Ahad, 15 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Hakim mungkin perlu isytihar harta: Ketua Hakim

Posted: 15 Jan 2012 02:09 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

"Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka," katanya ketika merasmikan persidangan empat hari hakim di sini, hari ini.
Arifin berkata, sebaik saja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

"Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan
SPRM dalam perkara ini," katanya.

Ketua Hakim Negara itu mengingatkan hakim supaya mengekalkan kebebasan kehakiman dan tidak mengendahkan sebarang campur tangan ketika membuat keputusan
penghakiman mereka tidak kira sama ada daripada eksekutif atau pasangan
rumahtangga mereka.

"Tetapi ada campur tangan yang lain, salah satu daripadanya ialah daripada
pasangan rumahtangga. Jadi pastikan tidak ada perbincangan, itu adalah campur
tangan terbesar yang terjadi di waktu sepi tengah malam," katanya disambut
dengan ketawa oleh mereka yang hadir.

Dengan nada serius, Arifin menambah bahawa hakim mestilah betul-betul bebas
daripada semua campur tangan termsuk daripada kawan dan hakim lain.

Mengulas penghakiman, beliau menyeru mereka memberikan penghakiman yang
kukuh kerana mereka sudah diberi masa secukupnya dan garis panduan dalam bidang
berkenaan.

Katanya, Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan serius jika hakim tidak
menunjukkan prestasi di tahap yang dikehendaki.

Arifin seterusnya menyebut bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat hakim
serta pesuruhjaya kehakiman menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bukanlah
satu tugas mudah kerana panel terpaksa melihat berbagai faktor termasuk
penghakiman yang dibuat oleh hakim.

Setakat ini, katanya, panel itu mengesahkan prestasi memuaskan bagi sebahagian
hakim namun untuk yang selebihnya mereka perlu bekerja kuat.

Mengulas pengumuman beliau mahukan semua kes rayuan Mahkamah Jenayah dan
Sivil Persekutuan di Permulaan Tahun Undang-Undang 2012 semalam perlu diadili
korum lima orang hakim, Arifin berkata, lima adalah angka yang lebih baik
membolehkan rasional baik digunakan dalam penghakiman.

Sekarang ini, rayuan di Mahkamah Perseketuan diadili oleh panel tiga
hakim.

Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah masih mempunyai budibicara membuat
keputusan mengikut lima anggota panel atau sembilan anggota bagi mendengar kes
rayuan terpilih, terutama sekali yang membabitkan isu perlembagaan yang rumit. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan pelajar ugut PM

Posted: 15 Jan 2012 01:41 AM PST

Mutakhir

GEORGETOWN: Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya di sini, hari ini.

Dalam kenyataannya, pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu depan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan