Jumaat, 13 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Sasar 85 peratus bayar cukai tanah

Posted:

Sasar 85 peratus bayar cukai tanah

Sasar 85 peratus bayar cukai tanah

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 12 Jan. - Kerajaan negeri mahu semua pentadbir tanah di negeri ini supaya melipatgandakan usaha dengan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 85 peratus pemilik tanah membayar cukai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak 25,047 hak milik dikesan gagal membayar cukai sehingga lebih 10 tahun walaupun pelbagai pendekatan dilaksanakan.

"Kerajaan negeri berhasrat memberi ganjaran setimpal kepada Pejabat Tanah yang berjaya mengutip 85 peratus hasil tahunan daripada keseluruhan hak milik tanah di daerah masing-masing.

Sehubungan itu, Ahmad meminta para pemilik supaya prihatin mengenai pembayaran ini bagi mengelak tunggakan dan didenda lewat bayar atau berdepan tindakan lebih tegas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Pentadbiran Tanah negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah.

Menurut beliau, kutipan cukai hasil tanah negeri lalu meningkat 0.4 peratus kepada RM23.02 juta berbanding 2010 atau 87 peratus daripada jumlah sasaran berjumlah RM26.21 juta.

Walaubagaimanapun katanya, kutipan cukai tertunggak menunjukkan penurunan sebanyak 2.3 peratus berbanding 2010 dan penyelesaian bilangan hak milik tanah juga menurun daripada 64.31 peratus pada 2010 kepada 63.39 peratus (2011).

Ahmad berkata, hasil gerak kerja yang cekap daripada pengawai dan kakitangan terbukti melalui prestasi keseluruhan yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Katanya, pungutan hasil negeri secara keseluruhannya pada tahun lalu meningkat kepada RM90.63 juta berbanding RM69.56 juta (2010).

''Manakala 1,832 permohonan tukar syarat tanah berjaya diselesaikan pada tahun sama berbanding 1,328 (2010).

"Penyelesaian pendaftaran hak milik baru bagi tahun 2011 turut meningkat kepada 17,491 berbanding 16, 075 (2010).

"Begitu juga dengan penyelesaian pendaftaran hak milik sambungan daripada hak milik sementara (QT) kepada hak milik tetap (FT) sebanyak 14,686 pada 2011 berbanding 14,048 (2010)," katanya.

Bagi proses pengambilan tanah kata Ahmad, kerajaan negeri memperuntukkan RM80 juta pada tahun lalu untuk bayaran pampasan di 24 kawasan di seluruh negeri.

Full content generated by Get Full RSS.

Fah Ming dinobat Tokoh Usahawan Terengganu 2011

Posted:

Fah Ming dinobat Tokoh Usahawan Terengganu 2011

Fah Ming dinobat Tokoh Usahawan Terengganu 2011


Ahmad Said (belakang lima dari kiri) bersama para penerima anugerah pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2011 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 12 Jan. - Usahawan berasaskan pemasangan produk alat tulis, kasut serta pakaian di bawah syarikat S.P. Chong Sdn. Bhd., Chong Fah Ming, 58, dianugerahkan Tokoh Usahawan Terengganu 2011.

Fah Ming membawa pulang RM10,000 berserta piala, sijil penghargaan dan cenderahati yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) di sini, malam tadi.

Fah Ming ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan bangga kerana diberi pengiktirafan itu sebagai lambang kepada kegigihan usahanya sejak 30 tahun lalu.

Beliau yang juga pemilik beberapa buah hotel dan kilang membuat brek kenderaan itu berkata, anugerah tersebut menyuntik semangatnya untuk terus bekerja keras memajukan perusahaannya di Kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini.

"Selama 12 tahun lalu saya pernah putus asa dengan perusahaan ini ekoran kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan saya jatuh sakit kerana tekanan.

"Saya ambil masa empat hingga lima tahun untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis itu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Azmi Razik.

Pada majlis itu, sembilan anugerah disediakan dengan menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM54,000 berserta piala, sijil penghargaan dan cenderahati sumbangan Nuriz Kosmetik.

Turut menerima anugerah ialah pemberita sambilan Utusan Malaysia, Adnan Mohamad melalui berita Berusaha ubah corak kehidupan bagi kategori media cetak manakala wartawan RTM, Majidah Ismail (kategori media elektronik) menerima RM2,500, piala dan sijil penghargaan setiap seorang.

Bagi kategori perkhidmatan dan perdagangan dimenangi MSET Engineering Corporation Sdn. Bhd., MBM Dagang Sdn. Bhd., dan DSA Dynamics (M) Sdn. Bhd.

Kategori perkilangan dan pembuatan dimenangi oleh TMM Engineering Services Sdn. Bhd., PSM Academy (M) Berhad dan Lieos Technology Sdn. Bhd.

Ziq Bakery & Cake, Kilang Padi Nazra Sdn. Bhd., dan Berkat Nazri Nazir Enterprise muncul pemenang bagi kategori industri makanan dan asas tani, sementara kategori peniaga dan penjaja kecil dimenangi syarikat Zie Florist.

Demong Beach Resort dan HNH Industries Sdn. Bhd., pula masing-masing memenangi kategori pelancongan serta usahawan kilang YPU.

Pemilik kedai serbaneka T' Shoppe Durian Burung, Adibah Shairah Ahmad pula diumumkan penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship YPU.

Kesemua mereka meraih wang tunai RM3,000, piala dan sijil penghargaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Juruukur maut kenderaan hilang kawalan rempuh pokok

Posted:

Juruukur maut kenderaan hilang kawalan rempuh pokok

Juruukur maut kenderaan hilang kawalan rempuh pokok

DUNGUN 12 Jan. - Seorang pemuda yang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di bandar ini terbunuh apabila kereta dipandunya terbabas di Kilometer 93.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, hari ini.

Mohd Yasir Alias, 27, yang bekerja sebagai juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Nyior Paka.

Ketika kejadian pukul 8.30 pagi, mangsa berasal dari Kampung Paloh, Kuala Terengganu dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat syarikatnya di Hotel Universiti Teknologi Mara.

Kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh di situ sebelum merempuh sebatang pokok lalu terbalik.

Mangsa yang masih bujang disahkan meninggal akibat tersepit di tempat duduk dan polis terpaksa meminta bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka untuk mengeluarkannya.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserah kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan pemandu agar berhati-hati terutamanya ketika hujan dan jalan licin.

Rakan mangsa, Mohd. Hamdan, 42, ketika dihubungi berkata, rakan setugasnya itu berjanji menunggunya di bilik mesyuarat Hotel Universiti Teknologi Mara pagi ini.

"Semalam ketika bermesyuarat di Kemasik, Kemaman, dia ada berjanji menunggu saya dan dia tidak pulang ke Kuala Terengganu selepas mesyuarat itu kerana tidak mahu terburu-buru untuk hadir ke mesyuarat hari ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan