Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Agensi kerajaan perlu proaktif

Posted:

Agensi kerajaan perlu proaktif

Agensi kerajaan perlu proaktif

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

RAUB 1 Jan. - Agensi kerajaan termasuk pejabat tanah dan daerah diminta proaktif dalam menjawab dan menyelesaikan segera setiap permohonan rakyat bagi mengelakkan ia menjadi isu yang boleh menjejaskan kredibiliti jabatan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, jika permohonan tersebut lewat diselesaikan maka akan menyebabkan rakyat menjadi resah dan menimbulkan pelbagai tanggapan buruk kepada agensi terbabit.

Tegasnya, segala permohonan itu perlu diberikan perhatian dan dijawab segera oleh kakitangan terbabit supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan atau status permohonan mereka.

''Tindakan segera akan membuatkan rakyat berasa selesa dan berpuas hati serta memuji tindakan pantas jabatan kerajaan melaksanakan tugas,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah peringkat daerah Raub di sini semalam.

Shahiruddin berkata, kerenah birokrasi dan melewatkan proses menentukan status permohonan hanya boleh menjejaskan kerajaan dan tidak sepatutnya berlaku.

Menurut beliau, rakyat mahu segala urusan mereka dilayan dan diselesaikan dengan baik selari dengan gagasan 1Malaysia.

Jelasnya, pegawai dan kakitangan awam perlu menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan dedikasi kerana reputasi yang tidak baik hanya akan menjejaskan keseluruhan jentera kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata

Posted:

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata

1,000 penduduk DUN Chini dapat bantuan cermin mata


Abu Bakar Harun (kanan) beramah mesra dengan seorang penduduk yang melakukan pemeriksaan mata pada Majlis Pemberian Cermin Mata di SK Chini 3 dan 5, Pekan, Pahang, baru-baru ini.


PEKAN 1 Jan. - Sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi memberi bantuan cermin mata kepada 1,000 penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini secara berperingkat mulai kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut merupakan dana daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan.

"Kita buat pemberian ini secara lima peringkat, setiap peringkat kita akan beri kepada seramai 200 orang yang terdiri daripada orang kurang berkemampuan dan orang kurang upaya (OKU).

"Pemilihan penerima ini dibuat oleh pemimpin masyarakat setempat seperti ketua kampung, penghulu dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Pemberian Cermin Mata di Sekolah Kebangsaan (SK) Chini 3 dan 5 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kesemua mereka yang dipilih adalah dari tanah rancangan Gugusan Felda Chini, perkampungan tradisional dan juga perkampungan Orang Asli.

Dalam pada itu, katanya, dana untuk pemberian cermin mata itu adalah sebahagian daripada dana keseluruhan sebanyak RM500,000 yang diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Pekan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

"Selebihnya daripada dana ini akan disalurkan kepada penduduk yang miskin secara berperingkat. Mereka akan menerima bantuan berbentuk wang tunai," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Yuha Sani, 69, berkata, dia berterima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana memberinya cermin mata.

"Sebelum ini saya sudah memakai cermin mata namun dengan adanya cermin mata baru ini akan membolehkan saya membuat kerja dengan lebih mudah," katanya.

Seorang lagi penerima, Mohamad Razali Hassan, 57, berkata, ini merupakan kali pertama dia menerima bantuan tersebut.

"Saya gembira kerana dapat menukarkan cermin mata yang sudah tidak begitu elok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

125 murid terima peralatan sekolah

Posted:

125 murid terima peralatan sekolah

125 murid terima peralatan sekolah


Md. Sohaimi Mohamed Shah (kanan) menyampaikan beg sekolah kepada murid tahun 1 SK LKTP Bukit Goh sumbangan Yayasan Pahang di dewan sekolah itu di Kuantan, semalam.


KUANTAN 1 Jan. - Seramai 125 murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Bukit Goh di sini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Yayasan Felda, hari ini.

Sumbangan berupa sebuah beg, dua pasang baju dan sepasang stokin serta kasut diberikan kepada murid terbabit bagi meringankan beban ibu bapa mereka.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md.Sohaimi Mohamed Shah di dewan sekolah berkenaan.

Md. Sohaimi berkata, masyarakat peneroka perlu bersyukur kerana Felda menyediakan pelbagai kemudahan dan sentiasa membantu golongan itu bagi meringkan beban golongan berkenaan daripada pelbagai sudut.

"Walaupun majoriti penerima merupakan cucu kepada peneroka generasi pertama, namun mereka tetap dibantu semata-mata mengurangkan perbelanjaan keluarga terutama pada pembukaan sesi perskeolahan nanti.

"Justeru, golongan itu seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih diberi bantuan walaupun bukan dalam bentuk sumbangan yang bernilai tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Orientasi Murid Tahun Satu dan Pra Sekolah 2012 di sini.

Katanya, warga peneroka juga diminta tidak cepat melatah dan terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Turut hadir pada program itu, Guru Besar SK LKTP Bukit Goh, Ahmad Sharifuddin Abu Hassan; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Mohd. Bakri Abdul Majid dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh, Mat Zahari Derahman.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan