Ahad, 1 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Posted:

Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Anwar tidak pegang konsep demokrasi

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Rancangan untuk menganjurkan perhimpunan membela pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pemimpin pembangkang itu tidak pernah berpegang kepada konsep negara demokrasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tidak sepatutnya mengheret orang ramai untuk bersama-sama berjuang di atas masalah peribadinya.

"Jangan cuba mengheret masalah peribadi, apatah lagi untuk merakyatkan kes ini.

"Kalau benar kita seorang yang yakin pada sistem demokrasi, maka hendaklah kita bertindak dengan cara yang penuh demokrasi dan bukannya dengan cara demonstrasi,'' katanya pada pelancaran Pergerakan Pelatih Program PLKN Siri 9/2012, di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Seramai 16,885 pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 dihantar ke 81 buah kem di seluruh negara bermula hari ini hingga 3 Januari.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya Anwar percaya kepada konsep negara demokrasi, beliau seharusnya meletakkan keyakinan penuh pada sistem perundangan negara.

"Soal mahkamah, kita kena serahkan kepada mahkamah. Keyakinan dan kepercayaan kepada mahkamah mesti diletakkan 100 peratus.

"Biar mahkamah menjadi hakim dalam soal perundangan dan rakyat menjadi hakim dalam pilihan raya umum,'' katanya.

Naib Presiden UMNO itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempedulikan seruan 'kempen 901' yang dirancang pada 9 Januari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP), Tony Pua yang mengatakan berlaku penyelewengan dalam pembelian aset di Kementerian Pertahanan.

Katanya, pembelian aset di kementerian termasuk kapal tempur pesisir pantai (LCS) dilakukan mengikut harga siling yang ditentukan.

"Perubahan harga hanya berlaku jika ada kenaikan pertukaran wang asing dan kenaikan oleh pertukaran spesifikasi.

"Penyelewengan tidak berlaku kerana harga siling telah ditentukan melalui bajet, ia juga diperincikan di dalam bajet tahunan.

"Daripada apa yang diperoleh, semua aset yang dibeli oleh kementerian ini lazimnya tidak melebihi harga ditentukan,'' jelas beliau.

Bahkan, katanya, jika berlakunya penyelewangan, perkara itu harus dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya membuat tuduhan melalui ceramah-ceramah politik.

"Jika ada aduan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) adalah ejen terbaik untuk siasatan dilakukan,''katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mencabar Tony dan mana-mana pihak yang mempunyai bukti penyelewengan berhubung pembelian inventori pertahanan negara membuat laporan.

"Kalau berani, marilah datang ke Mindef berjumpa saya, semua Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha Kementerian. Jangan berkokok di belakang tabir sahaja,'' tegasnya.

Tony baru-baru membuat dakwaan kos pembelian LCS meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberikan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Peguam kini ‘majlis politik’

Posted:

Majlis Peguam kini 'majlis politik'

Majlis Peguam kini 'majlis politik'

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran 'Kempen Bebaskan Anwar 901' meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi 'majlis politik'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

"Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang.

"Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baru 2012 anjuran Parti PPP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rais mengulangi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan sesekali cuba menggertak dan mempengaruhi keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya pada 9 Januari ini dengan cuba membawa perkara tersebut ke jalanan.

Menurutnya, cubaan Anwar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.

"Keputusan belum pun dibuat, kenapa kita nak mempolitikkan. Datuk Seri Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan ramai lagi pemimpin UMNO yang dihakimi oleh mahkamah tidak pula membuat politik kaki lima, tidak menggoda dan menggertak sesiapa.

"Jadi kenapa Anwar perlu pergi ke seluruh negara bagi mewujud situasi sebegitu (mempengaruhi rakyat). Ini satu keadaan yang tidak membawa keadilan dan saya percaya rakyat tidak akan menyokong atau menyebelahi pihak yang sebegitu (pembangkang)," katanya.

Mengenai risiko keselamatan jika isu tersebut dibawa ke jalanan, Rais berkata, pihak polis mempunyai kuasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1989 dan beliau percaya pihak berkuasa lebih peka dalam hal itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan