Sabtu, 30 Julai 2011

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Mati rentung dalam wad

Posted: 29 Jul 2011 10:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pesakit yang mengalami masalah mental rentung selepas bilik rawatan yang menempatkannya di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, terbakar tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33, seorang warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) sedang dirawat di hospital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik rawatan itu.


Difahamkan, mangsa dikuarantin di sebuah bilik kurungan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) membakar katil menyebabkan api marak tiba-tiba.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Dori, 26, berkata, dia bersama adiknya, Ariffin, 25, dibantu anggota polis menghantar abangnya yang mengalami masalah mental sejak tiga tahun lalu ke HKL kira-kira jam 9 malam.


"Selepas melihat abang diletakkan dalam bilik rawatan, saya pulang ke rumah kira-kira jam 10.30 malam untuk mengambil isteri sebelum dihubungi pengawal keselamatan Unit Kecemasan yang meminta kami datang segera ke hospital.


"Saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi terkejut selepas dimaklumkan abang meninggal dunia dalam kebakaran itu," katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu ada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan bekerja sebagai peniaga buah durian sebelum ini pernah dimasukkan ke wad pesakit mental untuk rawatan.


Katanya, dia tidak tahu bagaimana bilik abangnya boleh terbakar kerana sebelum dibawa ke HKL, dia sudah memeriksa dan mendapati tiada alat berbahaya yang dibawa termasuk mancis.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 12.34 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.


Katanya, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.


"Ketika tiba, wad berkenaan diselubungi asap tebal dan kami mendapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran sebelum kami mengambil alih tugas berkenaan," katanya.


Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tunggu bas dapat bayi

Posted: 29 Jul 2011 10:21 AM PDT

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri dipercayai sedang menunggu saudaranya di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini, terkejut selepas didatangi seorang wanita sebelum diminta menjaga bayinya kononnya mahu ke tandas.

Dalam kejadian jam 9.25 malam, pasangan suami isteri itu berusia awal 40-an langsung tidak mengesyaki apa-apa sebelum memegang bayi lelaki seberat 1.58 kilogram (kg) berkenaan untuk membantu wanita terbabit.

Difahamkan, bayi lelaki yang baru dilahirkan itu tidak cukup bulan ditinggalkan ibunya kepada pasangan berkenaan apabila dia bertindak menghilangkan diri.

Pasangan itu yang menunggu wanita terbabit lebih sejam akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas wanita itu masih tidak muncul untuk mengambil bayinya tanpa meninggalkan sebarang pesanan.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen