Sabtu, 30 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Telaga garam tidak pernah kering

Posted:

Telaga garam tidak pernah kering

Telaga garam tidak pernah kering



URAT kasar di tangan sasa Tinus Beram, 46, timbul apabila dia mengangkut baldi berisi air masin yang ditimba dari telaga berhampiran.

Sebaik sahaja baldi mencecah tanah, Tinus dibantu isterinya, Ramina Tingang, 43, cermat mencurahkan air dari baldi ke dalam tong dram yang telah dibelah dua sekali gus menjadi periuk untuk menjerang air.

Menurut pasangan Kelabit ini, untuk menghasilkan garam bukit, air yang diambil daripada telaga air masin perlu dimasak dengan api sederhana besar selama sehari semalam.

Air masin yang sudah dimasak selama 24 jam mengalami proses pengkristalan di mana air tadi akan bertukar ke butiran garam halus. Pada fasa ini, proses bertambah rumit kerana air yang dimasak perlu sentiasa dipantau untuk mengelak kristal garam menjadi kering dan hangus.

"Api perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil. Ia juga perlu dimasak dalam tempoh yang ditetapkan kerana garam yang kurang masak akan menurun kualitinya.

"Kami percaya lebih lama ia dimasak, lebih bagus garam yang dihasilkan kerana ia cukup kering dan tahan lebih lama," ujar Tinus.

Pada jam-jam terakhir, air masin tadi akan bertukar menjadi kristal halus garam.


TELAGA air masin di Kelabit Highlands ini tidak pernah kering.


Ketika ini, garam terus dikacau sehingga airnya hampir kering. Selepas itu, ia dipindahkan ke bekas lain untuk disejukkan.

Setelah sejuk, dengan menggunakan sudu, garam dimasukkan ke dalam sebatang buluh berukuran 30 sentimeter (sm) dengan diameter 4sm.

Rentung


TERDAPAT enam tungku yang diperbuat daripada batu-bata di rumah garam Kampung Pa' Umor.


Selepas itu, buluh itu dilubangkan di ruas bawahnya menggunakan paku kecil supaya air lebihan masakan garam tadi dapat ditapis keluar.

Selesai garam ditoskan, buluh tersebut dibakar dengan bara api, kaedahnya tidak ubah seperti memasak lemang.

Bezanya di sini, lemang garam tersebut dibakar sehingga buluh tersebut rentung dan pecah.

"Kami bakar garam dalam buluh untuk mengering dan mengeraskan garam," kata Tinus.

Siap sahaja membakar, garam yang sudah mengeras seperti silinder dikeluarkan dari buluh dan dilayurkan pula di atas bara api selama 15 minit.

Jelas Tinus, proses tersebut dilakukan untuk mengeluarkan kesan hitam dari buluh yang rentung tadi.

Usai melayur, garam yang sudah keras seakan batu itu dibiarkan sejuk.


MENURUT Ramina, walaupun proses penghasilannya sukar, garam bukit Bario menjanjikan pulangan lumayan.


Sesudah itu, Ramina akan membelek batang-batang garam tersebut. Jika ada kesan hitam yang masih tertinggal, dia akan membersihkannya dengan mengikis menggunakan pisau.

"Garam yang putih bersih ini boleh dijual manakala yang hitam ini kami gunakan untuk masak sayur," kata Ramina.

Selepas sejuk, batang-batang garam tadi dibungkus menggunakan daun ilad yang bentuknya seperti daun pokok kipas lebar.

Daunnya yang masih hijau dikoyakkan selebar 20sm bagi membalut ketulan silinder garam.

Tidak kering


GARAM yang telah disejukkan dimasukkan ke dalam buluh.


Balutan tersebut dikemaskan lagi dengan ikatan daripada buluh yang telah diraut halus, tidak ubah seperti membalut lepat pulut.

Menurut seorang pengusaha garam bukit berpengalaman, Pintanaran Sorok, 60, kalau kena cara menyimpannya, garam bukit boleh tahan sehingga bertahun-tahun.

"Warnanya tidak berubah, ia tidak hapak malah kadar kemasinannya tetap sama seperti hari pertama ia disimpan," ujarnya yang telah menghasilkan garam bukit sejak lebih 40 tahun lalu.

Menyifatkan telaga air masin itu sebagai lubuk rezeki bagi masyarakat setempat, Pinataran yang juga berketurunan Kelabit memberitahu, air telaga tersebut tidak pernah kering.

"Penduduk juga percaya kalau tanah di kawasan ini digali, ia juga akan mengeluarkan air masin," katanya.

Di sebalik kerjaya sebagai pengusaha garam bukit, sebenarnya banyak tugas yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas memasak garam.

Richard Peter, 37, yang sudah lebih 20 tahun membuat garam di Kampung Pa' Umor mengakui bukan mudah membuat garam bukit.

Kurang tidur


TINUS tekun membungkus ketulan garam dengan daun ilad.


"Kerjanya bukan sahaja banyak malah menuntut ketekunan, semangat kerja dan kekuatan fizikal serta mental yang tinggi.

"Dua minggu sebelum masuk ke rumah garam, kami perlu mencari kayu api di hutan dan membawanya ke mari dengan menggunakan kerbau.

"Kayu yang biasa digunakan ialah kayu laban dan kayu rhu hutan," jelas Richard.

Ketika air masin dimasak , lain pula cabarannya. Biasanya pengusaha garam akan duduk di sini selama dua minggu.

"Dalam tempoh itu, kami akan bawa keluarga tinggal bersama.

"Di sinilah kami bekerja, rehat, makan dan juga tidur," ujarnya sambil menunjukkan rumah yang hanya terdapat dua pelantar kayu dan enam tungku memasak di dalamnya.

"Dalam masa 24 jam, air perlu ditambah sebanyak tiga kali iaitu pada waktu pagi, petang dan tengah malam atau awal pagi.

"Selain air, nyalaan api juga perlu sentiasa dipastikan tidak terlalu kecil atau terlalu besar.

"Sumber makanan di sini juga terhad dan kami hanya makan sayuran yang dipetik sekitar kawasan rumah garam. Biasanya rebung dan umbut menjadi makanan kami," ceritanya yang masih mengekalkan cara menghasilkan garam bukit mengikut tradisi kaum Kelabit.


GARAM perlu ditoskan sehingga kering sebelum boleh dibakar.


Begitupun, dalam tempoh berkenaan, kira-kira 200 hingga 230 batang garam boleh dihasilkan.

Setiap sebatang dijual antara RM10 hingga RM15, bergantung pada saiznya. Ini bermakna, pembuat garam boleh memperoleh pendapatan lebih kurang RM2,000 hingga RM2,300 dalam tempoh tersebut.

Garam itu dijual di pasaran tempatan terutamaya warga Bario yang majoritinya orang Kelabit dan Penan.

Ada juga garam yang dijual hingga ke Miri dan Kuching, namun harganya meningkat dua ke tiga kali ganda.

Menjelaskan fenomena pembentukan telaga air masin di kawasan bukit, mantan Ketua Jabatan Geologi , Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Mohd. Ali Hasan berkata, ia mungkin berlaku disebabkan oleh kewujudan mineral garam asli yang terdapat di kawasan tersebut.

"Telaga air masin di kawasan tanah tinggi kaya dengan iodin dan banyak yang diproses menjadi garam bukit.

"Ia memang bagus untuk tubuh bahkan boleh dijadikan asas kepada pelbagai makanan kesihatan lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Disakat penunggu hutan

Posted:

Disakat penunggu hutan

Disakat penunggu hutan

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


PESAN Azfar, elakkan daripada melalui kawasan yang mempunyai kesan tapak kaki harimau. Binatang ini mempunyai bau hamis seakan kambing.


AZFAR kaki hutan. Gelaran yang melekat pada lelaki berusia 35 tahun ini diberi oleh rakan-rakan dan keluarganya yang faham tentang obsesi anak kelahiran Pekan, Pahang, ini terhadap penerokaan hutan.

Minat Azfar terhadap hutan terbit sejak usianya tujuh tahun. Bapa kepada tiga anak ini mengaku hubungannya dengan alam mulai rapat apabila bapanya, Abdullah Isa, 67, seorang guru, ditugaskan mengajar di Belaga, Sarawak, sekitar tahun 1980-an.

Berpengalaman meneroka hampir kesemua hutan tebal di Malaysia, terutamanya di Sarawak, Azfar turut mahir berburu. Jelasnya, teknik berburu yang diamalkannya kini banyak dipelajari daripada rakan-rakan Penan sewaktu menetap di Belaga dahulu.

"Saya masih minat berburu sampai sekarang. Cuma sekarang, saya tidak lagi memburu dengan anak panah, buluh atau senapang patah, sebaliknya memburu menggunakan kamera untuk mendekatkan lagi pelancong hutan dengan haiwan-haiwan di dalamnya," katanya.

Biarpun mahir dengan selok-belok hutan, Azfar tidak mendabik dada dengan isi alam. Pemuda ini sedar, hutan bukan sahaja dihuni makhluk nyata tetapi juga makhluk ghaib.

"Kalau nak masuk hutan, ingatan supaya menjaga percakapan dan perbuatan memang tidak pernah saya lupakan.

"Walaupun bunyinya klise, namun itu ialah peraturan hutan yang perlu dipatuhi kerana ketika berada di dalam hutan, bukan hanya kita, pokok dan haiwan sahaja yang mendiami hutan, tetapi ada juga makhluk halus yang menjadikan hutan sebagai tempat tinggal," katanya.

Menceritakan sedikit pengalamannya membawa pelancong meredah hutan pada waktu malam, Azfar akui dia pernah berdepan dengan pelbagai peristiwa mistik.

"Dulu, semasa saya masih baru dengan hutan, beberapa kali juga kumpulan yang saya bawa menerima gangguan. Ada yang kaki bengkak sampai tidak boleh jalan dan pernah juga ada yang hilang berjam-jam.

Pokok ara

"Kalau terlihat kelibat atau lintasan hitam itu dan kena sakat juga sudah biasa," katanya yang nekad berguru dengan rakan-rakannya yang pandai hutan.

Menurut Azfar, sebelum masuk hutan, niat atau tujuan perlu baik. Katanya, jangan sekali-kali berfikir hendak buat maksiat atau merosakkannya.

"Cakap orang-orang lama ada betulnya. Jangan buang air dan buat khemah sembarangan.

"Sebagai pemandu arah, saya juga perlu pastikan tempat berhenti rehat betul-betul selamat dari ancaman binatang buas dan gangguan makhluk halus.

"Kalau kawasan itu lapang, tiada kesan tapak kaki Tok Penghulu (harimau) bukan bermakna tempat itu cukup selamat. Mungkin itu perkampungan orang bunian.

"Kalau nampak ada pokok yang besar seperti pokok ara, dongak ke langit dan perhatikan pokok dari pucuk hingga ke pangkal pokok.

"Jika nampak seperti ada ruang antara daun pokok besar dengan pokok-pokok kecil, cari kesan tapak kaki bintang di sekitar kawasan tersebut.

"Andainya ada, maknanya tempat itu selamat. Jika tidak ada, laluan tersebut adalah laluan jin dan seeloknya jangan berhenti atau berkhemah di situ," katanya.

Sungguhpun mahir dengan hutan, Azfar akui, ilmu alam memang tidak pernah habis untuk dikaji. Berkongsi cerita tentang pengalaman sesat selama lebih 12 jam di dalam hutan di Temenggor, Perak bersama empat rakan tiga tahun lalu, dia semakin ghairah untuk mengkaji tentang isi alam.

"Kami merancang untuk memburu kijang malam itu. Sejak petang lagi, kami sudah membuat ran di perdu pokok berhampiran pokok jerai.

"Kami tunggu hingga tengah malam. Anehnya, kelibat seekor kijang pun kami tak jumpa sedangkan kami nampak banyak kesan tapak kaki kijang di kawasan tersebut.

"Esok malamnya selepas Isyak, kawan-kawan ajak saya menyuluh kijang. Kira-kira setengah jam berjalan, pandangan kami terarah pada warna hijau kebiruan, tidak jauh dari tempat kami bersembunyi. Sah ada pelanduk di depan kami.

"Bila tembakan saya tidak kena, kawan saya pula tembak. Yang peliknya, walaupun leher sudah berasap, pelanduk tersebut tidak tumbang, masih berdiri. Yang saya dengar ketika itu suara orang mengeruh. Pada tembakan kali ketiga, baru pelanduk tersebut jatuh.

"Selepas disembelih, kami terus masukkannya ke dalam guni. Sampai di khemah nanti, baru dilapah dan dibuang isi perutnya.

"Lebih kurang 15 minit berjalan, kami tidak berjumpa dengan pelanduk atau kijang. Pelik juga kerana kesan tapak kaki yang kami jumpa bukan main banyak lagi.

"Hampir sejam berjalan, kawan saya putuskan untuk kembali ke khemah kerana sudah letih. Bagaimanapun, kami tidak temui denai menuju ke khemah kami.

"Kami mencari ranting pokok yang kami patahkan untuk menanda jalan, tapi tidak jumpa. Laluan semakin semak, seperti tidak pernah dilalui orang sebelum ini," katanya.

Berpusing

Enggan berputus asa, Azfar dan rakan-rakannya terus berjalan hinggalah menjelang Subuh.

"Kami bergilir pikul pelanduk. Boleh tahan juga beratnya. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kami terjumpa dengan kubang gajah. Sah kami sesat kerana kami tidak melaluinya sebelum ini.

"Setengah jam kemudian berjalan, kami sampai ke kubang gajah semula. Rasanya kami berjalan lurus dan tidak melencong, tetapi rupa-rupanya kami berpusing di denai yang sama.

"Kawan saya kata, kami mungkin diganggu dengan penunggu hutan.

"Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami berjalan semula. Masing-masing mati akal, tak tahu nak buat apa. Pelanduk sudah perlu dilapah dan dibuang perutnya untuk elak busuk, tetapi kami semua sudah keletihan.

"Masa itu saya fikir, mungkin ada betulnya kami disakat makhluk yang menunggu di hutan ini. Kami akhirnya sepakat untuk tinggalkan sahaja pelanduk itu di situ.

"Saya jerit dalam hutan, aku minta maaf. Ini pulangkan semula kawan kau. Tolong buka jalan, kami nak pulang.

"Kami teruskan berjalan. Tak sampai 20 minit, kami terjumpa semula dengan ranting yang sengaja dipatahkan untuk menanda laluan. Tidak sampai setengah jam selepas itu, kami semua sudah sampai ke khemah," cerita Azfar.

Walaupun berdepan dengan macam-macam perkara, Azfar tetap berpegang pada prinsip lagi jauh hutan itu diteroka, semakin indah pemandangan yang dapat dilihat dan pengalaman yang ditimba.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jamilah Warna-warni

Posted:

Jamilah Warna-warni

Jamilah Warna-warni

Oleh KUMARA SABAPATTY


PASANGAN Jamilah dan Fakhri bertemu buat pertama kali di Amerika Syarikat, 30 tahun lalu.


'JAMILAH Samian, 49, bukan suri rumah biasa walaupun sudah 23 tahun beliau memegang status itu. Dalam kesibukannya menguruskan rumah tangga, macam-macam kerja dapat dilakukannya. Beliau ialah penterjemah artikel untuk syarikat pengiklanan.

Ceramah motivasinya didengar oleh pekerja syarikat gergasi seperti UMW Toyota, Bank Negara Malaysia, dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Beberapa tahun kebelakangan, beliau mengusahakan sebuah homestay di Janda Baik, Pahang.

Jamilah berasal dari Batu Pahat, Johor. Bapanya bekerja sebagai pemandu bas antara bandar manakala ibunya lebih selesa menguruskan rumah dan membesarkan enam orang anak. Jamilah merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik.

Rekod pelajaran Jamilah nyata cemerlang. Beliau ialah pelajar terbaik Malaysia Certificate of Education (MCE) di sekolahnya dan wanita pertama di kampungnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu Amerika Syarikat (AS).

Menulis

Jamilah mengikuti pengajian Sains Komputer dan Matematik di Universiti Indiana.

"Ketika belajar di AS itulah saya berjumpa dengan suami saya, pelajar kejuruteraan di Universiti Boston," kata Jamilah.

Jamilah sah menjadi isteri Ahmad Fakhri Hamzah, 49, sekembalinya mereka ke Malaysia pada tahun 1984. Kedua-duanya bekerja di tempat yang sama iaitu Sarawak Shell Berhad di Lutong, Miri.

Menurut Jamilah, beliau terpaksa berhenti kerja pada tahun 1988 ekoran anak sulungnya sering demam dan menghidap asma. Beliau rela meninggalkan pekerjaan yang bagus di syarikat antarabangsa itu demi seorang anak yang sangat dikasihinya. Namun, menurut Jamilah, keputusan itu menyebabkan kehidupannya menjadi sunyi.

"Mungkin sebab saya adalah jenis yang suka bekerja atau melakukan sesuatu walaupun gemar menjaga anak dan menguruskan rumah tangga," katanya.

Selepas berpindah ke Port Dickson, Negeri Sembilan, Jamilah menukar garaj rumahnya menjadi pejabat kecil untuk memulakan karier sebagai penulis serta penterjemah iklan dan artikel untuk syarikat korporat dan pengiklanan.

"Jamilah suka membaca sejak kecil. Boleh dikatakan sebahagian besar kerjanya melibatkan penulisan. Jadi saya cadangkan dia meneruskan kursus penulisan dan penterjemahan ketika kami di Port Dickson. Pada masa itu, kami sudah dikurniakan lima orang anak," kata si suami, Ahmad Fakhri.

Jamilah mengikuti pengajian jarak jauh dalam bidang kewartawanan di Sekolah Kewartawanan London, Britain.

Lapan tahun selepas itu, Jamilah mengikuti suaminya yang ditugaskan di Oman, negara Asia Barat yang mempunyai dua juta penduduk.

"Di Oman, saya berpeluang menulis artikel untuk pelbagai majalah dan surat khabar antaranya Economic Journal of Oman, majalah Shell Oman dan New Straits Times di tanah air.

"Dalam jurnal ekonomi Oman itu, saya menulis tentang ruang pejabat dan susun atur perabotnya yang boleh menimbulkan suasana ceria. Ia sangat menyeronokkan," kata Jamilah.

Menurut Jamilah, beliau bukan sahaja dibayar untuk pergi ke sesebuah pejabat, bahkan dapat menulis mengenainya di dalam majalah berkenaan. Beliau meneruskan kerja-kerja penulisan dan penterjemahan sehingga pulang ke tanah air dan menetap di Shah Alam pada tahun 2002.

Kini beliau menguruskan sebuah homestay di Janda Baik tetapi dalam masa yang sama telah menghasilkan beberapa judul buku bersama suaminya. Ini termasuk buku Cool Mum Super Dad, Cool Boys Super Sons dan terbaru, The Groovy Guide To Parenting Gen Y And Z. Kesemua buku itu adalah berkaitan dengan kemahiran keibubapaan.

Sebagai seorang ibu dan suri rumah, Jamilah gemar memasak. "Selera anak-anak kadang-kadang bergantung pada cara kita memasak. Walaupun masakan itu simple tetapi kalau kita pandai mempelbagaikannya, mereka akan suka.

Buku

"Saya bukan seorang tukang masak yang hebat. Kebanyakan hidangan adalah resipi turun-temurun khususnya daripada ibu bapa saya, Halimah Abdullah dan Allahyarham Samian Said," katanya.

Tambah Jamilah, beliau akan memastikan sebanyak 80 peratus makanan yang dihidangkan di rumahnya dibuat sendiri.

"Semasa menikmati makan malam, kami tidak layan sebarang panggilan telefon atau melayari Internet.

"Waktu itu bukan sahaja untuk makan bahkan untuk merapatkan hubungan sesama anak dan suami. Saya sangat cerewet tentang perkara itu dan anak-anak sedar mengenai rutin itu setiap hari," ujarnya.

Pasangan Jamilah dan Fakhri menganggap cabaran untuk membesarkan anak semakin meningkat. Teknik yang digunakan pada zaman datuk nenek kita mungkin tidak lagi sesuai untuk anak-anak zaman sekarang, ujar mereka.

"Untuk memastikan kebahagiaan keluarga, saya dan isteri belajar teknik berfikir, iaitu Six Thinking Hats dengan mengikuti kursus di AS. Teknik itu menghendaki kita melihat semua perspektif sebelum menunaikan kehendak anak-anak," celah Fakhri.

Katanya, teknik itu membolehkan anak-anak memberikan pandangan mereka.

Jelasnya lagi, teknik itu mula dipakai semasa salah seorang anak beliau minta dibelikan telefon bimbit untuk dibawa ke sekolah. Menurut Fakhri, beliau berbincang mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan alat itu di sekolah tanpa memaksa mereka menerima pandangan ibu bapa.

"Akhirnya anak saya sendiri mengatakan dia tidak mahu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen