Sabtu, 7 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Kekuatan ekonomi biaya program BR1M'

Posted: 06 Jan 2012 04:04 PM PST

Nasional

Najib anggap fitnah ditabur pembangkang tak berasas

HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan sumber pembiayaan untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah daripada kekuatan ekonomi dalaman negara dan bukan menerusi pinjaman Bank Dunia seperti yang didakwa pembangkang.

Perdana Menteri berkata, fitnah yang ditabur pembangkang tidak berasas sama sekali dan berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dusta politik pembangkang. "Rakyat harus tahu bahawa kali terakhir Malaysia membuat pinjaman daripada Bank Dunia adalah pada 1998, iaitu sebanyak AS400 juta (RM1.28 bilion).

"Inilah fakta sebenarnya. Sumber program BR1M adalah daripada kekuatan ekonomi dalaman negara. Sebenarnya apa yang dilakukan pembangkang ini adalah satu bidaah... satu pembohongan," katanya ketika merasmikan Komuniti 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 10,000 rakyat pelbagai lapisan di Padang Jalan Kantan, Bukit Sentosa di sini semalam.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Program BR1M adalah produk 1Malaysia yang menghulurkan bantuan kewangan RM500 kepada keluarga berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan.

Najib turut mencabar pembangkang menunjukkan bukti jika terus mempertahankan dakwaan pembiayaan BR1M dipinjam daripada Bank Dunia.

"Jangan cakap saja, tunjukkan bukti. Kita tidak gentar. Kita tak takut kerana kita berdiri atas kebenaran. Bukan seperti mereka yang selalu berdusta, berbohong dan sebarkan fitnah," katanya.

Perdana Menteri turut menjelaskan kekuatan ekonomi dalaman negara menunjukkan peningkatan dan petunjuk ketara adalah peningkatan hasil negara sebanyak RM22 bilion pada 2011 berbanding 2010.

Beliau berkata, kemampuan kerajaan juga terbukti apabila menaikkan gaji kakitangan awam bermula tahun ini melalui skim Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ketika rakan sejawat mereka di Eropah terpaksa dipotong gaji.

"Defisit negara menurun walaupun kita melaksanakan program BR1M. Mengenai agihan, kita jangka ia akan dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini kepada setiap keluarga yang layak," katanya.

Pada majlis berkenaan, Najib turut mengumumkan kerajaan akan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia di Hulu Selangor.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Peneroka FELDA perlu lakukan lonjakan kedua

Posted: 06 Jan 2012 04:01 PM PST

Nasional

  NAJIB   bersalaman dengan warga FELDA pada majlis Perdana Menteri Bersama Warga FELDA, di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, semalam.

NAJIB bersalaman dengan warga FELDA pada majlis Perdana Menteri Bersama Warga FELDA, di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR: Peneroka FELDA tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sekarang, sebaliknya perlu melakukan lonjakan kedua bagi meletakkan FELDA dan masyarakatnya di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, satu daripada lonjakan adalah menyokong usaha kerajaan menyenarai FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia dan meletakkan FELDA sebaris dengan syarikat perladangan antarabangsa.

Najib berkata, penyenaraian itu membolehkan syarikat diurus secara profesional itu menguasai pasaran minyak sawit secara lebih luas berdasar fungsinya sebagai syarikat perladangan terbesar dunia. Katanya, melalui langkah menyewakan ladang masing-masing kepada FGVH, peneroka bakal menikmati dividen Koperasi Permodalan FELDA (KPF) lebih tinggi berbanding 14 hingga 15 peratus setahun sekarang, selain memiliki saham dalam syarikat berkenaan.

"Adakah kita harus berpuas hati dengan kejayaan sekarang atau berani meneropong jangka waktu lebih panjang masa depan supaya kejayaan sekarang ini tidak terhenti setakat ini. Kita harus berani melakukan lonjakan kedua," katanya pada majlis Perdana Menteri Bersama Warga FELDA, di FELDA Gedangsa di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail.

Najib juga menegaskan sebagai pewaris usaha bapanya, Allahyarham Tun Razak yang bertanggungjawab mengasaskan FELDA, beliau tidak akan mengkhianati jasa dan budi berkenaan, sebaliknya akan terus memajukan organisasi itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri kesal apabila cadangan kerajaan membina rumah generasi kedua peneroka FELDA di kawasan seluas 12 hektar di FELDA Soeharto, dekat sini ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, April 2010 tidak diluluskan kerajaan Selangor berikutan masalah pemilikan tanah.

Najib menjelaskan, walaupun tanah itu milik FELDA, ia terpaksa diserah kembali kepada kerajaan Selangor untuk menukar syarat geran tanah bagi membolehkan ia dimajukan sebagai kawasan perumahan.

Sehubungan itu, beliau memilih Hulu Selangor sebagai kawasan pertama program turun padang tahun ini bagi meninjau kemajuan selepas BN merampas semula kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya 17 April 2010.

Bagi membolehkan cadangan projek berkenaan diteruskan, beliau meminta rakyat Selangor melakukan perubahan dengan menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang, sekali gus membolehkan kerajaan BN memajukan pelbagai projek pembangunan.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan FELDA sebanyak RM1.1 juta untuk pelbagai projek pembangunan, iaitu RM200,000 untuk taman permainan kanak-kanak di keempat-empat FELDA berkenaan, selain pembinaan gerai di FELDA Gedangsa dan Soeharto (RM300,000), menaik taraf perparitan di FELDA Gedangsa (RM150,000) dan pusat kegiatan belia di FELDA Gedangsa (RM150,000).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan