tidak menerima berita berhubung perkara tersebut dan hanya membaca mengenainya di dalam laporan media dan tidak dapat memberi pengesahan sama ada ia benar atau tidak.

"Tetapi saya percaya Tengku Razaleigh pastinya mempunyai kebijaksanaan memikirkannya kerana tawaran datang daripada pembangkang, sedangkan beliau adalah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO, nanti ada pihak akan buat andaian beliau bersama kita atau sebaliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan pemberita tentang dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Pendedahan dilakukan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam menyatakan beliau menerima maklumat daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zahrain berkata, pucuk pimpinan pembangkang telah bertemu dengan Tengku Razaleigh baru-baru ini dan membincangkan perkara tersebut bagi mencari pemimpin berkaliber untuk menggantikan Anwar.

Beliau ketika itu menyatakan keyakinan mengenai perkara ini dan mahu Tengku Razaleigh tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen