Sabtu, 30 Julai 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Bas RapidKL rempuh tapak pembinaan

Posted:

Bas RapidKL rempuh tapak pembinaan

Bas RapidKL rempuh tapak pembinaan

30/07/2011 7:32pm

KUALA LUMPUR — Sebuah bas RapidKL terbabas lalu merempuh pintu pagar sebuah tapak pembinaan berdekatan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini hari ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, empat pekerja asing tapak tersebut mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengurus Media PRASARANA, Azhar Ghazali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pemandu bas berkenaan bersama lapan penumpang selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba berhenti mengejut sebelum ia terbabas dan melanggar rumah kongsi itu. Kejadian bagaimanapun tidak serius dan semua penumpang selamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

2,000 sertai program pendidikan penyu

Posted:

2,000 sertai program pendidikan penyu

2,000 sertai program pendidikan penyu

30/07/2011 7:20pm

KEMAMAN — Hampir 2,000 orang dari dalam dan luar negara telah menyertai program pendidikan dan kesedaran awam mengenai penyu di Santuari Penyu Ma'darah di sini sejak April lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zakaria Ismail berkata, program tersebut dianjurkan bersama Jabatan Perikanan, Syarikat BP dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.

Beliau berkata, mereka menyertai pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di situ seperti sesi taklimat, melepas anak penyu yang baru menetas ke laut dan melihat penyu bertelur.

Selain itu, peserta itu juga bekerjasama dengan Persatuan Ma'derah Khazanah Rakyat (Mekar) dalam menjalankan kempen kesedaran kepada penduduk tempatan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi meningkatkan keberkesanan program itu, Jabatan Perikanan bersama WWF-Malaysia mengadakan jerayawara mengenai penyu di Kemaman dan pameran penyu di Pusat Penerangan Penyu Rantau Abang, di Dungun. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zoo Melbourne nafi orang utan dilayan buruk

Posted:

Zoo Melbourne nafi orang utan dilayan buruk

Zoo Melbourne nafi orang utan dilayan buruk

30/07/2011 5:17pm

MELBOURNE — Zoo Melbourne menafikan dakwaan Ketua Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron bahawa orang utan di situ tidak dijaga dengan baik.

Pengarah Pemuliharaan zoo berkenaan, Rachel Lowry berkata, kandang untuk haiwan itu dibina khusus dengan mempunyai pokok bagi membolehkan mamalia berkenaan hidup dalam suasana habitat asalnya.

"Seperti semua haiwan lain di Zoo Melbourne, kandang untuk orang utan di sini dibina bagi membolehkan haiwan berkenaan membuat pilihan sama ada hendak duduk di bawah teduhan atau berjemur.

"Terdapat sistem pemanasan, manakala suhu di kawasan pameran haiwan ini dikekalkan pada 20 darjah celsius dan kandang tempat mereka berteduh pada waktu malam pula mempunyai sistem pemanasan.

"Sudah menjadi tabiat mereka suka menggunakan selimut, bukan kerana kesejukan. Mereka memang suka berbaring dengan mengunakan selimut, termasuk pada musim panas," kata Lowry. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan