Jumaat, 6 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


UMNO perlu perubahan – Najib

Posted:

UMNO perlu perubahan – Najib

UMNO perlu perubahan – Najib

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011 kepada Zaini Hassan pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi. – UTUSAN/Mohd. Azim Abd. Rahman


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO memerlukan perubahan meliputi transformasi 'orang dalam' parti untuk terus kekal relevan.

Presiden UMNO berkata, atas dasar itu, UMNO tidak lagi boleh bersandar kepada nilai-nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu realistik dengan memandang jauh ke hadapan kerana perubahan landskap politik bukan hanya 'melanda' negara tetapi dunia.

"Kita (UMNO) tidak boleh jadi parti automatik first choice tetapi kena buktikan yang kita benar-benar pilihan utama.

"Dahulu, letak songkok pun boleh menang tetapi kini kita dituntut benar-benar berwibawa dan bebas daripada kontroversi.

"Justeru, saya akui kita masih ada ruang penambahbaikan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kita perlu perubahan termasuk orang dalam UMNO sendiri. Dan, perubahan itu adalah sesuatu yang mencabar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Najib berkata, perubahan yang telah dan akan berlaku dalam UMNO perlu bersandarkan kepada parti yang mampu terus menjadi pilihan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebagai parti politik, UMNO amat memerlukan kerjasama, kefahaman dan sumbangan media untuk menyampaikan mesej perjuangan parti.

"Juga di dalam kupasan dan menerangkan hala tuju perjuangan kita supaya rakyat lebih memahami akan tujuan sebenar sesuatu tindakan serta keputusan oleh UMNO," katanya.

Terdahulu, dalam majlis sama, beliau menyampaikan anugerah penghargaan bagi lapan kategori merangkumi rencana terbaik, laporan berita terbaik, fotografi terbaik dan anugerah khas kewartawanan politik terbaik.

Penolong Ketua Pengarang I, Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menerima Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

Saya tetap jadi PM walaupun dipenjara - Anwar

Posted:

Saya tetap jadi PM walaupun dipenjara - Anwar

Saya tetap jadi PM walaupun dipenjara - Anwar

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.

Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.

Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.

Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan