Rabu, 11 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Ibu tunggal terima rumah sendiri

Posted:

Ibu tunggal terima rumah sendiri

Ibu tunggal terima rumah sendiri

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


AHMAD Shukri Ismail (tiga dari kiri) menyerahkan kunci rumah PPRT kepada Roshaili Jaafar di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut, baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD


JERANTUT 11 Jan. – Kehadiran tahun baru 2012 cukup bermakna buat seorang ibu tunggal, Roshaili Jaafar, 48, dan lima orang anaknya apabila kerajaan negeri menyumbangkan sebuah rumah bernilai RM35,000 di Kampung Bukit Rang, dekat sini.

Roshaili merupakan isteri kepada bekas Ketua Kampung Kedondong/Bandar dekat sini, Mohd. Ali Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos tahun lepas akibat komplikasi jantung dan darah tinggi.

Penyerahan kunci rumah berkenaan dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan turut dihadiri Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Osman.

Menurut Ahmad Shukri, kediaman di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) itu pada asalnya dimiliki seorang warga emas yang juga cucu Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau, Ibrahim Omar yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

"Oleh kerana arwah tidak ada waris, kita bersepakat dengan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Penghulu Mukim supaya rumah itu diserahkan kepada Roshaili yang tidak mempunyai kediaman tetap kerana sebelum ini menumpang di rumah milik saudaranya.

''Saya memohon kerajaan negeri agar ibu tunggal itu memiliki status kediaman tersebut secara sah dan boleh tinggal dengan lebih selesa untuk mencari rezeki serta menyara persekolahan anaknya," katanya kepada pemberita di Bukit Rang, dekat sini baru-baru ini.

Ahmad Shukri berkata, sumbangan itu adalah untuk menghargai jasa dan bakti arwah suami ibu tunggal berkenaan yang merupakan seorang ketua kampung, aktivis masyarakat, politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, Roshaili bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana prihatin dengan kebajikan keluarga itu apabila menerima rumah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jasa baiki enam rumah miskin

Posted:

Jasa baiki enam rumah miskin

Jasa baiki enam rumah miskin

TEMERLOH 11 Jan. - Sebanyak enam rumah penduduk miskin dalam kawasan Parlimen Temerloh dibaik pulih oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) melalui program Jasa Prihatin tahun lalu.

Pegawai Jasa Temerloh, Nurashikin Sulaiman berkata, bantuan itu diberikan kepada golongan miskin yang benar-benar layak supaya mereka dapat menduduki kediaman selesa.

Menurutnya, ia berbeza dengan bantuan baik pulih rumah daripada agensi kerajaan lain kerana peruntukan daripada program itu lebih kecil.

"Kita juga melaksanakan program ini secara bergotong-royong dan tidak membabitkan kontraktor luar memandangkan peruntukan yang ada tidak banyak," katanya kepada pemberita selepas membantu menjayakan program baik pulih rumah seorang penduduk Kampung Chatin, Mohd. Rozali Mat di sini baru-baru ini.

Nurashikin berkata, antara bantuan diberikan adalah menukar atap, dinding dan baik pulih tandas rumah dengan pemilihan mereka yang layak dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pejabat Penghulu Mukim.

Turut hadir, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah dan Penghulu Mukim Mentakab 2, Khaidhir Azly Daharudin.

Menurutnya, program diadakan secara bergotong-royong itu membabitkan pejabat Parlimen, JKKK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd. Rozali melahirkan rasa syukur di atas sumbangan bantuan itu memandangkan kos barangan sekarang terlalu mahal.

Menurutnya, bantuan menukar atap rumah sudah cukup banyak membantunya mempunyai kediaman yang lebih selesa kerana untuk membeli barangan baik pulih sekali gus, dia tidak mampu kerana masih mempunyai ramai tanggungan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gesa naik taraf tempat duduk stadium MPT

Posted:

Gesa naik taraf tempat duduk stadium MPT

Gesa naik taraf tempat duduk stadium MPT

TEMERLOH 11 Jan. - Peminat bola sepak tempatan menggesa kerajaan menaik taraf Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terutamanya dengan menambah bilangan tempat duduk bagi keselesaan untuk menonton perlawanan bola sepak.

Peminat dari Temerloh Jaya, Johari Mohd. Nor, 34, berkata, peminat di daerah ini dan daerah berhampiran telah lama menantikan kehadiran pasukan negeri bermain di sini.

Menurutnya, peminat di sini jauh sekali berbeza di Kuantan yang mungkin sudah biasa menyaksikan perlawanan di stadium.

"Kami datang dari seluruh pelosok daerah untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Pahang atau Shahzan Muda, tetapi disebabkan kekurangan tempat duduk, peminat dari jauh terpaksa melihatnya dari luar stadium.

"Semua orang tahu, ada yang menyaksikan perlawanan dari atas bukit, pagar, kuarters kerajaan berhampiran disebabkan kekurangan tempat duduk.

"Jika kawasan kosong di stadium ini dibina tempat duduk sudah tentu lebih ramai peminat yang datang untuk memberikan sokongan kepada Pahang, kami masih sayangkan bola sepak negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Salah seorang pengunjung dari Bera, Ramlan Nadzri, 45, berkata, dia datang bersama keluarga seawal pukul 6 petang untuk mendapatkan tempat duduk berbumbung kerana lebih selesa.

Namun begitu katanya, ruangan tempat duduk berbumbung hanya mampu menampung 3,000 penonton iaitu had paling maksimum.

Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar Abu memberitahu, pihaknya akan memberi tumpuan kepada penambahan bilangan tempat duduk penonton di stadium itu sekurang-kurangnya kepada 5,000 lagi pada masa akan datang.

Menurutnya, usaha meningkatkan kapasiti tempat duduk itu melibatkan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan juga Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Temerloh.

"Kami memandang serius perkara ini dan akan berusaha menambah bilangan tempat duduk iaitu antara fokus utama tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

1 ulasan:

  1. Salam,

    Syarikat saya, Jemari Tradisional menjalankan perniagaan Rawatan dan Penjagaan Selepas Bersalin. Kami mengalu alukan ibu ibu tunggal yang berminat untuk bekerja bersama saya. Kami akan mengajarkan mereka cara cara penjagaan tradisional seperti mengurut, memakaikan bengkung, berlulur, bertangas, penjagaan bayi, memasak dan pelbagai lagi...mereka akan di berikan tugas menjaga pelanggan pelanggan dan di bayar lebih dari RM1k sebulan. Sememangnya Jemari Tradisional mementingkan kebajikan membantu ibu ibu tunggal menjalani kehidupan yang lebih selesa. Jika ada yang berminat, sila hubungi Puan Rozita di talian 0122431966. Saya sedia membantu mereka. Terimakasih dan Wassalam

    BalasPadam