Isnin, 9 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM600 juta naik taraf jalan

Posted:

RM600 juta naik taraf jalan

RM600 juta naik taraf jalan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com


WAN Amizan Wan Abdul Razak (tiga dari kiri) menyumbangkan hamper makanan kepada seorang warga emas di Felda Tekam Utara, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 9 Jan. – Jalan raya yang menghubungkan antara persimpangan Felda Padang Piol ke Taman Negara di sini, akan dinaik taraf melibatkan peruntukan RM600 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kerajaan berbelanja besar untuk projek tersebut dengan matlamat merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertanian di daerah ini.

Katanya, projek jalan sepanjang 80 kilometer itu merupakan antara kemudahan asas penting bagi menjana kepesatan sektor pelancongan Taman Negara tersebut yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Menurutnya, satu cadangan projek berkenaan dibuat memandangkan jalan raya sedia ada didapati tidak sesuai, rosak dan jajaran jalan berkenaan membahayakan keselamatan penduduk termasuk kenderaan pelancong.

"Projek ini melibatkan peruntukan yang besar kerana perlu jajaran baharu dan pengambilan tanah milik penduduk kampung tradisional dan Felda.

"Jalan itu merupakan perhubungan utama buat 15,000 penduduk Kuala Tahan, Hulu Tembeling, Tembeling Tengah, Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol ke bandar Jerantut di samping kemudahan agensi kerajaan berulang alik ke kawasan Tahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kerusi roda dan hamper makanan kepada 10 orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Felda Sungai Tekam Utara dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Jerantut, Datuk Nazri Ngah dan Ketua Wanita UMNO, Norhelan Mahmud.

Menurutnya, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan pelan projek menaiktaraf melibatkan jajaran baharu, kesesuaian tanah dan alam sekitar termasuk cadangan kos berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan.

"Kita berharap projek ini disegerakan menerusi kajian separuh penggal pembangunan tahun ini kerana struktur jalan yang ada mengalami kerosakan teruk dan memerlukan peruntukan yang besar setiap kali dibaiki," katanya.

Projek menaiktaraf jalan raya itu, katanya, boleh merancakkan sektor pelancongan Taman Negara yang memberi pulangan kepada pendapatan kerajaan negeri dan agensi pelancongan tempatan.

Full content generated by Get Full RSS.

UMNO Jerantut perlu perhebat jentera PRU-13

Posted:

UMNO Jerantut perlu perhebat jentera PRU-13

UMNO Jerantut perlu perhebat jentera PRU-13

JERANTUT 9 Jan. - Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut diminta memperhebatkan operasi jentera pilihan raya dan program turun padang bersama penduduk sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, seluruh ahli jawatankuasa termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO wajar melipatgandakan usaha supaya jentera pilihan raya sentiasa bersiap sedia.

Menurutnya, UMNO kini berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan sayap-sayap parti itu bertekad memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang besar.

''Oleh itu, semua ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan perlu melipatgandakan usaha supaya jentera parti berjalan licin dan merangsang semangat tanpa perlu menunggu tarikh pilihan raya diumumkan.

"Komitmen kita untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jerantut menang dengan cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kerusi roda dan hamper makanan kepada seramai 10 orang Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di Felda Sungai Tekam Utara dekat sini, semalam.

Wan Amizan berkata, aktiviti di peringkat akar umbi merupakan tunjang kekuatan jentera parti menjelang PRU-13 ini.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin UMNO perlu kerap turun padang bertemu Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk untuk memastikan isu tempatan diselesaikan dengan segera.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu tunggal miskin rayu rumah PPRT

Posted:

Ibu tunggal miskin rayu rumah PPRT

Ibu tunggal miskin rayu rumah PPRT

ROMPIN 9 Jan. - Seorang ibu tunggal berdepan dugaan hidup yang mencabar apabila disahkan menghidap penyakit batu hempedu dan kanser pangkal rahim.

Hasmah Darlan, 48, terpaksa mengharungi hidup penuh getir itu dengan bergantung kepada wang yang diperoleh daripada dua anaknya selain bantuan RM200 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, wang bulanan yang diterima itu terpaksa dibelanjakan untuk persekolahan dua anaknya, membayar sewa rumah, bekalan air dan elektrik serta bagi tujuan sara hidup.

"Kadang-kadang hanya RM20 saja yang tinggal dalam poket setiap bulan dan dengan wang ini saya berbelanja.

"Sejak menjalani pembedahan kanser pangkal rahim, saya sudah tidak mampu bekerja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, masa depannya bertambah gelap apabila diberitahu rumah sewa yang didudukinya hari ini akan disewa kepada pekerja kilang kelapa sawit.

"Tiada jaminan saya akan terus menetap di sini, tambahan pula saya menyewa rumah pekerja sebuah kilang dan berkemungkinan rumah ini akan disewa kepada pekerja kilang sawit tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Hasmah merayu Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Rompin memberi pertimbangan kepadanya untuk memperoleh Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang pernah dipohonnya tiga tahun lalu.

"Sudah dua kali saya mohon PPRT, namun masih belum ada jawapan. Saya masih menaruh harapan akan terpilih dan tidak kisah kawasan penempatan asalkan ia dapat mengurangkan beban saya ketika ini," katanya.

Menurutnya, dengan wang bantuan JKM RM200 serta sedikit sumbangan daripada anak-anak dia tidak mampu membayar sewa yang semakin meningkat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan