Isnin, 2 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Tunang pelakon kecewa

Posted: 01 Jan 2012 11:44 AM PST

ALOR SETAR: "Saya memang rasa kecewa disebabkan keluar benda (cerita negatif) seperti mahu memburuk-burukkan imej seolah-olah nampak jahat sangat, tetapi saya tidak mahu melenting kerana cerita itu tidak betul."

Begitu kata jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin, 28, yang mengikat tali pertunangan dengan pelakon drama Tentang Dhia, Izreen Azminda Mohd Aznam, 27, di Jalan Kanchut, dekat sini, semalam.

Muhamad Riza berkata, kontroversi melanda perhubungan mereka mungkin ditujukan kepadanya, tetapi dia berbesar hati apabila tunangnya itu menerima semua tuduhan dengan sabar selain berfikiran positif.

Menurutnya, ketika hubungan mereka mulai rapat sejak tiga bulan lalu hingga mengikat tali pertunangan, dia sudah berterus-terang dengan Izreen Azminda berhubung status diri sebagai duda anak satu, tetapi menafikan segala laporan bersifat fitnah berkenaan.


"Saya tidak pernah bertunang dengan Rafeda, malah dakwaan saya ada anak luar nikah, gugur bayi, itu semua tak betul. Orang yang bercakap itu, patutnya beri bukti, kalau ada anak itu, saya sanggup buat ujian darah.


"Memang saya pernah berkahwin, tetapi bukan dengan (Julia Daud) isteri pelakon Badrul Muhayat seperti didakwa dan bekas isteri saya adalah orang biasa di mana perkahwinan kami selama dua tahun dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia setahun tiga bulan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Dua beradik lemas di laut

Posted: 01 Jan 2012 11:43 AM PST

KOTA TINGGI: "Saya hampir berjaya mencapai Hazim dan Hasief tetapi kaki tiba-tiba kejang menyebabkan terpaksa berpatah balik dengan mengapungkan badan dan hanya mampu melihat dua anak saudara saya itu hilang ditelan ombak," kata Md Nor Mamat, 19, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi kelmarin, Hazim Suhaimi, 20, serta abangnya Hasief, 25, lemas apabila dihanyutkan ombak besar ketika bermain di tepi Pantai Desaru, Bandar Penawar di sini dan Md Nor yang berada berhampiran cuba menyelamatkan dua beradik berkenaan, namun gagal. Dua beradik berkenaan dikatakan pergi berkelah di pantai itu dengan bapa mereka, Suhaimi Mamat, 52, selepas sekian lama tidak bersua.


Menurut Md Nor, kejadian berlaku ketika dia bersama dua beradik itu sedang bermain di tepi pantai apabila Hazim tiba-tiba dihanyutkan ombak besar manakala Hasief cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan ombak menyebabkan kedua-dua mereka dihanyutkan kira-kira 30 meter ke tengah laut.

"Selepas berpatah balik, beberapa pengunjung turut cuba membantu dengan berenang ke arah dua anak saudara tetapi gagal selepas kedua-duanya ditelan ombak," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).


Md Nor sedih kerana gagal menyelamatkan dua beradik berkenaan tetapi reda dengan kejadian.


Sementara itu, ibu mangsa, Fauziah Mamat, 51, berkata, dia reda dengan ujian Ilahi itu.

"Saya baru saja melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jaya, Johor Bahru pada 26 Disember lalu. Sebelum ini saya bertugas di SK Tenggaroh 3, Mersing, selama setahun setengah.


"Hanya Hazief saya beritahu pertukaran itu empat hari lalu dan merahsiakannya daripada Hazim kerana mahu memberi kejutan kepadanya," katanya.

Bagaimanapun, menurut Fauziah, dia tidak sangka dikejutkan pula dengan berita pemergian dua anak kesayangannya itu.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan