Khamis, 12 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


PKB agih baucar buku RM1.14j

Posted:

PKB agih baucar buku RM1.14j

PKB agih baucar buku RM1.14j

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Jan. – Seramai 5,704 pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) dekat sini hari ini, menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM200 setiap seorang.

Penyampaian baucar berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.14 juta.

Pengarah PKB, Noor Azahan Othman berkata, baucar buku itu diagihkan kepada semua pelajar bermula semester satu hingga akhir, meliputi program peringkat sijil, diploma, latihan industri dan kursus secara sambilan (KSS).

"Untuk gimik pelancaran pada hari ini seramai 24 pelajar dari empat jabatan di PKB menerima baucar berkenaan.

"Pelajar-pelajar lain boleh menuntut baucar ini daripada penasihat akademik masing-masing bermula esok.

"Bagi memudahkan pelajar menukar baucar ini, PKB menyediakan gerai pameran buku bagi membolehkan pelajar menebus baucar berkenaan," katanya.

Tambahnya, para pelajar tidak perlu khuatir kerana pembekal yang menyertai pameran buku ini kebanyakannya telah dilantik oleh pihak politeknik dan mempunyai pengalaman dalam menyediakan bahan-bahan rujukan berkaitan kursus mereka.

Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Mohd. Affandi Ghazali berkata, pemberian baucar buku berkenaan memberi manfaat kepada dia dan rakan-rakan lain dalam mendapatkan buku rujukan terbaik bagi membantu proses pembelajaran.

"Dengan adanya baucar ini dapatlah saya gunakan untuk membeli buku rujukan. Bantuan ini juga membantu meringankan beban pelajar baru seperti saya untuk membeli buku-buku rujukan.

"Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian baucar ini yang ternyata memberi manfaat besar kepada golongan pelajar," katanya yang merupakan pelajar semester satu, jurusan diploma elektronik.

Full content generated by Get Full RSS.

UMNO bantu keluarga miskin

Posted:

UMNO bantu keluarga miskin

UMNO bantu keluarga miskin


PENDUDUK kampung bergotong-royong mengangkat zin ke rumah Che Esah Deraman di Kampung Kubang Agol, To' Uban, Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 11 Jan. - Kepayahan hidup seorang ibu tunggal bersama lima anaknya di Kampung Kubang Agol di sini, yang tinggal dalam rumah dengan bumbung bocor setiap kali hujan, berakhir apabila keluarga itu menerima sumbangan zink berharga RM300 daripada UMNO Bahagian Pasir Mas.

Ibu tunggal berkenaan, Che Esah Deraman, 43, berkata, sebagai penoreh getah yang pendapatannya tidak menentu, dia tidak mampu untuk menggantikan bumbung bocor itu.

"Rumah saya akan digenangi air setiap kali hujan, lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh disebabkan bumbung yang telah lama bocor dan tidak diganti,'' katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Justeru, dia bersyukur hasil usaha Pengerusi Jawatankuasa Kampung Persekutuan Mukim Bujok, Muhamad Che Man telah membolehkan dia disenaraikan antara tiga penerima bantuan zink dan pasir.

"Saya bersyukur kerana dimaklumkan mendapat bantuan zink baru bagi menggantikan atap yang sudah bocor dan berlubang. Bantuan ini tiba pada saat saya dan keluarga amat memerlukannya," katanya.

Che Esah berkata, keadaan cuaca yang kebelakangan ini tidak menentu turut menjejaskan punca pendapatan dia sekeluarga.

"Sekarang musim hujan, jadi pendapatan daripada hasil menoreh getah tidak seberapa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Tengku Mahmud raih hadiah terbanyak

Posted:

SMK Tengku Mahmud raih hadiah terbanyak

SMK Tengku Mahmud raih hadiah terbanyak

BESUT 11 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud memenangi hadiah terbanyak dalam Pertandingan Kebersihan Daerah Besut yang diadakan sepanjang tahun lalu.

SMK Tengku Mahmud menerima hadiah keseluruhan RM6,350 setelah menjuarai koir, naib johan mural dan kain rentang serta tempat ketiga bagi kebersihan kawasan selain memenangi hadiah pertandingan esei bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta pidato bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh pada majlis himpunan bulanan Pejabat Pelajaran Daerah Besut di sini, kelmarin.

Secara keseluruhannya hadiah berjumlah RM41,675 disediakan untuk sekolah-sekolah yang menyertai program ke arah membudayakan kebersihan itu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq pula membawa pulang RM2,500 apabila memenangi johan pertandingan mural, tempat ketiga pertandingan kain rentang dan pertandingan esei, pidato serta poster.

SMK Tengku Mahmud 2 menjuarai kategori kebersihan sekolah menengah, johan kategori kain rentang dan penyertaan dalam pidato dan poster dengan hadiah terkumpul RM2,400.

Di peringkat sekolah rendah pula, Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud memenangi hadiah paling banyak apabila muncul juara pertandingan koir sekolah rendah dan naib johan pertandingan kain rentang.

Sekolah kedua terbanyak mencatat kemenangan ialah Sekolah Kebangsaan Alor Keladi yang antara lain muncul johan koir dengan hadiah terkumpul berjumlah RM3,100.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan