Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Peniaga pasar malam teraniaya

Posted:

Peniaga pasar malam teraniaya

Peniaga pasar malam teraniaya

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


PENIAGA pasar malam Jalan 46/26 Taman Sri Rampai mengadakan demonstrasi bagi membantah isu penganjuran pasar malam itu yang masih tidak selesai, baru-baru ini. - utusan/Irwan majid


KUALA LUMPUR 26 Julai - Peniaga pasar malam Jalan 46/26, Taman Sri Rampai di sini kesal kerana menjadi mangsa keadaan berikutan pertelingkahan antara pihak penganjur dan individu yang dikatakan mempunyai agenda tersendiri.

Tiga minggu sudah berlalu, namun harapan mereka untuk berniaga semula di pasar malam tersebut setiap malam Khamis masih belum tercapai, sebaliknya hanya ditaburkan dengan pelbagai janji manis.

Seorang peniaga, Samantha Lim, 34, berkata, dia berasa tertipu dengan pihak yang didapati telah menggunakan peniaga untuk kepentingan sendiri.

Dia mendakwa, peniaga telah diminta oleh Pengerusi Penjaja Pasar Malam Setapak dan Gombak, Lim Chuan Huat supaya menurunkan tandatangan yang dikatakan akan digunakan untuk merayu supaya pasar malam dibuka semula.

"Namun, rupa-rupanya, dia didapati menggunakan tandatangan itu kononnya untuk menunjukkan kami menyokong dia untuk menjadi penganjur pasar malam itu," dakwanya ketika ditemui di Pusat Rukun Tetangga Taman Sri Rampai, Setapak di sini baru-baru ini.

Katanya, dia terasa seperti telah diperalatkan oleh individu tersebut untuk kepentingannya sendiri.

"Saya ada bertanyakan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis lalu sebab pasar malam ini ditutup. Menurut mereka, ia ditutup kerana Chuan Huat banyak membuat aduan kepada DBKL terhadap penganjur.

"Kenapa dia perlu menimbulkan banyak masalah untuk kepentingan sendiri. Dia yang tidak puas hati dengan penganjur dan kami yang menjadi mangsa," ujarnya.

Sementara itu, peniaga, Mohd. Izatul Azlan Mohd. Arshad, 23, berkata, dia berharap perbincangan akan dibuat oleh pihak DBKL, penganjur, Chuan Huat dan peniaga supaya jalan penyelesaian dapat dicari, seterusnya peniaga boleh berniaga semula.

"Peniaga tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kami berharap keputusan yang diambil nanti akan memudahkan semua peniaga Melayu, Cina dan India di sini," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Wong Yuan Chon, 48, berkata, pihak DBKL mahu Rukun Tetangga Taman Sri Rampai dan Chuan Huat bekerjasama sebelum pasar malam tersebut boleh dibuka semula.

"Namun, sebenarnya ia merupakan isu yang berbeza kerana hanya kerana ada pihak tertentu mahu menjadi penganjur, peniaga yang tidak dapat berniaga. Ini tidak adil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RT komited hidupkan semula pasar malam

Posted:

RT komited hidupkan semula pasar malam

RT komited hidupkan semula pasar malam

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penganjur pasar malam Jalan 46/26, Taman Sri Rampai, Rukun Tetangga (RT) Taman Sri Rampai komited dalam usaha untuk menghidupkan semula pasar malam tersebut yang diarahkan ditutup tiga minggu lalu.

Timbalan Pengerusinya, Chong Kong Ming berkata, punca pasar malam tersebut ditutup adalah kerana masalah perebutan kuasa penganjurannya.

"Apa yang saya lihat ialah keadaan ini tidak mungkin terjadi kalau tidak ada pihak yang mempunyai agenda sendiri. Pihak tersebut telah menggunakan taktik kotor selama tiga minggu ini untuk kepentingan sendiri.

"Kami mahu keadilan dapat ditegakkan kerana RT telah banyak berusaha untuk supaya pasar malam ini dapat dibuka semula dan kehadiran pihak ini telah menganggu usaha RT," dakwanya ketika ditemui di Pusat Rukun Tetangga Taman Sri Rampai, Setapak di sini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan kisah peniaga pasar malam itu yang membantah penutupannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan banyak aduan diterima berhubung masalah kesesakan dan isu kekotoran kawasan.

Dalam pada itu, Kong Ming menafikan dakwaan bahawa pihak RT telah menerima notis lebih awal mengenai penutupan pasar malam itu dan tidak berbuat apa-apa bagi mencegahnya daripada ditutup.

"RT menerima notis pada hari yang sama seperti yang diterima oleh peniaga, jadi kami juga tidak tahu mengenai perkara ini lebih awal," jelasnya.

Menurut notis Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil DBKL bertarikh 29 Jun, pasar malam tersebut ditutup kerana banyak bantahan dan rungutan diterima daripada orang awam.

Orang awam mendakwa pasar malam itu menjadi punca kepada masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu dan mewujudkan masalah kacau ganggu, selain isu kekotoran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JPJ perhebat banteras ulat tiket

Posted:

JPJ perhebat banteras ulat tiket

JPJ perhebat banteras ulat tiket

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
kota@utusan.com.my


Ismail Ahmad (kiri) memeriksa tiket bas yang ditunjukkan oleh Muhammad Kifli Mahassan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas seorang ulat tiket yang ditangkap ketika merayu penumpang di Terminal LCCT, Sepang, semalam.


SEPANG 26 Julai - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhebatkan semula usaha membanteras kegiatan 'ulat tiket' selepas ia terhenti seketika ekoran pelaksanaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 pada 31 Januari lalu.

Usaha itu akan dilakukan di setiap kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, sejak Februari lalu, pihaknya hanya menahan dua ulat tiket kerana terpaksa berhati-hati dengan pelaksanaan akta baru berkenaan.

"Sebelum ini, iaitu semasa menggunakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 110A, sebanyak 466 ulat tiket ditahan yang bermula Ogos 2008 hingga 31 Januari 2011.

"Jumlah tangkapan yang sedikit tahun ini kerana ada kekeliruan pada akta baru itu, menyebabkan kami perlu berhati-hati sebelum menjalankan operasi.

"Ia perlu supaya penguatkuasaannya tidak bertindih antara JPJ, polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD)," katanya kepada pemberita selepas operasi khas membanteras perayu tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.

Operasi yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JPJ Putrajaya, Muhammad Kaifli Mahassan telah menahan seorang ulat tiket di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selepas cuba memujuk seorang penumpang membeli tiket bas melalui syarikat basnya.

Mengulas mengenai operasi itu, Ismail berkata, pihaknya berpuas hati walaupun hanya terdapat satu tangkapan dan menjangkakan aktiviti ulat tiket terbabit akan meningkat menjelang musim perayaan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan