Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lelaki ditembak, mati dirempuh

Posted:

Lelaki ditembak, mati dirempuh

Lelaki ditembak, mati dirempuh

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


SEORANG lelaki mati selepas ditembak dan digilis sebuah kenderaan di Taman Tema Air Desa di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ibarat aksi ganas di dalam sebuah filem, seorang lelaki bukan sahaja ditembak di bahu kirinya malah turut dikejar sejauh 300 meter sebelum mati dirempuh sebuah kenderaan ketika melarikan diri di Taman Desa Waterpark di sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memandu kereta bersendirian keluar dari sebuah restoran pukul 9.20 malam, sebelum suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) muncul lalu melepaskan tembakan.

Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa nekad keluar dari keretanya iaitu jenis Honda dan berlari sejauh 300 meter ke jalan utama, disyaki untuk meminta bantuan sambil dikejar kenderaan suspek dengan melawan arus.

Bagaimanapun usaha mangsa gagal apabila dirempuh sebuah kenderaan lain yang gagal mengelak lelaki itu manakala kenderaan suspek berjaya meloloskan diri.

Siasatan awal polis mendapati motif kejadian mempunyai kaitan dengan hutang dan perjudian.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mangsa mengalami kecederaan parah di kepalanya akibat hentakan kuat perlanggaran itu dan juga terdapat kesan tembakan di bahu kirinya.

"Polis juga menemui dua kelongsong peluru jenis Revolver .38 di lokasi pertama kejadian iaitu di kawasan kereta mangsa, selain lima das tembakan di tepi tingkap penumpang sebelah pemandu.

"Kejadian dipercayai disaksikan beberapa individu dan kita meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khairi memberitahu, pihaknya meminta bantuan orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil memberi maklumat serta pemandu kenderaan yang mungkin terlanggar mangsa.

"Polis percaya kejadian itu dilakukan oleh dua suspek yang berada dalam kenderaan. Motif kejadian dan identiti mangsa masih disiasat.

"Pemeriksaan awal polis menemui sekeping kad pengenalan bagaimanapun ia belum disahkan milik mangsa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PDRM beri ganjaran RM10,000

Posted:

PDRM beri ganjaran RM10,000

PDRM beri ganjaran RM10,000

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat sehingga dapat memberkas individu bertanggungjawab dalam tiga letupan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ganjaran itu diberi kerana PDRM memandang serius perbuatan tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab, menakutkan serta meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat.

"Individu berkenaan telah merosakkan perhimpunan aman yang dibenarkan polis.

"Saya umumkan tawaran wang itu kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka bertanggungjawab menyebabkan letupan itu," katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang akhbar selepas mewakili PDRM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Seramai 22 pegawai kanan PDRM dan tiga pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program tersebut bagi tempoh 18 bulan mulai 16 Disember lalu.

Ismail turut melahirkan kekesalan dengan tuduhan liar sesetengah pihak bahawa PDRM menjadi dalang letupan terbabit.

"Tolong hentikan tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas itu, saya kesal ada pihak yang menuduh PDRM terlibat dalam letupan itu seolah-olah pihak polis dan saya sendiri yang jahat sabotaj orang ramai," katanya.

Jelasnya, siasatan dijalankan dan mana-mana individu yang didapati terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan.

"PDRM telah membenarkan perhimpunan tersebut dengan syarat ia dijalankan dengan aman, namun kejadian sebaliknya berlaku.

"Selepas ini, kita perlu nilai semula setiap permohonan untuk berhimpun bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan