Sabtu, 14 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Bukan mudah tawan Putrajaya – Hadi

Posted:

Bukan mudah tawan Putrajaya – Hadi

Bukan mudah tawan Putrajaya – Hadi


PEMIMPIN tertinggi pembangkang melafazkan ikrar perjuangan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah, semalam. – MINGGUAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 14 Jan. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu yang mudah kerana pakatan itu diibaratkan melalui jalan bersimpang-siur yang menghadapi pelbagai masalah trafik.

Beliau berkata, pakatan pembangkang juga berdepan dengan rakyat sebagai hakim menentukan parti yang akan menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Masalah seperti isu kebebasan media dan senarai daftar pengundi yang bersih juga perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Abdul Hadi ditanya mengenai kecenderungan rakyat ketika ini yang dilihat seolah-olah sudah bosan dengan tindak-tanduk pakatan pembangkang berulang kali menyatakan hendak menawan Putrajaya.

Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak boleh mengelak daripada menyebut hendak menawan Putrajaya kerana ia adalah matlamat akhir mereka.

Katanya, rakyat dan negara memerlukan pembaharuan dalam politik kerana pentadbiran Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak kekotoran yang perlu dibersihkan.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, pilihan raya umum akan datang amat penting untuk membebaskan negara daripada BN.

Guan Eng pula memberitahu, jika pakatan pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang, negara akan menghadapi pelbagai krisis dalaman.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

Posted:

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

Jangan terpengaruh dakyah pembangkang

PADANG BESAR 14 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Perlis supaya jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah pembangkang sehingga mengetepikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan negara sejak 54 tahun lalu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, pembangkang cuma inginkan kuasa sedangkan BN telah berjaya membawa negara ke mercu kejayaan.

"Demi masa depan negara, maka rakyat diminta bukan sahaja terus menyokong BN malah juga dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada Program Jalinan Mesra Rakyat Parlimen Padang Besar di Dewan Seri Melati, Beseri hari ini.

Beliau turut merasmikan Dewan Seri Melati dan menanam pokok mempelam harum manis di pekarangan dewan berkenaan.

Jelas Muhyiddin, pengalaman BN dalam memerintah negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, sebaliknya pembangkang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan memutar-belitkan fakta kononnya kerajaan BN zalim.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan