Ahad, 15 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Projek RM490j

Posted: 14 Jan 2012 02:17 PM PST

PARIT BUNTAR: Ribuan penduduk sekitar daerah Kerian menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM490 juta bagi mengatasi masalah banjir yang kerap melanda kawasan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Peruntukan besar itu disalurkan bagi projek tebatan banjir di daerah Kerian yang bakal dilaksanakan secepat mungkin.


Najib yang melawat daerah itu bermula kelmarin berkata, kerajaan memandang serius masalah banjir yang melanda sekitar daerah ini dan ia perlu diatasi segera.

Menurutnya, masalah banjir di sekitar Perak, khususnya daerah Kerian, agak membimbangkan berikutan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa dipindahkan, selain semua aktiviti harian di sekitar daerah itu terjejas teruk akibat banjir bulan lalu.


"Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengkaji dan membuat tawaran kepada beberapa kontraktor dengan mengeluarkan tender bagi beberapa pakej pelaksanaan projek itu.


"Saya berharap masalah banjir membabitkan beberapa daerah di negara ini dapat diatasi," katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011, di sini, semalam.

Pada masa sama, kerajaan merancang membina hospital daerah di kawasan itu tidak lama lagi. Kemudahan hospital berkenaan membantu mengurangkan penggantungan kepada hospital utama di sekitar Perak.


Terdahulu, Najib memulakan program lawatan ke daerah Taiping dengan menghadiri Majlis Senaman 1 Malaysia di Padang Esplanade, Taiping.

Seramai 5,000 penduduk sekitar Taiping pelbagai usia dan pelajar sekolah turut mengambil bahagian pada program senaman pagi itu.



Full content generated by Get Full RSS.

Pas, PR rugi singkir Dr Hassan

Posted: 14 Jan 2012 02:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Bagai retak menanti belah, penyingkiran Datuk Dr Hassan Ali oleh Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dianggap satu kerugian bagi kedua-dua pihak, selain membuktikan wujudnya kecelaruan perjuangan serta budaya pentingkan diri selain amalan cantas-mencantas yang sebelum ini dilemparkan terhadap Umno.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Hassan adalah aset Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor kerana petah bercakap, selain bijak berpidato yang berjaya menarik perhatian orang ramai serta mempengaruhi mereka.


Menurutnya, mungkin itu yang menjadi punca beliau (Hassan) dipecat, kerana ada puak tertentu dalam PR atau Pas yang bimbang dengan kemampuan dimilikinya, jadi sebelum apa-apa berlaku lebih baik dia dibuang, apatah lagi ketika namanya mula memuncak dengan isu perjuangan Islam.

"Saya pernah mengikuti ceramahnya dan bagi saya, beliau memiliki kemampuan mempengaruhi orang ramai, pernah satu ketika beliau memburukkan Barisan Nasional (BN) bermaksud 'Barang Naik' dan apa diperkatakannya ketika itu dapat meyakinkan orang ramai, malah ia dijaja hingga kini.


"Saya percaya beliau sememangnya aset penting bagi PR Selangor dan pemecatannya memang satu kerugian," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan