Ahad, 15 Januari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Selesaikan isu surau cara baik

Posted:

Selesaikan isu surau cara baik

Selesaikan isu surau cara baik


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Isu surau Al-Jabbar di Setapak Permai di sini yang didakwa akan dirobohkan tidak melibatkan kerajaan kerana tanah tapak surau itu adalah milik sebuah syarikat swasta.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pada peringkat ini, kerajaan tidak berhasrat untuk campur tangan dalam isu tersebut dan berharap pihak terlibat dapat menyelesaikan isu itu dengan baik.

"Bagaimanapun, saya telah mengarahkan syarikat pemaju untuk tidak merobohkan surau tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa di sini hari ini.

Beliau juga telah menyarankan kepada pihak pemaju untuk mencari tapak ganti untuk surau tersebut tetapi seboleh-bolehnya, surau tersebut dikekalkan di tapak asalnya.

Mengenai surat daripada peguam pemaju yang mahu penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum hujung bulan ini, beliau berkata, penduduk tidak perlu mengosongkan tanah mereka.

"Saya sudah beritahu pemaju dan mereka bersetuju. Kalau mereka (pemaju) masih berdegil, kita tidak akan meluluskan permohonan pembangunan mereka," katanya.

Semalam, penduduk dan peniaga Setapak Permai membuat perhimpunan aman bagi membantah notis mengosongkan premis mereka sebelum 30 Januari ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Putra Damai Setapak, Shahrudin Sapian yang mewakili hampir 70 peniaga di situ merasa sangat kecewa kerana peniaga yang sudah bertapak di situ sejak 1995 diarah meninggalkan kawasan itu tanpa ada sebarang perbincangan dilakukan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan takut dekati petugas 'Ops Payung'

Posted:

Jangan takut dekati petugas 'Ops Payung'

Jangan takut dekati petugas 'Ops Payung'

SUBANG JAYA 15 Jan. - Masyarakat diminta supaya lebih berani mendekati dan berinteraksi anggota polis yang bertugas di bawah 'Ops Payung' bagi memastikan langkah pencegahan jenayah bersama orang awam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pendekatan itu dilihat mampu membantu pihak polis di dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekali gus mewujudkan satu jalinan kerjasama antara polis dan orang awam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, penduduk setempat juga digalakkan supaya berkomunikasi dengan polis yang menjalankan rondaan di sekitar perumahan mereka.

"Hubungan antara polis dan masyarakat perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan tanggungjawab menangani masalah jenayah dapat dilaksanakan secara bersama.

"Melalui kerjasama itu maka akan wujud interaksi sosial sekali gus memberi peluang kepada polis untuk memperbaiki kelemahan di samping mempertingkatkan kualiti perkhidmatan," katanya semasa mengadakan dialog bersama wakil penduduk di pejabatn Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Tambahnya, di Subang Jaya sahaja terdapat 18 buah kenderaan peronda polis (MPV) yang disediakan untuk membuat rondaan bagi mencegah kejadian jenayah.

Justeru, katanya, kesempatan itu perlu diambil masyarakat untuk berkongsi maklumat bersama mereka mengenai senario jenayah hari ini selain memastikan langkah keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan perumahan mereka.

Tun Hisan memberitahu, bahaya wujud di luar sana bukan hanya disebabkan oleh penjenayah tetapi biasanya berlaku disebabkan tindakan masyarakat yang tidak memberi maklum balas terhadap kejadian yang berlaku.

"Sehubungan itu, masyarakat perlu proaktif di dalam membantu polis menangani jenayah dan bukan hanya memandang sesuatu kejadian sebagai tontonan umum," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Jadikan pencegahan jenayah sebagai budaya

Posted:

Jadikan pencegahan jenayah sebagai budaya

Jadikan pencegahan jenayah sebagai budaya


Lee Lam Thye (dua dari kiri), Tun Hisan Tun Hamzah (dua dari kanan) dan Jeffrey Cheah (kanan) merasmikan ' Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat' sempena Tahun Baru Cina di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.


SUBANG JAYA 15 Jan. - Masyarakat perlu menjadikan pencegahan jenayah sebagai budaya jika mahu kadar jenayah menurun sehingga ke tahap paling minimum.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penerapan budaya itu bukan sahaja penting tetapi juga paling berkesan dalam usaha memerangi jenayah.

Menurutnya, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menurunkan kadar jenayah setiap tahun, hakikatnya kes jenayah masih menakutkan masyarakat.

"Oleh itu, penting untuk masyarakat menjadikan pencegahan jenayah sebagai budaya yang diamalkan setiap masa.

"Dengan cara ini, hubungan polis dan masyarakat dapat dirapatkan, sekali gus berganding bahu mencegah jenayah," katanya ketika berucap pada Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat Sempena Tahun Baru Cina di Sunway Pyramid di sini baru-baru ini.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Sementara itu, Tun Hisan memberitahu, walaupun kadar jenayah pada Tahun Baru Cina tahun lalu dapat dikurangkan sebanyak 46.51 peratus, namun masih terdapat kekurangan kesedaran di kalangan masyarakat.

"Daripada beribu-ribu borang bagi memaklumkan ketiadaan penghuni di rumah yang diedar di daerah Subang Jaya, hanya 667 sahaja dipulangkan kepada polis untuk pemantauan.

"Pada tahun ini, polis berharap lebih ramai akan memulangkan borang berkenaan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan