Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Jadilah pembangkang rasional

Posted:

Jadilah pembangkang rasional

Jadilah pembangkang rasional

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin memeriksa bungkusan beras ketika melawat Kedai Rakyat 1Malaysia di Seksyen 4 Wangsa Maju, semalam. Turut sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap pembangkang yang selama ini sekadar tahu memperlekeh kerajaan terutama dalam usaha mengurangkan beban hidup rakyat menerusi program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka sepatutnya menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, rasional dan adil serta tidak mempolitikkan sebarang usaha yang menyentuh hidup rakyat.

"Kerajaan serius memikirkan bagaimana kita boleh buat untuk menolong rakyat. Kalau pembangkang bertanggungjawab, dia sepatutnya mengiktiraf usaha sebegini.

"Tetapi di negeri yang dikuasai mereka pun, pembangkang tidak menjalankan apa-apa inisiatif untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kos hidup dan menjimatkan perbelanjaan. Kalau betul mereka adalah pembangkang yang bertanggungjawab, rakyat seharusnya dibantu.

"Saya fikir mereka harus bersikap rasional dan adil. Jangan sekali-kali memperlekehkan usaha kerajaan dan mempertikai soal kualiti produk KR1M),'' katanya pada sidang akhbar selepas meninjau perjalanan program KR1M dan Menu Rakyat 1Malaysia di Wangsa Maju dan Setapak di sini hari ini.

Muhyiddin sebelum itu ditanya mengenai tindakan pembangkang yang selama ini mempertikai dan memperlekehkan perjalanan program KR1M termasuk kualiti produk kedai berkenaan.

Ujar beliau, walaupun kritikan yang dilontarkan pembangkang dianggap penting oleh Kerajaan Pusat, usaha membantu rakyat perlu mendapat sokongan semua termasuk pembangkang sendiri.

''Kalau pembangkang buat baik, kita akan akui. Itulah, kalau nak jadi pembangkang yang bertanggungjawab, dia tak kritik semata-mata walaupun perkara itu baik,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Selangor dan Kedah merupakan antara negeri yang mencatat jumlah permohonan paling tinggi bagi mewujudkan program Menu Rakyat 1Malaysia.

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan usaha berkenaan mendapat sambutan rakyat termasuk di dua negeri yang ditadbir pembangkang itu.

''Ketika ini sudah ada 142 pengusaha restoran di Selangor yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia dan di Kedah pula seramai 120 pengusaha restoran.

''Kerajaan bertanggungjawab dalam soal kebajikan rakyat dan tidak memilih siapa yang mahu menyertai kedua-dua program itu,'' tambahnya.

Setakat ini, 26 buah KR1M telah beroperasi dan kerajaan menyasarkan untuk membuka 85 buah kedai sama di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Bagi Menu Rakyat 1Malaysia pula, seramai 1,254 pengusaha restoran telah menyertai program berkenaan yang menawarkan pakej sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga berpatutan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali

Posted:

Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali

Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan