Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


11 universiti jalin kerjsama

Posted:

11 universiti jalin kerjsama

11 universiti jalin kerjsama

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 26 Julai - Sebanyak 11 buah universiti dari Indonesia, Malaysia dan Thailand menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini semalam.

Antara universiti yang terlibat iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Malaysia Perlis, Prince Songkla University, Thaksin University University of Teknologi Srivijaya, Universitas Sumatera Utara, Universitas Negeri Medan, Institut Teknologi Medan dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.

Presiden IMT-GT, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana majlis menandatangani Perlembagaan Karnival Rangkaian Universiti IMT-GT dapat dilakukan di UUM kerana UUM adalah antara pencetus idea untuk jalinan kerjasama antara univeristi di Thailand, Indonesia dan negara ini.

"Jalinan ini telah wujud pada sejak 15 tahun yang lalu di mana pelajar daripada 11 buah universiti yang menandatangani perlembagaan ini sering menjalankan aktiviti bersama.

"Setiap tahun sebuah universiti yang terpilih secara giliran akan menganjurkan karnival varsiti berupa aktiviti sukan, kebudayaan serta bengkel-bengkel kepimpinan pelajar untuk merapatkan hubungan sesama pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar kepada budaya luar," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini tiada perlembagaan ditandatangani oleh kesemua universiti yang terlibat dan pihaknya merasakan perlu untuk sebuah perlembagaan diwujudkan bagi memastikan kesinambungan aktiviti-aktiviti IMT-GT.

"Tidak semua Naib Canselor Universiti akan kekal dalam jawatan mereka jadi kami rasa perlu untuk mewujudkan satu perlembagaan yang ditandatangani bersama.

"Kesemua universiti yang terlibat di dalam IMT-GT telah berbincang bersama selama dua tahun untuk mewujudkan perlembagaan ini agar ada satu panduan kepada universiti-universiti yang terlibat dalam jalinan kerjasama ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. MOhamed Mustafa Ishak berkata, tahun depan UUM ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi karnival univarsiti IMT-GT.

"Pihak kami akan membuat persiapan yang sewajarnya apabila masanya telah sampai bagi menjayakan program ini dan kami akan memberi sepenuh sokongan kepada Universitas Negeri Medan yang terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada karnival univarsiti IMT-GT tahun ini.

"Sebanyak 100 orang pelajar dari setiap universiti akan mengikuti karnival ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini akan membantu membentuk sifat kepimpinan di dalam di setiap pelajar yang menyertainya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Middlesex University buka cawangan di Ipoh

Posted:

Middlesex University buka cawangan di Ipoh

Middlesex University buka cawangan di Ipoh


Mohd. Ghouse Mohd. Noor (kiri) bertukar dokumen dengan R. Gill sambil disaksikan oleh Nadzri Ismail di Ipoh, kelmarin.


IPOH 26 Julai - Middlesex University, sebuah universiti yang berpusat di London bakal membuka kampus cawangannya di Perak Medi Super Coridor (PMSC) yang akan dibangunkan oleh Mutiara Healthtech Sdn. Bhd. pada suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Mutiara Healthtech Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Ghouse Mohd. Noor berkata, ia bakal menawarkan kursus di peringkat siswazah dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang.

"Kita telah bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Middlesex University, Prof. Dr. Terry Butland pada awal tahun ini dan telah menyatakan kesungguhan kami untuk membangunkan kampus cawangannya di Malaysia.

"Kita berharap PMSC bukan sahaja akan dikenali sebagai kawasan pelancongan perubatan yang komprehensif dan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, tetapi juga mempunyai sebuah universiti swasta terkemuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mutiara Healthtech Sdn. Bhd. dan Middlesex University bagi penubuhan cawangan kampus tersebut di Perak di sini, semalam.

Kumpulan Mutiara Healthtech diwakili oleh Mohd. Ghouse sementara Middlesex University pula diketuai oleh Pro Naib Canselornya, Prof. Dr. R. Gill sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Beta Mutiara Corporation Berhad, Datuk Bahadon Ariffin.

Projek PMSC berkeluasan 473 hektar di bawah pembiayaan Elaf Bank, Bahrain bernilai kira-kira RM1.35 bilion bakal dibangunkan di sepanjang jalan menuju ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai yang hanya mengambil perjalanan 15 minit dari bandar raya Ipoh.

PSMC yang dilihat berpotensi untuk dikembangkan sebagai kawasan perlancongan perubatan di Perak akan memberi keutamaan kepada pemeliharaan alam semula jadi sesuai dengan tapak lokasinya yang berdekatan dengan air panas Sungai Anak Ayer China serta beberapa air terjun seperti Chelik dan Lubuk Timah.

Fasa pertama pembangunan PSMC yang dijangka mengambil masa selama dua tahun setengah akan menyaksikan pembinaan hospital pakar dilengkapi 120 katil diikuti oleh pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan komplimentari.

Selain menempatkan kampus cawangan Middlesex University di situ, ia juga akan dilengkapi dengan resort kesihatan termasuk hotel dan kawasan perumahan.

Sementara itu, Gill berkata, pembinaan kampus cawangan Middlesex University di atas tanah seluas 20 hektar bagi fasa pertama di PSMC akan menjadikan ia sebagai kampus antarabangsa keempat selepas Dubai, Mauritius dan India.

Menurutnya, Middlesex University di London kini mempunyai 22,000 penuntut dari 130 negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1,541 graduan PTSB terima diploma, sijil

Posted:

1,541 graduan PTSB terima diploma, sijil

1,541 graduan PTSB terima diploma, sijil


PARA graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersorak gembira selepas menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen politeknik itu di Kulim, baru-baru ini.


KULIM 26 Julai - Seramai 1,541 graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dekat sini menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen PTSB kali keenam yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Mereka merupakan graduan yang mengikuti jurusan kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, dan perdagangan pada sesi Januari dan Julai 2010.

Anugerah Pengarah bagi peringkat diploma bagi sesi Januari 2010 telah diberi kepada Mohd. Fauzi Abdul Rahim, 21, (kejuruteraan elektrik) manakala bagi sesi Julai 2010 pula diterima oleh Soon Wuen Ni, 22, (pemasaran).

Pemilihan mereka berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Majlis konvokesyen selama dua hari itu diadakan di Dewan Mua'zam Shah PTSB.

Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Timbalan Presiden (Sumber Manusia) Silterra Malaysia Sdn. Bhd., Munawir Ab. Ghani diberi penghormatan untuk menyampaikan sijil dan diploma.

Pengarah PTSB, Kamaruzaman Ismail berkata, sudah menjadi tradisi pihaknya untuk menjemput pihak industri terlibat sama dalam konvokesyen yang diadakan setiap tahun.

Katanya, ia perlu supaya hubungan dapat terjalin antara PTSB dengan sektor industri demi manfaat bersama terutama penuntut PTSB.

"Hubungan baik dengan industri perlu diwujudkan dalam menghasilkan tenaga pengajar dan lulusan yang berkualiti serta berkemahiran tinggi," katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen tersebut.

Menurut Kamaruzaman, antara agensi yang menjalinkan kerjasama dengan PTSB kini ialah Advance Micro Devices Export Sdn. Bhd.; Silterra Malaysia Sdn. Bhd.; Mutiara.Com; First Solar Malaysia Sdn. Bhd; Kulim Technology Park Sdn. Bhd.; Realiti Ukur Consultants; Atmel Corporation Pte. Ltd; Agro Bank; Persekutuan Kilang Pembuatan Malaysia; Jabatan Pertanian Kedah; Jabatan Alam Sekitar Kedah dan UniKL-MSI.

"Kerjasama rapat ini banyak melahirkan input berguna yang memenuhi kehendak industri selain membantu menyediakan kepakaran industri," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kajian Pengesanan Graduan 2010 yang dijalankan pihaknya mendapati seramai 81 peratus lulusan PTSB memperoleh pekerjaan atau melanjutkan pelajaran dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

"Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Peratusan ini juga membuktikan bahawa kebolehpasaran lulusan institusi ini adalah antara tertinggi dan diterima baik majikan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan