Khamis, 12 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


RM581,000 tampung subsidi tiket

Posted:

RM581,000 tampung subsidi tiket

RM581,000 tampung subsidi tiket

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 11 Jan. – Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM581,000 bagi menampung subsidi tiket bas kepada syarikat pengusaha bas henti-henti di negeri ini untuk memastikan perkhidmatan itu diteruskan demi kemudahan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembayaran interim itu dilakukan hasil daripada persetujuan bersama agar syarikat terbabit tidak menghentikan perkhidmatan disebabkan mengalami kerugian.

''Kita telah putuskan dan bersetuju untuk menampung harga tiket yang sepatutnya dibayar oleh orang ramai sekali gus membolehkan syarikat terbabit menanggung kos operasi mereka.

''Sebanyak 40 peratus daripada subsidi itu dibayar hari ini bagi perkhidmatan yang diberikan bermula pertengahan November sehingga hujung Disember lalu," katanya.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Jelasnya, inisiatif itu diambil demi menjamin kemudahan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus dipelihara.

''Perkara ini telah dibincangkan dalam satu pertemuan antara pihak kami, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama syarikat bas.

''Kita juga telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU), di mana kerajaan negeri bersetuju memberikan subsidi tambang itu memandangkan pihak pengusaha tidak mampu menampung kos penyelengaraan, kenaikan harga alat ganti, serta membayar gaji pekerja menerusi kutipan harga tiket sedia ada," ujarnya.

Mohamad menjelaskan, bermula tahun ini, pihak SPAD akan mengambil alih sebarang pembayaran subsidi dalam memastikan perkhidmatan tersebut diteruskan.

Baru-baru ini, SPAD mengumumkan mana-mana pengusaha bas henti-henti swasta yang menghadapi masalah kewangan meneruskan operasi boleh memohon dana sokongan sementara berjumlah RM400 juta yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

Full content generated by Get Full RSS.

Empangan baru atasi masalah bekalan air

Posted:

Empangan baru atasi masalah bekalan air

Empangan baru atasi masalah bekalan air

MELAKA 11 Jan. - Penduduk di sekitar Masjid Tanah tidak lagi perlu bimbang tentang masalah bekalan air kerana Empangan Jerneh yang kini dalam pembinaan mampu membekalkan air bersih mencukupi untuk jangka masa panjang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, empangan tersebut yang dibina melibatkan kos sebanyak RM120 juta mampu menampung keperluan 127,000 penduduk di kawasan itu sehingga 2025.

Menurutnya, empangan yang dijangka siap pada 2015 mampu menampung sembilan mega liter padu air membabitkan kawasan sepanjang 1.5 kilometer yang terletak di Sungai Jerneh tidak jauh dari Ramuan China Kechil.

''Empangan Jerneh merupakan empangan ketiga yang dibina di negeri ini selepas Durian Tunggal dan Jus akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi penduduk Masjid Tanah dan sekitarnya.

''Empangan baru ini akan menyediakan sumber air mentah yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baru Wisma Air milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di Jalan Hang Tuah di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh, Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd. Khalid Nasir.

Bangunan baru Wisma Air itu dibeli daripada Lestari Hill dengan harga sebanyak RM35.3 juta dan telah diubah suai melibatkan kos sebanyak RM3 juta.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, SAMB telah melaksanakan transformasi sejak dikorporatkan pada 1 Julai 2006 dan keupayaan memiliki Wisma Air adalah sebagai bukti pencapaian terbaik syarikat tersebut.

Katanya, syarikat itu telah mengorak langkah lebih jauh menguruskan bekalan air bagi kegunaan seluruh rakyat di negeri ini.

''Dengan adanya Wisma Air, SAMB perlu menyelaraskan sebarang tindakan agar perkhidmatan bertambah efisien terutama meningkatkan kualiti serta bekalan air, penyelenggaraan dan pengendalian secara berterusan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Kg. Melekai kecewa jalan tak berturap

Posted:

Penduduk Kg. Melekai kecewa jalan tak berturap

Penduduk Kg. Melekai kecewa jalan tak berturap


MOHD. Hidir Osman menunjukkan keadaan jalan yang perlu diturap bagi memberi keselesaan kepada penduduk di Kampung Melekai, baru-baru ini. - UTUSAN/MAZLINDA MURTADZA


KUALA PILAH 11 Jan. - Penduduk di Kampung Melekai, dekat sini melahirkan rasa kecewa dengan keadaan jalan di kampung itu yang masih belum berturap seperti yang dinikmati di banyak kampung tradisional yang lain.

Mereka meminta jasa baik kerajaan membina jalan berturap memandangkan ia adalah jalan utama untuk kampung berkenaan.

Penduduk, Mohd. Hidir Osman, 43, berkata, setiap kali hujan, beliau sekeluarga tidak dapat menggunakan jalan itu untuk ke rumah mereka yang terletak di atas bukit akibat lumpur dan takungan air.

"Jalan ini merupakan penghubung utama untuk ke rumah dan jalan keluar ke bandar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jaafar Daud, 42, berkata, penduduk berharap masalah itu tidak dipandang remeh kerana jalan yang licin dan berlumpur semasa hujan menyukarkan orang ramai untuk bergerak.

Ahmad Zailani, 37, berkata, jalan yang tidak sempurna itu juga tidak mempunyai sistem perparitan yang teratur.

"Keadaan bertambah buruk apabila takungan air yang kotor melimpah sehingga menyebabkan jalan menjadi licin dan menyukarkan laluan orang ramai untuk ke rumah masing-masing," katanya.

Raja Azman Raja Ibrahim, 40, memberitahu, permohonan menurap jalan telah diajukan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi masih tiada jawapan dan tindakan sehingga kini.

Beliau berharap tindakan secepat mungkin dapat dilaksanakan untuk keselesaan penduduk kerana ia adalah jalan penghubung utama penduduk.

Isha Susah, 47, berkata, beliau tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku yang berpunca daripada air yang bertakung.

"Saya juga berharap agar permohonan jalan ini diluluskan secepat mungkin agar kemudahan bersama dapat digunakan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan