Jumaat, 6 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Aksi berani makan diri

Posted: 05 Jan 2012 12:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran digunakan.


Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.


"Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.


"Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan itu," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.



Full content generated by Get Full RSS.

3 dibelasah tak lunas RM555

Posted: 05 Jan 2012 12:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun cedera di kepala dan badan selepas diserang sekumpulan 15 hingga 20 samseng bersenjatakan kayu dan topi keledar berhampiran kawasan kolej berkenaan di Taman Maluri, Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kumpulan terbabit turut mengugut untuk mencederakan mereka sekiranya gagal melunaskan wang perlindungan sebanyak RM555 sebelum jam 12 tengah malam.


Bimbang dengan ugutan berkenaan, semua pelajar itu membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila tiga pelajar terbabit yang sedang duduk berhampiran kawasan kolej berkenaan didatangi sekumpulan samseng.


"Mereka bersenjatakan parang dan topi keledar itu terus menerpa ke arah mangsa sebelum memukul mereka. Tiga pelajar itu gagal melarikan diri kerana sudah dikepung.


"Ketika dipukul, tiga mangsa itu hanya mampu untuk menutup kepala masing-masing menggunakan dua tangan," katanya.

Sumber berkata, selepas memukul mangsa, kumpulan terbabit mengarahkan tiga pelajar itu memberikan wang perlindungan sebanyak RM555 kepada mereka.


"Mereka mengugut untuk mencari dan memukul mereka jika gagal membuat bayaran berkenaan itu," katanya.

Katanya, kumpulan terbabit mengarahkan tiga pelajar itu menyerahkan wang kepada mereka di tempat letak kereta kolej berkenaan.


Selepas ditinggalkan kumpulan terbabit, mangsa yang cedera bergegas membuat laporan di balai polis berhampiran.


Tiga pelajar terbabit cedera di kepala dan badan kemudiannya dirujukkan ke hospital di kawasan berkenaan bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan