Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Melaka ramai 'saintis kampung'

Posted:

Melaka ramai 'saintis kampung'

Melaka ramai 'saintis kampung'

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


BARISAN penjejak inovasi yang terdiri daripada pegawai YIM, Mosti dan agensi berkaitan bersama pemimpin setempat pada program Jejak Inovasi di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 28 Julai - Pastinya ramai yang tidak mengetahui di sebalik negeri yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah sehingga mendapat jolokan Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya Warisan Dunia, tersembunyi golongan 'saintis' di ceruk-ceruk kampung.

Mereka telah menghasilkan pelbagai ciptaan menarik dan kreatif malah boleh dikatakan setaraf dengan produk luar negara yang sejak bertahun dulu tetapi malangnya tidak mendapat publisiti meluas.

Tiada siapa yang menyangka anak kelahiran negeri ini juga mampu menghasilkan bunga api daripada buluh, parang dan pisau daripada besi terpakai, seni seramik kelas dunia dan juga inovasi produk makanan seperti menggunakan biji rambutan sebagai pengganti kacang tanah.

Biarpun tanpa peralatan canggih serta menjadikan pondok usang di belakang rumah sebagai 'makmal', golongan 'saintis' atau pereka cipta akar umbi itu mampu mencipta dan menghasilkan produk kreatif dan inovatif yang mempunyai nilai komersial tinggi.

Jika golongan itu berjaya ditonjolkan, pastinya ia akan menjadi sebahagian daripada aset yang bernilai tinggi kepada negeri dan juga negara.

Dibantu hasil dorongan dan sokongan agensi berwajib, tidak mustahil produk yang dihasilkan mereka mampu menembusi pasaran dunia.

Peka terhadap situasi itu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kerajaan negeri telah melancarkan Jejak Inovasi selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai lalu.

Ia bertujuan menjejaki golongan pereka cipta akar umbi itu sebagai langkah permulaan ke arah mengkomersialkan produk yang dihasilkan mereka.

Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin adalah tiga daerah yang diteroka oleh pasukan penjejak yang terdiri daripada para penyelidik, saintis, pakar paten, pegawai YIM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pasukan tersebut menjejaki golongan pereka cipta itu untuk diberikan nasihat mengenai objektif, pendekatan dan hasil yang diingini daripada inovasi yang dihasilkan oleh mereka.

Hasilnya, sebanyak 12 inovasi akar umbi berjaya ditemui dan kesemua produk itu didapati mempunyai potensi besar untuk dimajukan jika memperoleh bantuan berupa sokongan dalam bentuk kewangan, peralatan dan nasihat pakar daripada agensi berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Raslan Ahmad berkata, objektif Jejak Inovasi adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap hasil reka cipta golongan tersebut.

Golongan sasar itu katanya, ialah mereka yang tidak mendapat pendidikan khas dalam bidang pembuatan, sains atau seni reka, mereka yang tidak menerima dana daripada mana-mana pihak tetapi mampu menghasilkan produk kreatif dengan peralatan yang terhad.

"Saya dapati kebanyakan daripada golongan ini mula menghasilkan sesuatu inovasi sebagai hobi masa lapang dan tidak kurang juga yang menjual hasil kreativiti dengan kuantiti yang sedikit.

''Mereka melakukannya untuk menjana pendapatan tetapi jika diberikan bantuan, tidak mustahil produk yang dihasilkan boleh dikomersial secara meluas," katanya.

Antara produk yang dikesan dalam Jejak Inovasi itu antaranya ialah pembinaan kolam ikan hybrid, sistem 'storm bullet' bagi meningkatkan kelajuan kereta dan menjimatkan petrol.

Turut menjadi perhatian ialah inkubator telur dan sistem amaran, pembuatan parang daripada besi terpakai, seni seramik, pembuatan keris daripada batang nibung dan perangkap air pintar.

Selain meninjau inovasi yang dibangunkan di kawasan kampung, Jejak Inovasi juga bertujuan mengumpul maklumat hasil inovasi setempat untuk didokumentasi, memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dan mengiktiraf hasil inovasi yang berpotensi untuk dimajukan.

Jejak Inovasi adalah yang pertama kali diadakan dan akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi.

Ia bertujuan mencungkil dan mengesan lebih ramai golongan pereka cipta akar umbi untuk diberikan pengiktirafan serta mengangkat produk mereka bagi dikomersialkan.

"Tujuan kami bukan sahaja mencari golongan pereka cipta malah kami juga menyediakan platform kepada mereka untuk terus menghasilkan produk bermutu tinggi dan mengangkat produk yang dihasilkan ke pasaran yang lebih luas," kata.

Raslan berkata, tindakan susulan akan dilakukan selepas ini bagi memastikan segala keperluan dari segi bantuan kewangan, peralatan dan nasihat pakar diperoleh oleh golongan sasar bagi menjamin setiap produk yang dihasilkan itu boleh dikomersialkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pereka cipta 'kampung' mahu lahir banyak inovasi baru

Posted:

Pereka cipta 'kampung' mahu lahir banyak inovasi baru

Pereka cipta 'kampung' mahu lahir banyak inovasi baru


IDRIS Mohd. Ghani menunjukkan keris dari batang nibong yang mempunyai nilai seni yang tinggi.


MELAKA 28 Julai - Golongan pereka cipta yang berjaya dijejaki dalam program Jejak Inovasi selama tiga hari di negeri ini menyifatkan program anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah memberikan pengiktirafan kepada hasil ciptaan mereka.

Bagi mereka, kehadiran penjejak inovasi berkenaan selain mengiktiraf hasil ciptaan mereka, ia juga dilihat memberi perangsang kepada mereka untuk terus menghasilkan produk yang lebih kreatif dan inovatif pada masa hadapan.

Ali Kassim, 59, yang membuat parang daripada besi terpakai sejak lebih 20 tahun lalu bersyukur apabila usahanya mendapat perhatian banyak pihak.

"Selain itu, program ini membolehkan saya mendapat nasihat dan pandangan pakar untuk meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan," katanya.

Menurut Ali, sejak mula berkecimpung dalam bidang berkenaan, dia hanya dikenali di sekitar kampung halamannya di Sungai Rambai, di sini sedangkan parang dan pisau yang saya hasilkan kualitinya setaraf produk dari China.

Bagi Idris Mohd. Ghani, 56, yang terkenal dengan kerja seni menghasilkan keris hiasan daripada batang nibung menyambut baik kedatangan rombongan penjejak inovasi kerana ia merupakan permulaan dalam mempromosikan produknya.

"Saya berharap pihak YIM dan Mosti dapat menilai dan memberikan bantuan sewajarnya untuk meningkatkan pengeluaran keris hiasan ini dan membantu dalam mengkomersialkannya," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman berkata, program seumpama itu bukan sahaja mampu mempromosikan produk golongan pereka cipta, malah secara tidak langsung memperkenalkan kawasan-kawasan terpencil di sekitar Melaka.

Katanya, selain Bandar Hilir yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini kerana tinggalan artifak sejarahnya, kawasan kampung juga mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak diketahui ramai.

"Kawasan kampung juga boleh menjadi sebahagian daripada lokasi yang patut dilawati oleh pelancong yang datang ke negeri ini kerana selain mempunyai pemandangan yang indah, terdapat juga keunikannya yang tersendiri kerana tersembunyi golongan pereka cipta yang kreatif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rakyat buktikan taat setia

Posted:

Rakyat buktikan taat setia

Rakyat buktikan taat setia

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil rakyat DAP pada Majlis Perlancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka, di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.


MELAKA 28 Julai - Kerajaan negeri meminta seluruh rakyat termasuk agensi kerajaan dan swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan kemerdekaan ke-54 bagi membuktikan rasa taat setia dan cintakan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dengan mengibar Jalur Gemilang ia akan menjadi kemegahan rakyat bagi memperlihatkan kepada orang luar betapa cintanya rakyat terhadap negaranya.

Beliau amat berharap, rumah, premis perniagaan, rumah ibadat dan kenderaan di negeri ini dapat mengibar Jalur Gemilang bagi menunjukkan sebagai lambang sebuah negara berdaulat dan merdeka.

''Mungkin ada segelintir yang merasakan mengibar Jalur Gemilang tidak penting bagi mereka tetapi ini sebenarnya masa paling sesuai bagi warganegara Malaysia menunjukkan rasa sayang dan cinta terhadap negara.

''Jangan kita jadi seperti kacang lupakan kulit sanggup membuat demonstrasi jalanan hingga menganggu ketenteraman awam dan memburukkan imej negara," katanya.

Beliau berucap ketika melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan kempen mengibar Jalur Gemilang yang dihadiri pelbagai masyarakat berbilang bangsa di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir, ahli mesyuarat kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli Parlimen, kakitangan kerajaan dan swasta.

Sehubungan itu, Mohd. Ali menyeru seluruh rakyat di negeri ini bersama-sama meraikan sambutan kemerdekaan bagi menunjukkan taat setia dan cintakan negara dengan mengibar Jalur Gemilang bermula 1 Ogos ini.

''Saya percaya rakyat Melaka amat sayang dan cintakan negara kerana hingga hari ini rakyat berganding bahu menggerakkan negeri ini ke arah pembangunan berterusan," ujarnya.

Beliau mahu hubungan akrab yang terjalin dalam masyarakat berbilang kaum di negeri ini dikekalkan dan diperkukuhkan lagi.

Menurutnya, sebagai rakyat yang cintakan negara seharusnya mereka meletakkan seluruh jiwa dan raga agar kemakmuran dan kesejahteraan dinikmati bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan