Ahad, 15 Januari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Hakim perlu isytihar harta

Posted:

Hakim perlu isytihar harta

Hakim perlu isytihar harta

KERATAN Kosmo! semalam.


PUTRAJAYA - Jika kelmarin peguam diingatkan supaya jangan memburukkan hakim, semalam Ketua Hakim Negara mengingatkan para hakim bahawa mereka mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta tidak lama lagi.

Tan Sri Arifin Zakaria berkata, langkah tersebut bertujuan menentukan ketelusan dan integriti mereka supaya dihormati masyarakat.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia ke-4 dunia bagi pesara asing menetap

Posted:

Malaysia ke-4 dunia bagi pesara asing menetap

Malaysia ke-4 dunia bagi pesara asing menetap


KOS sara hidup yang rendah jadi daya tarikan pesara asing menetap di Malaysia. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Malaysia berada pada kedudukan keempat di dunia bagi golongan pesara warga asing, menetap dan menikmati 'masa-masa 'keemasan' berikutan kos hidup yang rendah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pencapaian Malaysia itu adalah berdasarkan kepada laporan International Living Magazine dalam Indeks Persaraan 2012, yang dikeluarkannya baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, golongan pesara itu juga gemar datang ke Malaysia kerana faktor cuaca yang panas serta masyarakat negara ini yang peramah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penyenaraian FGVH untung - PM

Posted:

Penyenaraian FGVH untung - PM

Penyenaraian FGVH untung - PM


NAJIB (kanan) bersalaman dengan penduduk ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur, Pekan semalam.


PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata, para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan