Sabtu, 7 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Rahimah rancang tunai umrah Mac ini - Adik

Posted:

Rahimah rancang tunai umrah Mac ini - Adik

Rahimah rancang tunai umrah Mac ini - Adik


Jumiah Mohd. Nor menunjukkan tempat mayat kakaknya yang ditemui mati di dalam bilik rumah milik mangsa di Jalan Wan Hassan, Batu 4, Kapar, Klang, Selangor, semalam.


KLANG 6 Jan. - Seorang warga emas, Rahimah Mohd. Nor, 74, yang dibunuh selepas disamun di rumahnya di Kapar di sini malam tadi sebenarnya telah merancang untuk menunaikan umrah Mac ini.

Adiknya, Jumiah, 64, berkata, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Wok merancang mengerjakan umrah bersamanya dan begitu bersungguh-sungguh mahu menunaikan ibadat itu sehingga sanggup mengambil upah mengisi dakwat pen di rumahnya yang dibekalkan sebuah kilang berdekatan bagi memenuhi impiannya itu.

"Saya rasa sangat sedih apabila arwah tidak sempat menunaikan umrah dan kejadian itu tidak dapat saya lupakan kerana ia tidak pernah berlaku di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumah mangsa di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh anak saudaranya yang pergi ke rumah mangsa kira-kira pukul 7.30 malam untuk membuka suis bagi mendapatkan bekalan elektrik yang disambungkan ke gerai nasi ayamnya.

Katanya, sebaik sahaja tiba di rumah mangsa, lelaki tersebut mendapati keadaan di dalam rumah itu gelap dan dia cuba mencari Wok tetapi tidak ditemui.

"Setelah diberitahu kepada saya, kami adik-beradik pergi ke rumah itu tetapi tidak jumpa dan kemudian ke surau kerana kebiasaan pada malam Jumaat, kakak saya membaca surah Yasin di sana.

"Bagaimanapun, di surau juga kami tidak jumpa dan pulang semula ke rumah untuk mencari arwah di dalam semua bilik dan kami terperanjat apabila mangsa yang sudah tidak bernyawa ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik setor," katanya.

Jumiah berkata, ketika mayat Rahimah ditemui, muka arwah berada dalam keadaan pucat manakala tangannya telah kaku.

Katanya, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Kapar di sini, selepas solat Jumaat hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Makmal proses syabu RM5.5j diserbu

Posted:

Makmal proses syabu RM5.5j diserbu

Makmal proses syabu RM5.5j diserbu

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


MOHMAD Salleh (tengah) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah makmal memproses syabu di sebuah kondominium di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur, kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI


KUALA LUMPUR 6 Jan. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menyerbu sebuah makmal memproses syabu di sebuah kondominium di Solaris, Dutamas, di sini kelmarin.

Kejayaan itu dicapai hasil penangkapan seorang lelaki warga Iran berusia 22 tahun oleh dua anggota polis bantuan yang sedang menjalankan tugas rondaan kira-kira pukul 5.30 petang di bangunan Solaris.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, curiga dengan gerak-geri suspek, anggota polis terbabit menahan lelaki tersebut untuk pemeriksaan sebelum menemui 12 plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Katanya, selepas penemuan itu, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah kondominium di Solaris Dutamas.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui serbuk dan ketulan kristal seberat 723.75 gram yang diletakkan atas dua helai kertas dipercayai untuk dikeringkan.

"Polis turut menemui dua bekas periuk nasi mengandungi bahan mentah dipercayai dadah jenis syabu seberat 9.4 kilogram yang dibekukan dalam peti sejuk. Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM5.5 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohmad, pihaknya turut merampas 10 botol plastik dua liter mengandungi cecair sebatian organik yang digunakan sebagai pelarut (aseton) untuk membersihkan dadah terbabit.

"Kita percaya suspek menggunakan unit kondominium itu sebagai makmal memproses dadah jenis syabu sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, suspek yang positif ujian saringan air kencing kini ditahan reman tujuh sehingga 11 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan dari mana dadah tersebut diperoleh dan sedang memburu beberapa lagi rakan suspek.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan