Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Rakyat Sabah tubuh UMNO cawangan

Posted:

Rakyat Sabah tubuh UMNO cawangan

Rakyat Sabah tubuh UMNO cawangan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 1 Jan. - Seramai 218 penduduk dari Sabah yang bekerja dan tinggal di negeri ini telah menubuhkan UMNO Cawangan Kampung Telok Mawar, Bukit Katil Jaya di sini, semalam.

Penubuhan cawangan baharu itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pada majlis ringkas tetapi meriah itu, Mohd. Ali turut menerima borang keahlian baharu seramai 45 orang, termasuk 24 yang bertukar ke cawangan baharu itu.

Penasihat UMNO cawangan, Datuk Abd. Ghaffar Ibrahim berkata, penubuhan cawangan baharu itu adalah atas kepercayaan rakyat Sabah yang bekerja dan menetap di Melaka yang melihat UMNO adalah sebuah parti yang mampu membela nasib rakyat.

"Melihat perjuangan UMNO itu, rakyat Sabah ingin berganding bahu untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Kebanyakan mereka belum pernah menjadi ahli dalam mana-mana parti politik dan menubuhkan cawangan baharu yang 80 peratus ahlinya adalah masyarakat dari Sabah," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Abd. Ghaffar yang berasal dari Papar dan mula menetap di Melaka pada 1978 berkata, dengan penubuhan cawangan baharu itu, beliau yakin rakyat Sabah dapat menyumbang bakti untuk membantu kemenangan BN nanti.

Menurutnya, daripada jumlah keahlian baharu itu, seramai 153 daripadanya layak untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap, dengan wujudnya UMNO cawangan yang ke-78 di Parlimen Bukit Katil, lebih ramai rakyat dari Sabah yang bekerja di beberapa kilang, agensi kerajaan dan swasta menjadi ahli cawangan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Tun Mohd. Khalil sertai lebih 1,000 peserta program jelajah berbasikal

Posted:

Tun Mohd. Khalil sertai lebih 1,000 peserta program jelajah berbasikal

Tun Mohd. Khalil sertai lebih 1,000 peserta program jelajah berbasikal


TUN Mohd. Khalil Yaakob bersama Mohd. Ali Rustam menyertai Program Berbasikal Menjelajahi Melaka Sempena 750 Tahun Negeri Melaka yang bermula dan tamat di Dataran MBMB di Melaka, semalam.


MELAKA 1 Jan. - Lebih 1,000 penunggang basikal membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini hari ini bagi menyertai Program Jelajah Berbasikal Sempena 750 Tahun Melaka.

Program berbasikal Go Green selama dua hari berturut-turut bermula hari ini dan esok itu menjadi pembuka tirai tahun 2012 kepada pelbagai program yang menarik diatur oleh kerajaan negeri selama setahun sempena Sambutan Melaka 750 Tahun pada tahun ini.

Acara berbasikal bermula pukul 7.30 pagi itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob sambil diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, barisan Exco dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri serta orang awam.

Semua peserta itu yang dilepaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh akan melalui sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi pagi manakala tujuh kawasan DUN pada sesi petang untuk menamatkan laluan sejauh 130.9 kilometer.

Antara 15 kawasan DUN yang dilalui hari ini ialah bemula di Dataran MBMB iaitu DUN Bukit Baru, Taman Rempah (DUN Kota Laksamana), Semabok (DUN Duyong), Laman 1 Belia (DUN Sungai Rambai dan Kesang Tua (DUN Bemban).

Turut dilalui ialah Taman Rekreasi Poh Ah Tiam (DUN Maxhap), Masjid Pulau Semak (DUN Ayer Keroh sebelum dijangka tiba semua di Dataran MBMB pada pukul 7 petang.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata program tersebut menjadi pembuka tirai kepada 42 program utama yang dirancang kerajaan negeri sepanjang tahun ini sempena sambutan Melaka 750 Tahun.

"Tujuan acara ini adalah membudayakan aktiviti sukan berbasikal bercirikan go green sesuai dengan seruan kerajaan negeri menuju ke arah penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan.

"Selain itu, aktiviti ini juga menjadi program turun padang pemimpin di setiap 28 DUN untuk bertemu rakyat bagi meninjau dan melihat sendiri persekitaran sepanjang laluan berbasikal ini," katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Menurut beliau, program berbasikal menjelajah 28 DUN selama dua hari dengan jarak keseluruhan sejauh 263 kilometer itu juga bertujuan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di kalangan peserta dan pemimpin yang menyertainya.

"Apabila rombongan berbasikal ini tiba disetiap DUN, saya menyasarkan 100 lagi peserta akan menyertainya di DUN tersebut dan begitulah seterusnya sehingga 28 DUN," tambah beliau.

Antara program utama lain yang dimasukkan sempena Sambutan Melaka 750 Tahun ialah Pesta Sungai Melaka, Sambutan Ulang Tahun Warisan Dunia dan ulang tahun pertama Melaka Maju.

Full content generated by Get Full RSS.

Sambutan ambang baru 2012 di Melaka meriah

Posted:

Sambutan ambang baru 2012 di Melaka meriah

Sambutan ambang baru 2012 di Melaka meriah


MERIAH... Sebahagian daripada warga Melaka membanjiri Dataran Taming Sari bagi meraikan sambutan ambang tahun baru 2012 di Banda Hilir Melaka, malam kelmarin.


MELAKA 1 Jan. - Kedatangan Tahun Baru 2012 diraikan penuh meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum, termasuk pelancong pada majlis sambutan ambang tahun baru yang dianjurkan di beberapa tempat di negeri ini, malam tadi.

Di pekarangan Menara Taming Sari, kira-kira 5,000 orang membanjiri kawasan sekitar kawasan tersebut bagi memeriahkan sambutan ambang tahun baru apabila mereka mula berhimpun sejak pukul 6 petang.

Acara sambutan itu yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Exco kerajaan negeri.

Pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum Melayu, Cina, Chetty, Portugis dan India, cabutan nombor bertuah serta persembahan hiburan daripada artis tempatan diiringi kombo Briged Seni.

Dua penyanyi, Shaikh Ali yang terkenal dengan lagu-lagu jenaka dan Uncle Chua yang popular dengan lagu irama Hindustan mencuri tumpuan dengan gaya selamba masing-masing membuatkan orang ramai tersenyum serta ketawa.

Di tempat letak kenderaan kawasan itu pula menyaksikan perhimpunan 1,000 lady bikers.

Namun pada detik tengah malam seluruh kawasan Menara Taming Sari digegarkan dengan dentuman bunga api sebagai tanda kedatangan tahun baru 2012.

Pengguna jalan raya pula yang melalui Menara Taming Sari pula memberhentikan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan keindahan percikan bunga api dan meraikan kedatangan tahun baru 2012.

Sementara itu di pasaraya MyDin, Ayer Keroh pula meriah dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertunjukkan autocity dan persembahan badut bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012.

Kehadiran lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum turut diserikan dengan persembahan artis popular, Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku dan pelawak terkenal, Ali Mamak memeriahkan sambutan tersebut.

Beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai melepak menyambut kedatangan tahun baru itu ialah tapak lama Eye On Malaysia, Dataran MBMB, Jonker Walk dan Dataran 1Malaysia di Klebang.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan