Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Periksa draf rancangan tempatan

Posted:

Periksa draf rancangan tempatan

Periksa draf rancangan tempatan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


Sebahagian daripada orang ramai melihat draf rancangan tempatan melibatkan daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Kerian di Ipoh, semalam.


IPOH 12 Jan. – Penduduk Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Kerian dijemput untuk memeriksa kandungan draf rancangan tempatan (RT) tiga daerah tersebut yang dipamerkan di majlis daerah dan perbandaran masing-masing dari 28 Disember lalu hingga 27 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, segala bantahan dan cadangan terhadap ketiga-tiga draf RT itu akan dipertimbangkan dalam penggubalan dasar dan cadangan pembangunan di setiap daerah berkenaan.

''Selaras dengan peruntukan Akta 172, kerajaan negeri berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dengan memeriksa dan memberi maklum balas terhadap kandungan Draf RT Daerah Kuala Kangsar 2020, Draf RT Daerah Hilir Perak 2020 dan Draf RT Daerah Kerian 2020.

"Di Scandinavia misalnya telah lama libatkan penduduk setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta apabila menggubal dasar RT," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Secara Serentak Tiga Draf Rancangan Tempatan Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Hang Soon sejak dipamerkan 28 Disember lalu, sambutan orang awam terhadap tiga draf RT itu adalah baik.

''Tetapi ia berbeza di setiap tempat. Sebagai contoh, Draf RT Ipoh 2020 pada tahun itu mendapat maklum balas begitu hebat sekali daripada orang awam tetapi Draf RT 2020 Daerah Batang Padang kurang sikit.

''Kita harap penduduk di tiga daerah terlibat memberi sambutan baik kerana pandangan mereka akan diambil kira," ujarnya.

Menurut beliau, penyediaan ketiga-tiga draf RT itu bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) merancang dan mengawal selia tanah di kawasan pentadbiran masing-masing seterusnya menyokong kepada Perak Maju 2015.

Full content generated by Get Full RSS.

UUM edar 27,020 baucar buku

Posted:

UUM edar 27,020 baucar buku

UUM edar 27,020 baucar buku

KUBANG PASU 12 Jan. - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengedarkan sebanyak 27,020 baucar buku kepada para pelajarnya di Dewan Penginapan Pelajar di kampus masing-masing di UUM di sini baru-baru ini.

Pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Simpanan Nasional (BSN), Shahrin Ahmad berkata, baucar bernilai RM200 seorang itu diberikan kepada pelajar tempatan yang berdaftar dan masih aktif antara 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

"Setiap seorang pelajar menerima empat baucar RM50 yang mempunyai tempoh sah sehingga 31 Mac 2012," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian baucer itu di sini baru-baru ini.

Shahrin berkata, pelajar DPP BSN seramai 714 orang adalah antara 27,020 pelajar kampus itu yang telah dikemukakan oleh pihak UUM untuk menerima baucer buku itu.

Beliau berharap, baucar itu akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli buku berdasarkan keperluan mereka.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan baucar itu bagi meringankan beban kos untuk membeli buku bagi pembelajaran mereka.

Muhammad Irfan Saharzam, 19, pelajar semester satu Program Sarjana Muda Undang-Undang berkata, baucar itu akan membantunya bagi membeli buku yang akan digunakan dalam pelajarannya nanti.

"Buku undang-undang kebanyakannya mahal dan baucer RM200 ini cukup melegakan untuk digunakan membeli buku kegunaan saya nanti," katanya.

Bagi Vaani Ulaganathan, 22, berkata, baucar itu pastinya akan membantu beliau untuk menambah koleksi buku dalam pembelajaran.

''Sebelum ini saya terpaksa meminjam buku di perpustakaan dan kini dengan baucar itu memudahkan saya untuk membeli buku yang diperlukan," kata pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Antarabangsa itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Murid tujuh tahun johan pancing ikan puyu

Posted:

Murid tujuh tahun johan pancing ikan puyu

Murid tujuh tahun johan pancing ikan puyu

TASEK GELUGOR 12 Jan. - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Jaya, Nur Fatini Farzana Husni, 7, muncul johan setelah berjaya mendapat 15 ekor ikan puyu dalam Pertandingan Memancing Ikan Darat di Kampung Gelung Bubu di sini, baru-baru ini.

Dia mengambil masa satu jam 20 minit untuk mendapatkan ikan sebanyak itu dengan menggunakan umpan keridik.

"Saya tidak sangka boleh mendapat ikan sebanyak itu pada pertandingan itu," katanya ketika ditemui di sini.

Pertandingan memancing ikan darat itu anjuran Pusat Daerah Mengundi Pekan Darat (PDMPD) Parlimen Tasek Gelugor dan disertai oleh 90 orang peserta.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Air Tawar, Ezzuddin Omar, 15, muncul pemenang dalam acara ikan terberat iaitu 140 gram.

Penyampaian hadiah serta cabutan nombor bertuah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan