Ahad, 15 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lelaki Nigeria ditahan bersama syabu bernilai RM125,000

Posted:

Lelaki Nigeria ditahan bersama <br />syabu bernilai RM125,000

Lelaki Nigeria ditahan bersama
syabu bernilai RM125,000

GEORGE TOWN 14 Jan. — Polis menahan seorang lelaki rakyat Nigeria dan merampas 500 gram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM125,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini hari ini.

Lelaki berumur dalam lingkunga 30-an yang dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa itu ditahan sebaik tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 3 petang.

Sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dan hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis menemui syabu yang disembunyikan dalam beg pakaiannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata polis akan mengadakan sidang media berhubung kes itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan