Jumaat, 6 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Lelaki maut selepas kereta terbabas, terbakar

Posted: 06 Jan 2012 02:58 AM PST

Mutakhir

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 6.2 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, Tan Ang Huat, 33, yang berasal dari Taman Dedap di sini mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa yang dipandunya.

Menurut saksi yang enggan dikenali, beliau menghubungi pihak bomba manakala beberapa pemandu teksi yang kebetulan lalu di tempat kejadian cuba membantu memadamkan kebakaran tetapi gagal. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, ASP Suhami Md Nor, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth gagal menyelamatkan Tan kerana kakinya tersepit.

"Mangsa mati akibat terbakar lebih 50 peratus dan mayatnya di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suhaimi berkata, mangsa yang masih bujang itu dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Dia dipercayai memandu laju dan semasa tiba di susur keluar ke Butterworth keretanya merempuh pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali dan terbakar," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja, ibu ditahan berhubung kes bunuh di Sibu

Posted: 06 Jan 2012 02:43 AM PST

Mutakhir

SIBU: Polis percaya sudah dapat menyelesaikan kes bunuh empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Jalan RTM di sini dengan penahanan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan ibunya yang berumur 44 tahun malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Heng Soon, berkata remaja lelaki itu bekerja sebagai kelindan lori dan ibunya suri rumah dan mereka tinggal agak dekat dengan rumah mangsa.

"Saya gembira mengumumkan kami sudah berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh empat hari selepas kejadian pada Isnin lalu. "Suspek dan ibunya kini berada dalam tahanan kami untuk kami mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menyiapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis menahan ibu remaja itu kerana dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes itu.

Katanya, sebaik sahaja kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan.

Dalam kejadian antara 7 pagi hingga 7.30 pagi itu, ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuannya Amy Ling Zi Jiun, 7, mati akibat sama ada dipukul atau dikelar.
Seorang lagi anak Ling, Kelvin Ling Chei You, 8, masih berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Law berkata, dengan penahanan dua beranak itu, isteri Ling yang juga warganegara China , Li Xiao Lan, 28, yang sebelum ini ditahan reman untuk siasatan selepas mengaku melarikan diri menerusi tingkap untuk pergi ke rumah jiran ketika kejadian, dibebaskan hari ini.

Mengenai sama ada remaja lelaki itu menghidapi masalah mental, beliau berkata perkara itu sedang disiasat dan menurutnya remaja itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun penyalahgunaan dadah.

Law mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat untuk membantu polis menyegerakan siasatan mereka. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan