Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pembangkang semakin celaru

Posted:

Pembangkang semakin celaru

Pembangkang semakin celaru

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semakin bercelaru.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, ia juga memperlihatkan bahawa pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin Pas untuk menerajui pakatan itu.

"Ini bukti Pas dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.

"Ia juga sebagai bukti Pas dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Mohamad Ezam yakin Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan pembangkang itu kerana percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu akan tetap setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pemilihan Tengku Razaleigh adalah cerminan sikap pembangkang yang hipokrit dan menangguk di air keruh.

Hakikatnya, dalam keghairahan mempertahankan Anwar, katanya, mereka terpaksa mengakui Ketua Pembangkang itu mempunyai masalah moral yang akan menjejaskan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Nyata semangat setia kawan dalam pakatan itu amat longgar sehingga mereka sanggup meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

HADIAH ISTIMEWA

Posted:

HADIAH ISTIMEWA

HADIAH ISTIMEWA


Mohamed Ghani Abd. Jiman Ghani menunjukkan pakaian dalam yang mahu dihadiahkan kepada Guan Eng dan Wei Aik di Bangunan Komtar, Pulau Pinang, kelmarin.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik diberi kejutan apabila masing-masing menerima sepasang pakaian dalam wanita bercorak harimau daripada Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia di pejabat mereka di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang, kelmarin.

Pengerusi pertubuhan tersebut, Mohamed Ghani Abd. Jiman Ghani berkata, pakaian dalam itu merupakan hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwa tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan menindas dirinya kerana tidak memberi semula tapak niaga beliau di tingkat tiga Komtar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan