Isnin, 2 Januari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Tambah maklumat mengenai Akta TCM - MSCM

Posted:

Tambah maklumat mengenai Akta TCM - MSCM

Tambah maklumat mengenai Akta TCM - MSCM

02/01/2012 5:26pm

SHAH ALAM — Persatuan Perubatan Komplementari Malaysia (MSCM) menggesa Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan cadangan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada lebih 15,000 pengamal di negara ini.

Presiden persatuan itu, Lee Chee Pheng berkata, banyak pengamal telah menyuarakan kebimbangan berhubung kesamaran akta itu, menyatakan ia tidak sepatutnya menyekat atau melemahkan TCM sebagai perubatan alternatif.

"Pengamal mahu tahu sama ada peraturan spesifik akan diwujudkan untuk memastikan TCM kekal kompetitif. Siapa yang akan mengajar dan melatih pengamal baru atau memutuskan ubat yang mempunyai nilai saintifik atau tidak?

"Isu ini perlu ditangani dalam akta itu dan perlu diberi penjelasan secara berterusan kepada pihak yang relevan sebelum dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

Chee Pheng berkata, kerajaan tidak boleh menangguhkan penguatkuasaan Akta TCM kerana ia perlu untuk memberi keyakinan kepada orang ramai mengenai perubatan tradisional.

Katanya, kementerian sepatutnya membantu pengamal mendokumentasikan amalan mereka sebelum akta itu dikuatkuasakan.

Chee Pheng menegaskan, organisasi sesuai diperlukan dalam TCM kerana ia melibatkan pandangan, amalan dan kepercayaan berbeza. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki keranda maut ditembak ketika sarapan

Posted:

Lelaki keranda maut ditembak ketika sarapan

Lelaki keranda maut ditembak ketika sarapan

02/01/2012 5:14pm

JOHOR BAHRU — Seorang pekerja kedai keranda maut akibat ditembak ketika sedang bersarapan di sebuah kedai kopi, di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata Ong Chin Loo, 48, yang sedang bersarapan bersama dua rakannya ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar, kira-kira pukul 7.15 pagi.

"Chin Loo mati serta merta di tempat kejadian akibat tembakan yang terkena pada badan yang dipercayai menggunakan pistol jenis automatik. Suspek kemudian dilihat melarikan diri bersama motosikalnya yang diletakkan di belakang kedai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menemui enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan sedang menyiasat terperinci kes itu menerusi kamera litar tertutup yang dipasang dalam kedai berkenaan.

Tambah beliau, polis kini sudah menahan dua lelaki yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Katanya, mayat Chin Loo dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Sekolah sukan ke-2 Terengganu Februari

Posted:

Sekolah sukan ke-2 Terengganu Februari

Sekolah sukan ke-2 Terengganu Februari

02/01/2012 3:19pm

KUALA TERENGGANU — Kerajaan Terengganu akan membina sekolah sukan kedua di negeri ini berharga RM25 juta di kawasan lapan hektar di Gong Badak berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kerja-kerja pembinaan sekolah itu akan bermula Februari ini.

"Sebelum ini kita telah mempunyai sebuah sekolah sukan yang sama iaitu Sekolah Sukan Bukit Nenas di Setiu, namun pembinaan sekolah kedua ini juga amat penting memandangkan Terengganu kini merupakan kuasa sukan baru di negara ini.

"Penubuhan sekolah kedua ini dilihat perlu bagi menggilap bakat-bakat yang ada selain itu mampu melonjakkan industri sukan dan akademik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekolah itu dibina dalam masa dua tahun dan mampu menampung kira-kira 800 hingga 1,000 pelajar dalam satu-satu masa.

Menurut beliau,pembinaan sekolah tersebut akan menggunakan konsep yang sama dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.

"Kita akan menumpukan kemasukan anak negeri ini terlebih dahulu. Apa yang penting mereka bukan sahaja perlu hebat dalam sukan, bahkan dalam akademik jika mahu menyambung pelajaran di sekolah berkenaan," katanya.

Ahmad Razif berkata, pada masa kini terdapat beberapa sekolah yang terlibat dengan program sukan iaitu Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan Sekolah Menengah Padang Midin yang melibatkan acara sukan sepak takraw dan bola sepak.

Justeru, pihaknya telah menyarankan kepada Jabatan Pelajaran supaya pelajar ini ditempatkan di sekolah sukan bagi memudahkan urusan pemberian biasiswa selain memastikan akademik mereka tidak ketinggalan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan