Khamis, 5 Januari 2012

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Nahas di jalan tidak berturap

Posted: 04 Jan 2012 02:41 PM PST

Wilayah

ABDUL Aziz (kiri) menunjukkan kecederaan  dialami Krisna  selepas terjatuh dari motosikal   di Kilometer 24, Jalan Gelang Patah-Lima Kedai, Skudai.

ABDUL Aziz (kiri) menunjukkan kecederaan dialami Krisna selepas terjatuh dari motosikal di Kilometer 24, Jalan Gelang Patah-Lima Kedai, Skudai.

Laluan Gelang Patah-Lima Kedai berlubang bahayakan pengguna

SKUDAI: Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja naik taraf penurapan jalan sejauh kira-kira 200 meter di Kilometer 24, Jalan Gelang Patah-Lima Kedai di sini, mengundang banyak kemalangan di lokasi itu.

Tinjauan mendapati keadaan laluan itu yang dipenuhi ketulan batu kerikil kecil yang diletak sebelum penurapan, selain tiada lampu jalan, membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal pada waktu malam. Buruh, K Krisna Murthi, 43, cedera selepas terjatuh dari motosikal ketika melalui jalan itu yang belum diturap dan dipenuhi batu, selain keadaan gelap pada Sabtu lalu.

"Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6 pagi. Keadaan masih gelap tetapi tiada langsung papan tanda amaran mengenai keadaan laluan tidak berturap itu, menyebabkan motosikal saya hilang kawalan sejurus memasuki jalan yang sedang dinaik taraf ini.

"Mujur kereta yang mengekori di belakang saya tidak laju dan sempat mengelak sejurus melihat saya terbebas dan jatuh atas jalan. Jika tidak, mungkin sesuatu lebih buruk boleh berlaku," katanya.

Krisna yang patah tangan dan luka pada mulut dan kepala terpaksa menerima jahitan ekoran kemalangan itu yang menyebabkan dia tidak mampu bekerja selama sebulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian, ketika meninjau lokasi itu, melahirkan rasa kecewa terhadap kegagalan kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan tanggungjawab diberikan.

"Kontraktor projek ini seolah-olah tidak mementingkan keselamatan orang awam kerana bilangan papan tanda amaran dan lampu amaran tidak mencukupi bagi memberitahu jalan berkenaan dalam proses penaiktarafan," katanya.

Wakil JKR yang menyertai tinjauan itu, Md Saat Kana, berkata projek meninggikan jalan sepanjang 200 meter yang dikendalikan kontraktor dilantik itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga hari.

"Namun, disebabkan Sabtu dan Ahad cuti umum, kerja naik taraf tidak mengikut jadual," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak sangka ibu rakan tergantung

Posted: 04 Jan 2012 02:40 PM PST

Wilayah

ANGGOTA polis membawa keluar mayat Ping Wong  di flet Taman Pulai Utama, Pulai,  semalam.

ANGGOTA polis membawa keluar mayat Ping Wong di flet Taman Pulai Utama, Pulai, semalam.

PULAI: Pertengkaran yang kedengaran dari sebuah rumah pangsa dekat Pulai Utama di sini mulai tengah malam kelmarin, berakhir dengan penemuan mayat seorang warga tua dalam keadaan tergantung di ruang tamu rumahnya, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, mayat Yap Ping Won, 64, ditemui tergantung dengan ikatan langsir pada lehernya berdekatan tingkap rumah pangsa didiami bersama seorang anak lelaki di Tingkat Satu, Blok J Taman Pulai Utama. Ketika mayat mangsa ditemui, anak lelakinya tiada di rumah kerana bekerja di Singapura.

Saksi yang juga rakan anak mangsa yang enggan dikenali mendakwa, dia menemui mayat wanita itu ketika mengunjungi rumah berkenaan untuk mengajak rakannya bersarapan sebelum mendapati ketukan pada pintu kediaman terbabit tidak berbalas. "Saya memanggil nama rakan saya beberapa kali, namun tidak berjawab, menyebabkan saya menolak pintu kayu rumah mereka di sebalik jeriji berkunci.

"Alangkah terkejutnya melihat ibu rakan saya dalam keadaan tergantung pada langsir rumah mereka. Saya tidak menyangka, hal ini berlaku kerana rakan saya itu tidak pernah menceritakan masalah bersama ibunya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana anaknya dipercayai berada di Singapura kerana bekerja di sana ketika kejadian berlaku," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan