Khamis, 12 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


JPN Kedah ditutup esok, lusa

Posted: 12 Jan 2012 02:59 AM PST

ALOR SETAR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah tidak akan beroperasi pada esok dan lusa berikutan penstrukturan semula Rangkaian Kawasan Setempat (LAN).

Menurut satu kenyataan JPN hari ini, pelaksanaan aktiviti penstrukturan semula LAN itu bertujuan memperkemaskan struktur rangkaian LAN serta memindahkan peralatan rangkaian ke bilik pelayan komputer.

Aktiviti penstrukturan rangkaian itu akan menyebabkan semua urusniaga utama di kaunter JPN Kedah tidak dapat dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan mengenai penutupan kaunter itu boleh diajukan kepada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan/Tetamu, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7067/ 7069/ 7071 atau 7077. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Serbu tadika: MPPP dakwa pengusaha salah guna bangunan kediaman

Posted: 12 Jan 2012 02:58 AM PST

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyerbu sebuah tadika di Air Itam di sini semalam kerana pengusahanya didapati menyalahguna bangunan kediaman untuk aktiviti tadika.

MPPP dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pihaknya memaklumkan kepada pengusaha bahawa perbuatan itu satu kesalahan dan mesti dihentikan kerana menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk sekitar.

Pengusaha diberi notis mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta tempoh untuk menghentikan aktiviti tersebut, namun tidak diendahkan pengusaha, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu MPPP juga kesal dengan tindakan pengusaha tadika yang memperalatkan kanak-kanak untuk melindungi kepentingan perniagaannya.


MPPP akan memanjangkan isu ini kepada Jabatan Pelajaran negeri bagi menyiasat aktiviti tadika terbabit kerana beroperasi tanpa kebenaran dan mengambil tindakan terhadap pengusahanya kerana mengeksploitasi kanak-kanak.


Selain itu, MPPP juga akan menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan tujuan asal pembangunan kawasan perumahan tidak ditukar guna bagi tujuan selain dari kediaman. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan