Isnin, 9 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Buta hati buang ayah, ibu

Posted: 08 Jan 2012 02:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan 'angkat kaki'.

Taktik 'Tanggang' itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.

Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.


"Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Debaran 4 beranak

Posted: 08 Jan 2012 02:30 PM PST

REMBAU: "Sejurus diberitahu pemandu kenderaan bersebelahan, saya segera memberhentikan kereta di laluan kecemasan dan mendapati api sudah marak hingga membakar keseluruhan kereta sehingga rentung," kata Ishak Kamis, 52.

Semalam, kontraktor itu bersama tiga anak angkatnya menempuh detik mendebarkan apabila kereta BMW dinaiki mereka musnah terbakar bersama wang tunai berjumlah RM50,000 dalam satu kejadian di Kilometer 237 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan Persimpangan Pedas/Linggi, di sini.


Menceritakan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, kata Ishak, dia yang sedang memandu berasa pelik apabila melihat pemandu kereta di laluan sama seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. "Saya kemudian terkejut apabila pemandu itu memberitahu terdapat api di bawah enjin kereta saya. Tanpa berfikir panjang, saya segera berhenti dan terus keluar bersama semua anak angkat yang berusia 18 dan 25 tahun," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan