Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 24 Jul 2011 03:27 PM PDT Wilayah Faudzi meninjau lubang yang ditimbus secara tidak sempurna di depan Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung. PASIR MAS: Tindakan kontraktor membiarkan lubang sepanjang kira-kira 100 meter di hadapan Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, di sini tidak berturap selepas melakukan kerja penyelenggaraan boleh mengundang bahaya kepada 890 murid sekolah itu. Lubang berkenaan yang dibiarkan sejak tiga minggu lalu menyebabkan ibu bapa berasa bimbang keselamatan anak mereka kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat kes ibu bapa yang menunggang motosikal terbalik selepas termasuk dalam lubang itu, manakala tayar sebuah kereta pecah. Faudzi Mahamood, 49, berkata kontraktor perlu menimbus kembali lubang dan meratakan jalan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya."Langkah ini perlu dilakukan segera bagi mengelak kemalangan membabitkan murid sekolah dan orang ramai," katanya. Peniaga, Syukri Mustafa, 31, yang berniaga bersebelahan sekolah itu berkata kontraktor berjanji akan menimbus kembali lubang digali sebaik saja kerja penanaman kabel itu selesai. "Pada mulanya, saya kurang bersetuju untuk membenarkan mereka menggali lubang di hadapan gerai saya, tetapi akhirnya membenarkannya kerana mereka berjanji tidak akan membiarkan keadaan seperti ini," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Posted: 24 Jul 2011 03:26 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, pemilik premis komersial dan rumah kediaman yang enggan menyediakan tong sampah di belakang premis mereka seperti dikehendaki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan dan Pelupusan Kecil Sampah, akan dikenakan kompaun sebanyak RM300. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan