Harian Metro: Setempat |
| Posted: 14 Jan 2012 01:58 PM PST DUNGUN: Seorang anak perempuan tidak dapat menahan kesedihan ketika mengutip cebisan otak ayahnya yang bertaburan di jalan selepas warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam, Othman Muda, 69, tercampak 20 meter selepas dilanggar kereta Satria Neo ketika melintas jalan dari rumahnya di Gong Gemia untuk ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Difahamkan, anak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan ayahnya terbabit dalam kemalangan sebelum dilihat memasukkan cebisan otak mangsa ke dalam beg plastik kecil.
"Selepas solat Jumaat, saya tidak sempat bersalam dengannya kerana dia pulang ketika saya berbual dengan seorang kawan lama.
"Arwah seorang yang baik hati dan suka berjenaka serta kami sering terhibur dengan gurauan dan jenakanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun.
Full content generated by Get Full RSS. |
| Posted: 14 Jan 2012 01:55 PM PST PORT DICKSON: "Tidak lama selepas dia terjun, saya mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati dia (mangsa) masih tidak timbul dan terus tenggelam di dalam air," kata N Nesaraja, 20, rakan mangsa mati lemas di Pantai Cahaya Negeri, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi, keseronokan enam sahabat yang menghabiskan hari cuti dengan bermandi-manda bertukar tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka lemas.
Menurut Nesaraja yang juga rakan kuliah mangsa, ketika kejadian, keenam-enam mereka berada di pantai berkenaan untuk mandi-manda.
Turut hadir meninjau lokasi kejadian ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh dan Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Penguasa Bomba Ahmad Nizam Sapaiee.
Sementara itu, Ahmad Nizam yang mengetuai operasi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, jam 9.02 pagi.
Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan