Rabu, 11 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Juruterbang Malaysia ditahan

Posted:

Juruterbang Malaysia ditahan

Juruterbang Malaysia ditahan

Oleh UMAVATHI RAMAYAH dan ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan ditahan di Sydney, Australia kerana disyaki membawa 5 kilogram dadah jenis syabu dalam pesawat yang dipandunya, semalam.

Difahamkan, juruterbang terbabit yang berusia 31 tahun memuatkan dadah itu dalam salah sebuah bagasi dibawanya.

Dia ditahan oleh pegawai Kastam Australia ketika menjalani ujian imbasan di lapangan terbang di negara itu.

Pesawat tersebut difahamkan berlepas dari ibu negara sebelum mendarat di Sydney pagi semalam.

Utusan Malaysia difahamkan, juruterbang itu telah beberapa kali melakukan kegiatan yang sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Kedutaan Malaysia di Australia berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sehingga pukul 5 petang ini, tiada sebarang maklumat diterima daripada Polis Australia.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja mati leher dikelar

Posted:

Remaja mati leher dikelar

Remaja mati leher dikelar

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 11 Jan. - Seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan kelar di leher, di rumahnya di Taman Kempas di sini hari ini.

C. Sivaranjini, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur oleh bapanya sejurus pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 10 pagi.

Difahamkan, mangsa bersendirian di rumah manakala ibu bapanya keluar bekerja di Singapura sementara dua adik lelakinya sedang bersekolah.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai memasuki rumah mangsa menerusi pintu belakang dan kemudian bertindak mengelar leher Sivaranjini dipercayai menggunakan objek tajam sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

Susulan daripada itu, polis kemudian bertindak mengesan suspek berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasilnya, tiga lelaki ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Kempas, Pasir Gudang dan Senai.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun akan ditahan reman bermula esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung motif sebenar pembunuhan tersebut.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan