Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


N.Sembilan lonjak hasil pertanian

Posted:

N.Sembilan lonjak hasil pertanian

N.Sembilan lonjak hasil pertanian

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 12 Jan. - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk melonjakkan penghasilan sektor pertanian di negeri ini bagi mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, setakat ini peratusan kebergantungan bekalan makanan dari negara lain adalah sekitar 40 peratus.

Jelas Yunus, antara bahan makanan yang masih lagi diimport termasuklah beras, sayur-sayuran dan ikan.

"Untuk itu, beberapa pendekatan telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan peratusan itu dapat dikurangkan.

"Antaranya, melalui Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan usaha melaksanakan penanaman padi yang kini menjangkau 31 peratus. Setakat ini, kita menjangkakan dapat mencapai 40 peratus bagi memenuhi keperluan penduduk di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Justeru katanya, pelaksanaan itu akan dijalankan oleh Jabatan Pertanian selain melibatkan beberapa agensi termasuk Agro Bank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).

Pada masa yang masa Yunus menjelaskan, inisiatif itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, sekali gus mengatasi kebergantungan sumber makanan dari luar negeri mahupun negara.

Malah kata beliau, Program Negeri Sembilan sebagai Kebun Buah-buahan dijangka bakal menampakkan keberkesanannya dengan jangkaan penghasilan 3,400 tan dalam tempoh dua tahun ini.

"Melalui program ini, masalah kebergantungan buah-buahan tempatan yang diimport dapat dikurangkan, sekali gus memenuhi keperluan di negeri ini dan Lembah Klang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Suburkan minat dalam bidang usahawan

Posted:

Suburkan minat dalam bidang usahawan

Suburkan minat dalam bidang usahawan


JAMAL Mohd. Amin (belakang, lima dari kanan) bersama wakil-wakil usahawan pada Program Aprentis Keusahawanan di Dewan Serbaguna Kolej Uniti, Telok Kemang, kelmarin.


TELOK KEMANG 12 Jan. - Dalam usaha menyuburkan minat para penuntut dalam bidang keusahawanan, Kolej Uniti Pasir Panjang dekat sini menganjurkan Program Aprentis Keusahawanan (EAP) yang diadakan di kolej berkenaan di sini semalam.

Presiden Kolej UNITI, Jamal Mohd. Amin memberitahu, program yang diadakan ini bertujuan melatih pelajar mendekatkan diri mereka dalam bidang perniagaan seterusnya menggalakkan mereka menjadi usahawan.

Jelas beliau, program yang dianjurkan sehari itu menarik 500 penuntut kolej berkenaan bagi mengetahui asas perniagaan dan keusahawanan berdasarkan bidang yang mereka minati.

"Pelajar boleh memilih salah satu daripada enam bidang perniagaan yang ditawarkan pada hari ini, antaranya perusahaan burung walit, latihan luaran, kecantikan, terapi dan sebagainya.

"Ini merupakan salah satu usaha pihak kami dalam memberikan pendedahan awal kepada para penuntut di sini dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sebelum mereka menamatkan pengajian," katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penuntut kolej berkenaan mahu supaya program seperti ini diteruskan kerana ia memberikan manfaat besar sebelum mereka menamatkan pengajian di kolej itu.

Bagi pelajar, Abdul Hadi Mohd. Rafee, 21, berkata, program seperti ini memberikan ruang dan peluang kepadanya untuk memahami aspek perniagaan dan keusahawanan yang boleh diterokai ketika ini.

"Memang tidak dapat dinafikan keusahawanan merupakan satu bidang yang mencabar, namun menguntungkan sekiranya kita mengetahui cara untuk menyesuaikan diri dalam bidang ini.

"Malah, pemikiran skeptikal yang menyatakan bidang perniagaan untuk golongan tertentu sahaja tidak benar, sebaliknya ia boleh dijayakan sekiranya kita berusaha untuk mencari ruang dan peluang dalam bidang perniagaan," katanya.

Rakannya, V. Shashirekha, 21, pula menjelaskan, program seperti ini merupakan platform terbaik untuk mereka menyuburkan minat mereka dalam bidang keusahawanan.

"Bahkan, saya melihat program ini menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia mampu menjana keuntungan.

"Sebelum ini, saya hanya ingin kerja makan gaji tetapi selepas program ini semangat saya telah berubah untuk menjadi usahawan," katanya.

Sementara itu, Nursyafiqah Shaharin, 21, pula menjelaskan, program ini diharap dapat diteruskan dalam usaha membuka minda para penuntut untuk mengetahui prospek dalam bidang perniagaan.

"Saya mengambil bidang Diploma Prasekolah di sini dan apabila saya menyertai program ini ia membuka pandangan saya untuk membuka tadika sejurus sahaja tamat pengajian.

"Malah minat dalam bidang ini semakin mendalam apabila mengikuti program ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Melaka mahu cat mesra alam

Posted:

Melaka mahu cat mesra alam

Melaka mahu cat mesra alam

MELAKA 12 Jan. - Demi mencapai bandar teknologi hijau, kerajaan negeri menyarankan agar semua bangunan dan premis kediaman di negeri ini menggunakan cat yang berasaskan bahan mesra alam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain memperluaskan penggunaan tenaga solar, penggunaan cat juga turut mempengaruhi dalam menyumbang ke arah mewujudkan sebuah bandar hijau.

"Cat mesra alam dapat menyerap kepanasan yang secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan sekali gus menjimatkan elektrik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kerja-Kerja Mengecat Ke Arah Teknologi Hijau anjuran Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Colourland Sdn. Bhd. di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Menurutnya, dalam memastikan Melaka terus menjadi negeri pertama yang mendahului dalam teknologi hijau, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, antaranya menubuhkan Majlis Teknologi Hijau, Akademi Teknologi Hijau Melaka dan Bandar Hijau Hang Tuah.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan