Ahad, 8 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UMNO bantu pemuda lumpuh

Posted:

UMNO bantu pemuda lumpuh

UMNO bantu pemuda lumpuh

Oleh ZARINA MD. HASHIM
Pengarang@Utusan.com.my


Saidi Nanyan (dua kanan) dan Pengerusi JKKK Kampung Baru, Ulu Melaka, Fazil Yahaya (kanan) melawat Fandi Majid yang lumpuh separuh badan akibat masalah jantung di rumahnya di Kampung Teluk, kelmarin.


LANGKAWI 7 Jan. - Penderitaan pesakit injap jantung, Fandi Majid, 29, mendapat perhatian apabila Pemuda UMNO Langkawi tampil membantu dengan mengatur temu janji doktor bagi membincangkan secara terperinci penyakit dan rawatan untuk pemuda itu.

Ketuanya, Saidi Nanyan berkata, melalui pertemuan bersama doktor itu nanti, pihaknya akan mendapat maklumat lebih jelas tentang kaedah pembedahan, jenis rawatan dan nasihat-nasihat yang diperlukan untuk merawatnya.

Beliau berkata, ibu Fandi, Fatimah Mat, 53, memberitahu, anaknya perlu menjalani pembedahan pada bahagian injap jantung dengan segera.

"Kita sudah meneliti surat yang dikeluarkan oleh doktor yang merawatnya dan mengambil keputusan untuk berbincang secara terus dengan doktor tersebut bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci tentang penyakit tersebut.

"Penerangan doktor itu nanti akan memudahkan kami menyalurkan bantuan kepadanya," kata Saidi ketika melawat Fandi di rumahnya di Kampung Teluk, Ulu Melaka di sini semalam.

Beliau turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga pemuda berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Teluk, Hamid Manaf dan Pengerusi JKKKP Kampung Baru Ulu Melaka, Fazil Yahaya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan rayuan Fatimah kepada orang ramai agar menghulurkan sumbangan bagi membantunya menampung kos pembedahan menukar injap jantung Fandi yang kini lumpuh separuh badan.

Fatimah yang juga suri rumah berkata, dia dan suami, Majid Mat, 55, yang bekerja sebagai pemandu lori memerlukan kira-kira RM20,000 untuk membolehkan anak kedua dari lima beradik itu menjalani pembedahan berkenaan.

Saidi berkata, selain itu, pihaknya juga akan menguruskan permohonan Bantuan Pesakit Terlantar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Fandi.

Menurutnya, ia bertujuan meringankan beban bapa Fandi yang hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM800 sebulan.

Sementara itu, Fatimah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan masalah yang dihadapi keluarganya selain turut bersyukur kerana Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib yang sudi menyumbangkan bantuan makanan, lampin dan kerusi roda untuk kegunaan anaknya.

Full content generated by Get Full RSS.

Program berbasikal PDRM dekati orang ramai

Posted:

Program berbasikal PDRM dekati orang ramai

Program berbasikal PDRM dekati orang ramai

BALIK PULAU 7 Jan. - Seramai 80 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengayuh basikal sejauh 17 kilometer bagi mendekati masyarakat untuk memahami masalah mereka di sini semalam.

Aktiviti itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengayuh basikal dari Balai Polis Komuniti Sungai Pinang ke Teluk Bahang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain berkata, program kali kedua diadakan di Balik Pulau itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara polis dan orang ramai, malah ia juga menjadi saluran untuk menyampaikan masalah mereka.

"Kami berhenti di tiga tempat iaitu Pantai Acheh, Titi Kerawang dan Teluk Bahang untuk bertemu penduduk dan mengadakan sesi dialog dengan mereka," katanya kepada pemberita di Balai Polis Komuniti Sungai Pinang di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Hatta berkata, program berbasikal itu diadakan setiap bulan di seluruh Pulau Pinang bagi tujuan bermesra dengan masyarakat.

Katanya, program pertama diadakan di Seberang Perai Selatan (SPS) pada Oktober lalu.

Menurut beliau, program itu juga bertujuan mempromosikan budaya sihat kepada penduduk di negeri ini menerusi aktiviti berbasikal untuk meningkatkan tahap kesihatan .

Full content generated by Get Full RSS.

Minum racun sebab gangguan makhluk halus?

Posted:

Minum racun sebab gangguan makhluk halus?

Minum racun sebab gangguan makhluk halus?

TELUK INTAN 7 Jan. - Masalah kemurungan yang dialami Abdul Wahab sejak beberapa bulan lepas sampai ke tahap kemuncaknya apabila dia nekad meminum racun rumpai di rumahnya di Parit 5-6/L Cenderong Balai di Labu Kubong dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Abdul, 59, baru pulang ke rumah selepas selesai melakukan kerja kampung sebelum ditemui dalam keadaan mulutnya berbuih oleh anaknya yang kebetulan ada di rumah pada masa itu.

Sebelum itu, Abdul memberitahu anaknya bahawa badannya terlalu panas dan mahu mengambil angin di ruang depan rumah.

Isterinya, Zaleha Anuari, 48, berkata, suaminya berubah sikap sejak beberapa bulan lalu selepas mendakwa ada 'benda' masuk ke dalam tubuhnya.

"Sejak itu Abdul tidak mahu makan bersama keluarga, kurang bercakap, tidak tidur malam dan berjalan di sekeliling rumah tanpa arah tujuan.

"Kami mula risau apabila nampak muka dia sentiasa bengis dan badannya pula sentiasa panas. Dia cakap ada suara berbisik kepadanya mengajarnya benda-benda yang tidak elok," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Zaleha mendakwa, sebelum kejadian itu suaminya pernah memberitahu bahawa ajalnya akan sampai tidak lama lagi.

"Dia pernah menyuruh saya menghubungi semua ahli keluarga agar datang berjumpanya kerana masanya di dunia ini sudah tidak lama dan dia juga minta saya menjaga anak-anak dengan baik," kata Zaleha.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan